Showing posts with label Adilah Farihah. Show all posts
Showing posts with label Adilah Farihah. Show all posts

Monday, December 14, 2009

aktiviti cuti


bercuti di rumah, memang takda aktiviti nak dibuat...

maka, aktiviti rutin saya (dan Kak Uda) adalah,

menyakat adik-adik sampai menangis

selagi tak menangis, tak boleh nak berhenti dari menyakat budak kecik ni..hehe

apa guna mengusik adik kalau tak menangis..

.

jangan tanya,

mangsanya dah tentu lah Kakak dan Adnin.

tapi yang kerapnya, Kakak lah.

seronok tengok dia marah...kih kih kih...

Monday, November 30, 2009

Adikku, inilah konsep ‘takda rezeki’.

Beberapa hari sebelum balik ke Penang untuk raya haji, saya dan Bihah berkesempatan meredah hujan dengan motor kak Nad ke pekan Tanjung Malim. Beli tiket keretapi, dan pergi cari hadiah Aini untuk adik-adiknya. Jenuhlah jugak melilau dalam kedai untuk cari hadiah yang sesuai. Dengan bajet 2rm satu! Dua ringgit, tahu!

 

Entah bagaimana, saya berkenan pula dengan tabung ladybird warna merah hitam yang comel. Harga pun, ok la. Dalam kemampuan kocek yang sengkek di hujung-hujung semester ini.

 

Untuk Kakak. Birthday girl yang kepoh. Hehe.

 

Masa kami sefamili meraikan hari lahir 4beradik di Pizza Hut baru-baru ini, saya lupa pulak nak bawa sekali hadiah tabung itu. Maka, esoknya, saya berikan kotak berisi tabung ladybird itu pada Kakak. Tak berbalut. Takda kad. Alaa, yang penting isinya, kan?

 

Kakak seronok sangat bila saya hulurkan kotak hadiah tu. Teruja muka dia. Sambil melompat-lompat, dia menjerit

 

“yea yea Tata yang cantik bagi Kakak hadiah!”

(sempat membodek plak)

 

Saya pula ketika itu tengah bercermin. Tak sempat perhatikan dia buka kotak tu.

 

“pranggg!!!”

 

Opss! Bila saya toleh ke arah kakak, dia tengah terpaku dan tabung ladybird tu dah syahid.

Pecah berderai.

Takda harapan nak diselamatkan. Hancur menjadi keping-keping kecil. Waaa!

 

Muka Kakak kelihatan gementar. Pucat lesi tak berdarah. Mungkin takut saya marahkan dia sebab pecahkan hadiah yang belum sempat dilihatnya itu. Baru saja keluarkan dari kotak, terus jatuh ke lantai dan pecah. Mungkin ‘kuchiwa’ dengan kegembiraan yang sempat 5saat dinikmatinya.

 

Saya pun masa tu tergamam jugak. Tapi terus suruh Kakak dan Adnin berdiri jauh-jauh sementara saya kutip serpih-serpihan tabung yang dah takda rupa ladybird tu.

 

Kakak dah macam nak menangis sangat-sangat dah. Alahai, takkan nak marah pulak. Lagipun saya takda rasa nak marah pun. Cuma terkilan sebab saya takda ganti hadiah lain dah untuk Kakak.

 

Saya cakap

“tak apa lah Kakak. Dah terpecah nak buat macam mana. Ni la namanya takda rezeki. Jangan nanges tau. Nanti Tata bagi hadiah lain lah kat Kakak ya!”

 

Kak Uda pun pujuk Kakak jugak. Mama pun sama. Muka Kakak memang monyok sangat-sangat dah. Moody ja dia. Nak tergelak pun ada bila saya tengok muka Kakak. Tapi kalau saya gelakkan dia, terus menangis pulak nanti. Tahan, tahan. Hehe

 

Mama cakap

“Kakak, tak apa. Takda rezeki Kakak nak dapat tabung tu. Allah dah tetapkan Kakak tak dapat hadiah tu. Contohnya, kalau makanan tu dah ada dalam mulut Kakak pun, tapi bila dah takda rezeki, mungkin makanan tu boleh terkeluar jugak dari mulut Kakak. Nanti Allah ganti dengan hadiah yang lebih baik.”

 

Alhamdulillah, nampaknya Kakak faham.

 

Esoknya, dia dah lupa pasal hadiah yang pecah tu. Tapi sempat pulak dia cakap pada saya,

 

“Tata la punya pasal ni, bagi Kakak hadiah kaca. Kan dah pecah. Kalau Tata bagi hadiah plastik kan tak pecah”

 

Aikk?? Saya jugak yang salah. Sekeh kang budak mulut murai tercabut ekor ni baru tau!






Nota Kaki :

Gambar ni semua di posing sakan bila Kak Uda pakaikan dia tudung. siap lilit-lilit lagi. seronok dia dapat pakai tudung dan ikut Kak Uda pi rumah kawan di Butterworth. Tu nanti mesti becok pulak cerita pengalaman dia dapat naik bas.