Showing posts with label Menu Dessert. Show all posts
Showing posts with label Menu Dessert. Show all posts

Thursday, 25 February 2016

Aiskrim sumi jelly



2 bungkus sumi jelly di potong empat
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat atau secukupnya manis
2 sudu besar tepung jagung di bancuh air
1 liter air

1. Campur semua susu,air,bancuhan tepung jagung dan panaskan hingga mendidih dengan sedikit berbuih. Guna api kecil. Kacau selalu.
2. Setelah mendidih biarkan campuran susu sejuk/suam
3. Masukkan sumi dan campuran susu ke dalam plastik secara berselang seli dan ikat
4. Bekukan lebih kurang 6 jam

Tips: Campur tepung jagung supaya aiskrim lembut macam aiskrim paddle pop ... tak keras macam air batu
posted from Bloggeroid

Sunday, 3 May 2015

Pulut Mangga Mudah



Bahan utama
Mangga harum manis

Bahan Pulut
1 cawan beras pulut
1 cawan air
Secubit garam

Bahan sos santan
1 kotak kecil santan
1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
Secubit garam

Cara
1. Tanak pulut dalam rice cooker
2. Panaskan santan hingga ada buih kecil ditepi periuk. Masukkan tepung jagung dan garam. Kacau hingga santan pekat.
3. Potong mangga
4. Hidang sejuk..

Hmmmm..nyaman. ..
posted from Bloggeroid

Saturday, 4 April 2015

Cornflakes Berlada Manis



1 kotak bear cornflakes
5 sudu makan sambal tumis
2 sudu makan madu
2 sudu makan bijan goreng

1. Panas kan sambal tumis. Masuk kan madu. Padamkan api.
2. Masukkan cornflakes dan gaul sekata.
3. Tabur bijan dan Gaulkan.
4. Cornflakes akan sedikit lembut. Bakar lebihkurang 10 minit utk rangupkan kembali. Saya panas kan dalam tefal air fryer 3 minit.
5. Simpan dalam bekas kedap udara
posted from Bloggeroid

Wednesday, 5 November 2014

Jeruk Buah Asam Boi



Bahan
2 biji apple-potong kecil
2 biji buah lai- potong kecil
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
5 biji cili padi -hiris
6 biji asam boi

Cara
Gaulkan semua bahan
Rasa dan tambah apa yg patut
Sejukkan
Habiskan dalam 2 hari

Tips
Boleh guna buah lain i.e. Mangga,umbra,apa2 buah yang keras dan rapuh. Kena habiskan dlm dua hari utk kerapuhan buah.

Kalau guna buah lembut i.e. Tembikai kena makan segera.

Simpan lama buah akan berair dan lembik sebab telah dicampur garam.
posted from Bloggeroid

Monday, 13 October 2014

Lempeng Susu

Source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
1/2 cawan tepung
2 sudu makan susu tepung vanila
1 cawan air/secukupnya
Garam secukupnya

Cara
1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Adunan tidak terlalu cair.
2. Lengser minyak dalam kuali yang telah dipanaskan. Tuang 1/2 adunan dan pusing kuali untuk dapat bentuk bulat.
3. Bila tepi2 dah garing, terbalikkan dan sambung masak hingga sedikit garing.



Boleh dapat dua keping besar untuk 2 orang.
posted from Bloggeroid

Thursday, 10 July 2014

Kuih Talam Marble Mudah Sangat



Source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan A
1 tiub tepung hon kwee putih
900 ml air
1 paket santan segera
1 sdk garam
4 sb gula

Bahan B
1/4 cawan sirap ros

Cara
1.Didihkan bahan A dengan api perlahan. Kacau sentiasa hingga adunan kental dan meletup manja.
2. Asingkan sedikit adunan dan campur dengan sirap ros. Kacau hingga kental.
3. Oles minyak tipis2 sekeliling acuan.
4. Tuang adunan selang seli untuk dapatkan corak marble.
5. Sejukkan

Tips: Adunan dlm periuk perlu dikacau selalu. Tuang dlm acuan cepat2 sebab adunan cepat keras.
posted from Bloggeroid

Tuesday, 7 January 2014

Bubur Pulut Hitam


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
1 cawan pulut hitam - rendam semalaman
5 cawan air
1/2 ketul gula melaka
1 sudu kecil garam
1/2 paket santan serbuk perisa pandan

Cara
1. Masukkan pulut hitam dan air dalam periuk nasi. Masak guna kaedah porridge dalam 1 jam.
2. Lepas 40 minit, masukkan bahan lain dan kacau. Biar masak hingga habis tempoh 1 jam.
Siap..

Tips
1. Boleh ganti santan dengan 4 sudu besar susu tepung. saya guna susu kambing. sedapppp
2. Boleh pekatkan kuah dengan tambah sedikit tepung jagung atau kastad.
3. Boleh kurangkan air dan gantikan dengan susu cair
4. Jika tanak atas dapur guna api sederhana dan lebihkan air
posted from Bloggeroid

Thursday, 18 July 2013

Bubur Jagung Delima


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
4 batang jagung- ambil isi sahaja
1/2 cawan sago merah
1 cawan susu pekat manis
1 cawan santan cair (25g santan serbuk)
1 cawan santan pekat (50g santan serbuk)
1 sudu kecil garam
Gula perang secukupnya
Daun pandan
Air secukupnya- lebih kurang 2-3 liter

Cara
1. Rebus jagung bersama daun pandan hingga jagung masak.
2. Bilas sago. Rebus dalam air mendidih. Kacau hingga sago menjadi jernih.
3. Bilas sago dengan air sejuk untuk buang kanjinya. Ketepikan.
4. Masukkan susu pekat manis, gula perang, garam dan santan cair dalam periuk jagung. Kacau dan didihkan.
5. Perlahankan api. Masukkan santan pekat. Kacau hingga mendidih perlahan.
6. Masukkan sago. Kacau dan adjust ramuan secukup rasa.
posted from Bloggeroid

Friday, 12 July 2013

Bubur Kacang Hijau


source: staranisecafe.blogspot.com
serve: 3-4

Bahan A
1/2 cawan kacang hijau
1/2 paket (25g) serbuk santan
1 helai daun pandan

Bahan B
3 sudu makan gula perang
3 sudu makan susu pekat
1 sudu kecil garam
Air secukupnya

Cara
1. Rebus bahan A hingga empuk (kacang terbelah dan lembut)
2. Salin air rebusan tadi dengan air baru jika perlu.
3. Pastikan air mendidih. Masukkan bahan B. Kacau sebati.
4. Tambah bahan secukupnya

Tips:
1. Rendam kacang sejam dulu sebelum rebus atau guna pressure cooker untuk jimat masa dan gas.
2. Boleh campur biji sagu yang dah direbus, durian, nangka
posted from Bloggeroid

Monday, 17 June 2013

Blood Orange Jelly



source : staranisecafe.blogspot.com
inspired from myya's art class & kak nor secubitgaram

Bahan
8 biji oren sunkist
25g agar-agar tali warna merah
4 cawan air
3 cawan jus oren (diperah)
1 cawan sirap ros
3/4 cawan gula
1 sudu kecil garam

Cara
1. Oren dibelah dua. Keluarkan isi oren.
Cara mudah cucuk sedikit keliling isi dengan pisau kecil tapi jangan tembus kulit. Cungkil isi oren dengan sudu.
2. Perah isi oren utk dapatkan jus. Tapis. (saya dapat 3/4 cawan)
3. Panaskan 4 cawan air bersama agar-agar dan gula dengan api perlahan. Kacau hingga agar2 larut. Tapis jika perlu.
4. Masukkan jus oren dan sirap ros dan garam. Kacau. Biar mendidih sikit dengan api perlahan.
5. Lapik atau alas kulit oren atas cawan. Pastikan kedudukan stabil dan rata.
6. Tuang agar2 dalam kulit oren hingga penuh. Sejukkan.
7. Simpan dlm peti sejuk untuk rasa yang lebih nyaman.
8. Bila nak hidang trim dan gunting kulit oren kerana agar2 akan sedikit mendap.
9. Potong 3 atau 4 dan hidangkan.
posted from Bloggeroid

Tuesday, 2 October 2012

Puding Kastad Krim Jagung


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 1 jam
serve: 20-25

Bahan
2 cawan tepung kastad
2 cawan gula icing
2 cawan jagung krim (dalam tin)
1 cawan santan pekat (dalam kotak)
8 cawan air

Cara
1. Semua bahan di gaul sebati.
2. Didihkan dengan api kecil/sederhana dan kacau hingga pekat.
3. Tuang dalam acuan. Biarkan sejuk suhu bilik
4. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dimakan. Ahhhhh....Barulah nyaman tekak!

Nota:
1. Gula icing boleh diganti dengan gula biasa tapi kurangkan jumlah kepada 1 1/2 cawan. Ikut tahap kemanisan yang digemari.
2. Santan boleh di ganti dengan susu cair/susu segar.
3. Kuantiti air boleh diadjust dengan susu untuk lebih lemak. Tapi pastikan jumlah keseluruhan cecair 9 cawan.

Sunday, 22 July 2012

Puding Buah Naga Berkrim


source : staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 1 jam
serve: 10-20

Bahan
5 sudu besar susu tepung skim
3 sudu besar susu pekat
1 cawan air suam
4 cawan air
4 paket pes buah naga
10g serbuk agar-agar

Cara
1. Bancuh susu dengan air suam.
2. Kisar semua bahan hingga berbuih tebal
3. Kacau dan didihkan dengan api perlahan. Hati2 supaya buih tidak meruap.
4. Sejukkan dalam acuan pilihan.

Nota
1. Pes buah naga ni sesuai dijadikan pelbagai hidangan mengikut kreativiti seperti jus, perisa puding, perisa kek dan sos
2. Rasa puding masam berkrim.

Saturday, 12 May 2012

Agar-Agar Lumut


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 2 hours
Serve: 10

Bahan A
18 gram agar-agar tali
4 cawan air
1/2 cawan gula putih
Sedikit pandan coconut emulco
1 helai daun pandan (simpul)

Bahan B
2 cawan santan pekat 
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu teh serbuk/esen vanila

Cara
1. Didihkan bahan A hingga sebati (hingga gula dan agar2 hancur)
2. Kocok Bahan B dengan garfu. Masukkan Bahan B kedalam Bahan A. Terus kacau perlahan hingga mendidih/mengelegak sebentar dengan api sederhana hingga santan timbul dan berbintil halus. Jaga2 jangan sampai meruap keluar periuk.
3. Tapis ke dalam acuan. Sejukkan dan keraskan dalam peti sejuk

Nota:
1. Jika agar-agar terlebih air, selepas hidang dan berada di suhu bilik akan ada cecair bertakung. Agar2 pula masih keras tapi sedikit lembut.
2. Lepas masuk santan, biar gelegak dan santan timbul dalam 1 minit then terus tutup api. Jika terlalu lama bila dah keras layer tak licin sebab santan pecah. Tapi masih sedap!
3. Boleh juga kurangkan santan pekat dari 2 cawan kepada 1 cawan santan+1 cawan air

Saturday, 14 April 2012

Agar-Agar Santan Gula Merah


source: staranisecafe.blogspot.com
Inspirasi: Linapg
preparation time: 2 hours
Serve: 10

Bahan A
20 gram agar-agar tali
4 cawan air
1 biji gula kabung (150g)
1 helai daun pandan (simpul)

Bahan B
1 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
1 sudu kecil garam

Cara
1. Didihkan bahan A hingga sebati (hingga gula dan agar2 hancur)
2. Sebatikan Bahan B. Masukkan Bahan B dalam Bahan A. Terus kacau perlahan hingga mendidih/mengelegak sebentar dengan api sederhana hingga santan timbul . Jaga2 jangan sampai meruap keluar periuk.
3. Tapis ke dalam acuan. Sejukkan dan keraskan dalam peti sejuk

Sunday, 1 April 2012

Puding Sumi Jeli

source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation time: 1 jam
Serve: 8-10

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgf8sJNgflIl_79V_0MRIjZ0A2ZNSqDk-JuxYez_WFBNCRNsKrnGlphGUIRDvmNcAXiC1a_Qur7wDRxVUzs4XZ2xXxFBFYUk2GQIQd3dlT_lsJHBbYGgLMqdmkZOrV-8QjAPKV9V2wBXbR6/s400/sumijelly.JPG 

Bahan
8g serbuk agar-agar
4 cawan air
1/4 cawan gula
1 sudu besar serbuk vanila

Bahan B
Sumi Jeli secukupnya

Cara
1. Didihkan bahan A hingga agar-agar larut
2. Tuangkan dalam acuan dan biarkan sedikit sejuk sebentar (belum keras)
3. Masukkan/Cucukkan sumi jeli ke dalam agar2 (masih lembut) secukupnya.
4. Keraskan dalam peti sejuk

Sunday, 18 March 2012

Biskut Lapis Cheese


Source: staranisecafe.blogspot.com
Inspired from: ryoazhar & secubitgaramnor67
Preparation time: 30minit. Sejukkan lebih 4 jam
Serve : 10

Bahan A
1 cawan susu anlene coklat/susu lowfat-suam
1 bungkus biskut krackers/ Marie cap Hwa Tai (perisa kopi/coklat/plain)

Bahan B
250g cream cheese (brand Tatura)
1/2 cawan gula ising
4 sudu besar susu sejat/air suam

Cara
1. Lapikkan loyang dengan plastik
2. Kisar bahan B hingga kembang.
3.Celup biskut dalam susu suam sekejap. Bagi basah je. Jangan sampai hancur.Susun biskut dalam loyang.
4. Lapiskan dengan cheese.
5. Ulang melapis hingga 3 atau 4 lapisan. Lapisan paling atas biskut semula.
6. Taburkan serbuk biskut yang dihancurkan.
7. Sejukkan dalam peti sejuk.

Tips:
1. Boleh guna pelbagai jenis biskut untuk melapis.
2. Buat lebih bahan B untuk mendapat lapisan cheese yang tebal.
3. lapis  krim kracker lebih sedap dan puas makan. Tengok cracker-lapis-cheese-rossell

Saturday, 17 March 2012

Pulut Pisang


Source: staranisecafe.blogspot.com
Inspirasi dari: Warung Kita @ Astro
Preparation time: 1 jam
Serve: 10

Bahan A
1 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Pandan & coconut Emulco secukupnya

Bahan B
5 biji pisang - berangan/montel/pisang yang keras isinya

Cara
1. Tanak Bahan A hingga masak.
2. Panaskan pisang (jangan kupas) dalam microwave 10-15 saat. Jangan sampai lembik sangat
3. Ratakan pulut atas alas plastik. Kupas pisang. Gulungkan pisang dalam pulut. Kejapkan. Potong.
 

Saturday, 3 March 2012

Cracker Lapis Cheese Rossell


Source: staranisecafe.blogspot.com
Inspired from: Mamazieza & Allahyarham Susan Jafri Tay (Al-Fatihah)
Preparation time: 30minit. Sejukkan lebih 4 jam
Serve : 10

Bahan A
1 cawan air suam (optional)
1 bungkus biskut mini krackers Hup Seng(perisa vege/plain)

Bahan B
250g cream cheese (brand Tatura)
50g mentega-cairkan
1/4 cawan gula ising
1/2 cawan jeruk rossell- cincang halus
4 sudu besar air suam

Cara
1. Lapikkan loyang dengan plastik
2. Kisar bahan B (kecuali roselle)hingga kembang. Gaulkan bersama roselle.
3.Celup biskut dalam air suam sekejap. Celup terus angkat. Bagi basah je. Jangan sampai hancur.Susun biskut dalam loyang. Tujuannya mudah nak potong dan ada tekstur kek.
4. Lapiskan dengan cheese.
5. Ulang melapis hingga 3 atau 4 lapisan. Lapisan paling atas biskut semula.
6. Sejukkan dalam peti sejuk.

Tips:
1. Boleh guna pelbagai jenis biskut untuk melapis.
2. Buat lebih bahan B untuk mendapat lapisan cheese yang tebal.
3. Jika tak celup biskut dalam air pun boleh, tapi susah sikit nak potong. Lebih rangup nanti bila makan.

Saturday, 28 January 2012

Puding Avocado @ Alpukat


Sumber: staranisecafe.blogspot.com
Preparation time: 1 jam
Serve: 10

Bahan A
1 biji avocado - ambil isi
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk vanila
Pewarna hijau - secukupnya

Bahan B
1/4 cawan milo
3 sudu besar susu pekat manis

Bahan C
1/2 bungkus agar-agar tali (9gm)
4 cawan air panas

Cara:
1. Kisar halus bahan A
2. Panaskan bahan C. Pastikan agar-agar hancur. tapis jika perlu
3. Sebatikan bahan B. Campurkan 4 sudu besar cecair agar2.
4. Campurkan bahan A dalam Bahan C
5. Tuang Campuran hijau ke dalam acuan dan masukkan campuran bahan B secara rawak untuk marblekannya.
6. Sejukkan hingga agar2 keras.



Note : Jika buah avocado sudah ranum, jangan korek isi hingga hampir ke kulit sebab pahit. jika agar2 rasa pahit, siramkan sedikit susu cair/susu pekat/coklat cair sebelum makan.

Wednesday, 28 December 2011

Pulut Durian Sira Santan


source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation time: 40 minit
Serve : 4

Bahan Utama
Durian

Bahan Pulut
2 cawan beras pulut - basuh & rendam 30 minit
1 cawan air
100 ml santan pekat
1 sudu besar minyak masak - berfungsi supaya butiran pulut tidak melekat
Garam
Daun Pandan

- Alas periuk kukus dendan daun pandan
- Toskan beras dan tuang atas daun pandan. Kukus 30 minit.
- Keluarkan pulut yang masih setengah masak dan gaulkan dengan air,santan,minyak,garam.
- Kukus semula lagi 30 minit hingga pulut masak sepenuhnya. Tambah dan gaulkan santan/air jika perlu.
- Jika beras sudah lama direndam, masa mengukus dapat disingkatkan.

Bahan Sira Santan
Santan Pekat
Sedikit Garam

-Gaulkan

Cara makan
- Sirakan santan pada pulut dan isi durian. Jumlah siraman santan bergantung pada selera.