Showing posts with label PBB YB DAUD. Show all posts
Showing posts with label PBB YB DAUD. Show all posts

Monday, July 2, 2012

Kekal landskap politik dan perpaduan, kata Daud


KUCHING: Rakyat diminta menolak anasir luar yang cuba merosakkan perpaduan dan landskap politik negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman yang mahu rakyat Sarawak mengekalkan perpaduan yang sudah lama terjalin hasil landskap politik yang adil.

“Kita di Sarawak amat mementingkan perpaduan antara satu sama lain, orang datang ke negeri ini mengatakan orang Sarawak semuanya baik-baik sama ada di dalam bandar mahupun luar bandar.

“Kita tidak suka bergaduh, tidak suka tunjuk perasaan, politik kita politik baik, kita tidak mahu politik yang cuba menghancurkan kita kerana ada orang luar datang ke sini bawa fahaman di sana datang ke Sarawak,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai di Kampung Desa Wira Lot, Bandar Baharu Batu Kawa dekat sini malam kelmarin.

Daud mendedahkan terdapat individu (pembangkang) dari Semenanjung datang ke Sarawak untuk menyebarkan cerita dongeng.

“Jadi jangan dengar cerita dan khabar angin daripada orang yang nak merosakkan pemikiran orang Sarawak… kita orang Sarawak beringat-ingat tidak lama lagi pilihan raya,” tegasnya.

Malah, beliau turut menepis dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan yang diperintah Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang tidak adil dan tidak bersih terutama dalam pilihan raya.

Kita tidak suka bergaduh, tidak suka tunjuk perasaan, politik kita politik baik, kita tidak mahu politik yang cuba menghancurkan kita kerana ada orang luar datang ke sini bawa fahaman di sana datang ke Sarawak,


Jelasnya, sekiranya kerajaan BN tidak bersih,  beberapa kerusi iaitu Batu Kawa, Kota Sentosa dan Batu Lintang pasti tidak akan jatuh ke tangan pembangkang.

“Ini membuktikan sistem demokrasi yang dilaksanakan di negara ini di bawah pemerintahan BN dijalankan dengan adil dan bersih,” tambahnya.

Sementara itu, beliau yang juga Naib Presiden PBB menyarankan agar rakyat memilih parti yang benar-benar menjaga kepentingan semua kaum dalam pilihan raya akan datang.

“Kawasan Batu Kawa ini akan sama sama kita lihat dalam pilihan raya kelak, kita sudah tahu jangan lagi terperangkap oleh mereka (pembangkang), siapa calonnya (daripada BN) terpulanglah.

“Tapi kalaulah Encik Lo Khere Chiang (Pengerusi MPP) yang bekerja keras dapat dijadikan calon BN di kawasan Stampin ini, harapan saya mudah-mudahan beliau dicalonkan di sini, tidak rugi memilih beliau kerana beliau ada track record yang baik, katanya.

Pada majis itu, Daud turut mengumumkan dana tambahan sebanyak RM40,000 untuk pembinaan dewan serba guna dan sumbangan RM3,000 kepada Biro Wanita JKKK Kampung Desa Wira Lot.

Hadir sama Pengerusi Gawai Stanley Repun, Pengerusi JKKK Kampung Desa Wira Lot Anthony Jambuh, Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sih Hua Tong dan Pengerusi Biro Wanita Geogina Balaning.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/02/kekal-landskap-politik-dan-perpaduan-kata-daud/#ixzz1zSjkQIf1

Jangan politikkan isu halal dan agama, kata Daud


KUCHING: Jangan politikkan isu halal mahupun yang berkaitan dengan agama tegas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau memberitahu, isu berkenaan amat sensitif dan tidak sesuai untuk dipolitikkan kerana dikhuatiri menjejaskan perpaduan dan keharmonian rakyat terutama masyarakat majmuk.

Malah, beliau menyifatkan perbuatan pihak pembangkang yang menggunakan isu berkenaan sebagai modal menarik pengundi semasa menegadakan ceramah amat tidak bertanggungjawab.

“Tugas kita hanya melakukan apa yang terbaik dan betul dari segi agama dan janganlah pula dipolitikkan isu halal,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ceramah Merdeka Rakyat II anjuran Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Satok baru-baru ini yang membangkitkan isu tersebut.

Dalam ceramah itu juga, PKR dikatakan mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Majlis Islam Sarawak (MIS) yang menarik sijil halal produk Golden Churn pada tahun lalu yang telah menjejaskan pengusaha kek lapis di negeri ini.

“Pengusaha kek lapis faham, tindakan tersebut dibuat atas tanggungjawab kita untuk pengguna Islam.

“Apabila Golden Churn telah mematuhi syarat dan kita (pengguna) yakin, pihak kita menerima pakai semula produk tersebut,” jelasnya.

Mentega Golden Churn diperakui halal semula oleh JAKIM pada Mei lalu selepas pemeriksaan dijalankan di kilang pembuatan mentega tersebut.

Read more:
 http://www.theborneopost.com/2012/07/02/jangan-politikkan-isu-halal-dan-agama-kata-daud/#ixzz1zSNgh5ID

Tuesday, March 22, 2011

KEKALKAN DEMOKRASI GUNA KEBIJAKSANAAN RAKYAT


Demokrasi  telah  lama  dipraktik di  Negara  ini  kerana pemilihan  wakil rakyat serta siapakah parti memerintah ditentang 100 peratus oleh oleh rakyat,kata menteri muda di pejabat ketua menteri (hal ehwal islam) Datuk hj daud .katanya oleh itu rakyat di sarankan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk memilih wakil yang tempatan untuk memperjuang hak mereka serta meneruskan keperluan . tambahannya menjadi tangungjawab wakil rakyat memastikan keperluan rakyat  sentiasa di perlukan dan tidak diabaikan.
Jadi ,sebagai rakyat ,mereka harus tahu siapa wakil rakyat yang terbaik dan bertanggung jawab untuk di pilih dalam hari pilihan raya akan  dating ,katanya. Daud berkata ,ramai  pihak yang berkepentingan yang akan muncul menjelang pilihan raya akan datang tidak lama lagi .katanya ,rakyat hendaklah berhati-hati  agar tidak terpadaya  dengan  tipu  muslihat  mereka . Daud  turut  mengigatkan  agar  rakyat terus memilih kerajaan  BARISAN  NASIONAL   yang  memang  perihatin  terhadap  rakyat

Thursday, February 10, 2011

ADUN BOHONG : Penjelasan Datuk Daud

Beberapa media tempatan sebelum ini menerbitkan berita berkaitan kenyataan Datuk Daud yang agak kontroversi, sampai ada yang mengatakan Datuk Daud menuduh ‘ADUN berbohong depan perdana menteri’.

Laporan media tersebut bukan sahaja mengejutkan kalangan ahli dan pemimpin politik, malah menyebabkan Datuk Daud terpingga-pingga. Mana tidaknya, dari warung kopi sampai dunia maya mulai bergosip tentang “Datuk Daud tuduh ADUN pembohong”.

Saya cuba dapatkan maklumat melalui sumber yang terdekat dengan Datuk Daud, untuk dapatkan cerita sebenar, betulkah Datuk Daud ada mengunakan ayat “terdapat ADUN berbohong” dihadapan media? Manalah tau..., tiba-tiba Datuk ditiup 'angin celupar'.

Petang kelmarin saya diberitahu, kenyataan sebenar bukanlah seperti yang dilaporkan media, sebaliknya Datuk Daud cuma mengatakan “terdapat ADUN yang terlalu yakin dengan pencapaian masing-masing”. Selaku Naib Presiden PBB beliau menegaskan tidak pernah menyebut perkataan “ADUN BERBOHONG” ketika menjawab pertanyaan media.

Bagi media, judul ‘ADUN berbohong’ cukup kuat untuk menarik perhatian pembaca.  Namun tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak, ayat “ADUN Berbohong”  hanyalah sekadar tafsiran media, bukan jawapan sebenar yang diberi oleh Datuk Daud.


Media mungkin berminat untuk ‘mengusik’ Datuk Daud dengan tafsiran tersebut, memandang pilihan raya negeri yang semakin hampir. Cuma bagi seorang pemimpin politik, tafsiran seperti itu agak nakal, bahkan boleh mencetus gesekkan lain di kalangan orang politik.

Apapun, itulah dunia seorang pemimpin dan tanggungjawab pihak media untuk melapor suatu berita. Bak kata orang Indonesia “berita sensasi adalah berita baik”. Yang diminati masyarakat umum…haha