Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, April 28, 2014

Tips Menjadi Pasangan Yang Menyenangkan

Bismillah.. 

Zaman sekarang ni dalam skop Malaysia ramai para isteri yang terpaksa bekerja untuk membantu suami menampung pendapatan keluarga. Apatah lagi jika tinggal dibandar, gaji suami sahaja secara puratanya tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga. Definisi cukup atau tidak ini juga bergantung kepada cara sesebuah keluarga itu berbelanja. Contohnya keluarga yang sudah biasa berbelanja dengan barangan murah, akan ada bil perbelanjaan yang jauh lebih murah dari keluarga yang biasa berbelanja dengan barangan mahal. Yang pasti kedua-dua jenis keluarga tersebut mampu hidup juga di atas muka bumi Allah yang luas dan kaya ini. Walau beza gajinya berpuluh ribu, yang gaji 10 ribu tidak akan mampu makan nasi 10 pinggan lebih dari yang gaji seribu. Namun harga nasi tersebut mungkin 10  kali lebih mahal dari mereka yang gaji seribu. Hakikatnya kedua-dua mereka hanya mampu makan nasi sepinggan. Begitulah bagaimana manusia menempatkan duit-duit mereka. Hakikatnya lagi, wang didunia tetap akan habis walau sebanyak manapun ia, samada kita menyumbang atau kedekut. Maka hidup manusia ini sebenarnya sama saja kaya atau miskin. Yang akan membezakan hanyalah amalan manusia itu. Jika miskin tapi hati sentiasa redha maka hati akan sentiasa tenang. Jika kaya, suka pula bersedekah, maka banyaklah saham akhiratnya. Itulah dia...

Hakikatnya, manusia ini akan sentiasa akan berusaha dan memang terpaksa berusaha pun untuk hidup. 

Di zaman ini juga ramai wanita yang educated. Dengan kelulusan yang mereka ada itu, digunakan untuk membantu suami mencari rezeki. Suami sepatutnya berterima kasih kepada keluarga isteri dan isteri kerana mereka tidak perlu menyediakan para isteri untuk bekerja. Tetapi wanita itu sendiri telah competent dari segi ilmunya. 

Secara fitrahnya, wanita akan lebih mudah stress sekiranya ada keadaan kerja yang membuatkan mereka stress. Mungkin kerana bukan fitrah asal mereka dijadikan untuk bekerja. Kebolehan mereka bekerja adalah menjadi satu bonus bagi mereka dan keluarga. Justeru mereka haruslah dihargai. 

Kebiasaan wanita bekerja pada masa sekarang juga kadang-kala menyebabkan masyarakat berpandangan wanita memang perlu berkerja. Termasuklah lelaki atau golongan suami yang berpandangan demikian. "Seorang isteri perlu berkerja" Kerana telah menjadi kebiasaan umum begitu. Padahal keperluan utama seorang isteri itu adalah untuk menguruskan hal rumah tangga, dan yang lebih penting adalah menjaga dan mendidik anak-anak. Cuba anda selami hati mereka, betapa beratnya hati mereka meninggalkan anak di taska, nurseri atau rumah pengasuh dalam keadaan anak tidak sihat, tapi diri sendiri terpaksa pergi kerja.

Justeru kerana golongan isteri telah membantu anda golongan suami, maka hargailah susah payah mereka. 

Kebiasaannya lagi, isteri  jugalah yang akan menyelesaikan hal rumah tangga. Balik kerja terus masak, kemaskan rumah dan uruskan anak. Phewww... memang mantap. Tanya pada diri anda wahai lelaki, mampukah anda lakukan sepertimana isteri anda buat?? Lebih berat lagi, jika mereka sama-sama berpandangan 'kerja rumah dan uruskan anak memang isteri yang kena buat'. 

Begitulah hakikatnya hidup seorang isteri. Kudrat mereka lebih banyak digunakan berbanding kudrat suami. Mereka lebih penat, lebih mudah sakit badan dan lebih stress. Sedih lagi jika penat dan sakit itu terpaksa mereka tangani sendiri. Dengan alasan suami sibuk, suami tak pandai bab-bab sakit wanita ni. 

Kata saya, jika anda ada fitrah untuk berkahwin, dan ingin berkahwin, anda lelaki harus belajar dan tahu semua perkara tentang wanita yang jadi isteri anda. Paling tidak anda harus ada concern tentang isteri. Jika tidak, anda belum layak untuk memimpin rumah tangga.

Anda isteri, seharusnya tahu dimana batasan-batasnya dalam menolong suami (concern utama anda), serta hak-hak anda sebagai isteri dan orang yang dipimpin. 

Apa isunya????

Di zaman isteri terpaksa berkerja ini juga banyak berlaku pergolakan rumah tangga dan perceraian atas berbagai sebab. Jika dihayati, pasti ada hal basic dalam rumah tangga yang tidak diperbetulkan. Apa gunanya kita bekerja sampai penat hingga lewat petang, tapi  tidak punya masa untuk bersembang bersama keluarga, malah anak-anak dimarah-marah kerana meminta bermacam-macam. Apa tujuannya kita bekerja sampai stress, lantas menyebabkan pergaduhan antara suami isteri. Apatah lagi jika pulang kerumah dan bermacam house work yang menanti. Stress dengan hidup telah banyak mencipta kepincaangan dalam rumah tangga. Padahal berkerja bukanlah matlamat utama kehidupan.

Terdapat punca lain juga yang menyebabkan kepincangan rumah tangga. Tidak berniat untuk disentuh di sini.

Justeru, kerana isteri telah mengorbankan kudrat mereka untuk membantu anda wahai para suami, maka anda juga harus mengambil bahagian mereka dalam menyetelkan hal rumah yang hakikat asalnya bukan kerja mereka pun. Janganlah anda hancur rosakkan hati mereka dengan pancara laser dari mulut anda. 

Antara rutin yang anda boleh lakukan, insyaAllah

  • Uruskan anak-anak. Mandikan mereka selepas ambil dari taska atau sekolah di petang hari
  • Bermain dengan anak-anak. Biarlah mereka rasa sebenarnya mereka ada bapa yang menjaga dan mendidik mereka
  • Bantu isteri anda mengemas rumah. Paling tidak anda boleh apply teknik "pickup things" yang mana kutip mana-mana barang yang tidak berada ditempat yang sepatutnya. Contohnya cawan diatas lantai bawalah ke sinki. Toys anak yang bertaburan masukkan kedalam bekasnya dan banyaklah lagi. Tidak perlu menunggu masa tertentu untuk mengemas rumah menjadi perfect, nescaya anda akan susah menemuinya.
  • Sekali-sekala tawarkan diri untuk memasak jika anda mampu.
  • Jika anda tidak pandai langsung memasak, cucilah pinggan dan alatan selepas selesai makan.
  • Ambillah baju kotor yang sudah sedia dalam bakul kotor dan tuangkan dalam mesin basuh. Anda hanya tekan-tekan je punat mesin basuh tu.
  • Bergilirlah bangun ditengah malam untuk buatkan susu anak. Isteri anda juga memerlukan rehat dan badan yang segar untuk berkerja keesokan hari. 
  • Anda tidak perlulah memberikan alasan ringkas, "anak taknak dengan saya" untuk berlepas diri dari meguruskan anak kerana itu hanya menampakkan kekurangan anda dalam mendidik anak. Nampak sangatlah anda tu tak friendly dengan anak.
  • Anak-anak ni macam kain putih kan... mereka akan ikut je corak didikan anda. Jika anda selalu menguruskan mereka, maka terbentuklah kasih sayang mereka terhadap anda. Mereka akan rasa lebih terbuka dan selesa untuk berkomunikasi dengan anda tanpa rasa takut
Jika banyak perkara yang anda boleh setelkan dalam rumah, anda telah memberikan ruang untuk isteri anda berehat dan melayani anak-anak. Anda patut sedar bahawa anak-anak akan merindui ibu mereka dan nak bermain bersama. Anda juga akan lebih tenang dengan keadaan rumah yang lebih kemas dan melihat isteri anda tenang dan lembut tanpa stress. Dan pastinya isteri akan bersikap lebih baik terhadap anda. 

Isteri yang tenang muncul dari sikap anda juga sebenarnya ye para suami. Hargailah bantuan mereka terhadap anda dengan anda membantu mereka pula. Pendek kata, kerja sama-sama, maka house work juga buat sama. Hatta mereka suri rumah sepenuh masa sekalipun, anda tetap perlu membantu menguruskan rumah. 

Anda suami, tidak akan mampu menggantikan ketekunan mereka menjaga anak walau dengan siapa pun. Berjaga diwaktu malam menjaga anak yang tidak sihat sedang anda lena tidurnya sehingga tidak dengar anak menangis di depan telinga. Anda tidak akan mampu menggantikan mereka dengan sesiapa di dunia ini yang sentiasa fikir untuk membesarkan anak dengan cara yang paling baik. 

Hargailah isteri anda 

sesekali pergi bersiar bersama keluarga, biarpun tempatnya hanya taman. Bermainlah dengan anak kecil, saat ini tidak akan mampu diulang lagi.




Monday, April 14, 2014

Cloth Diaper

Bismillah... Setiap perkara dimulakan dengan menyebut namaMu..Rasa Kau ada bersama..

Bila baca mengenai bahaya menggunakan diaper pakai buang, macam risaulah pula. Kesannya mungkin pada jangka panjang. Saya sendiri tidak ada pengalaman masa kecil menggunakan diaper pakai buang. Ummi gunakan lamping biasa. Alhamdulillah rasa tidak ada kesan sampingan darinya, dan rasanya kebanyakan dari kita ni mak-mak banyak menggunakan lampin masa kita kecil. Masa tu diaper pakai buang ni tak banyak lagi di pasaran. Rasanya zaman sekarang ni, orang tak ada duit macam mana pun akan guna diaper pakai buang. 

Setelah disiasat, ada beberapa kesan negatif dari pengguanaan diaper pakai buang, especially kesan terhadap kesihatan dalaman itu amat membimbangkan.

  • proses penghasilannya banyak menggunakan bahan kimia, bleach and what not... memberi kesan kepada kesihatan reproduksi perempuan mahupun lelaki. 
  • mencemarkan alam sekitar. diaper pakai buang ni tak terdegradasi dan proses pelupusannya memakan masa lebih kurang 500 tahun. Akibat daripada ini juga, sisa urea yang terkandung padanya akan mencemarkan tanah yang mana ianya mungkin menyebabkan virus dan mengganggu proses penyediaan air bawah tanah. Virus-virus ini termasuk hepatitis A, virus Norwalk dan virus Rota
  • kesan sampingan lain, anak akan lambat belajar buang air sendiri dan juga memakan kos. Mungkin ini tidak menjadi konsiderasi penting bagi yang berkemampuan walaupun sengkek juga duit habis dok beli barang anak jer, especially diaper pakai buang.

Justeru itu ummi pun membelek kembali cara untuk stripwash cloth diaper. Dah pernah stripwash sebelum ni, tapi hasilnya tetap bocor. Jadi stopkan dulu cd. Abi pun tak suka uruskan anak kalau selalu bocor. Hmmm....  Demi sayangkan generasi ummat ini, maka mari kita usaha lagi.

Ada banyak cara untuk strip wash ni. Ada yang macam susah benar, ada yang macam senang jer.. Itu semua tak penting buat saya. Yang penting hasilnya jadi ke tidak.



Bermain di playground apartment kami 

Nawar dah besar. Dua-dua ni still pakai diaper

Hi Nawar

Anak-anak seronok beraktiviti bersama. ada guard disitu

Saturday, April 12, 2014

Rindu lagi...



Saya jalan-jalan ke blog kawan-kawan lama saya masa di utm. teringat-ingat di benak saya tingkah laku setiap dar i mereka... saya rindu pada mereka. Violet Biru.. Ummu Mumtazah

kita dah jadi kita sekarang ya sahabat.... dulu kita macam tu...skarang kita macam ni.... imbauan kenangan... rasa ingin kembali bersama.... jalan-jalan kaki sekitar UTM,,, almaklumlah kita takder kenderaan... memanjat bukit balai cerap...bersilat...berjoging...berbola tampar....bermeeting...ber cot cet-cot cet...berjerit..haha...

rindu ahhhhh

Awana Kijal a.k.a Resort World


alhamdulillah 'ala kulli hal...

Saya dan anak anak diberi peluang oleh Allah untuk mengikut zauj training di kemaman dan kami menginap di Resort World atau nama dulu Awana Kijal. Saya lagi suka nama Awana Kijal tu, klasik dan unik. Alhamdulillah kerja kerja abi banyak membawa kami jalan-jalan di Malaysia ni. Ini kali kedua saya dan zauj ke Awana Kijal ni. Second time ni bersama dua orang puteri Bintang dan bulan kami.

Saya personally suka jalan-jalan menikmati alam ditempat lain. Rasanya ramai orang macam tu, suka melancong. Bezanya tempat apa yang lebih mereka sukai. Pada saya, saya suka melihat alam. Rasa unik Allah mencipta alam yang pelbagai. Ada orang lain lebih suka tempat yang fun fair, contohnya lego land atau lain-lain, maksudnya yang manusia cipta. 

Ini adalah ni main hall. Round about di bawah bumbung. Di depannya ada bilik-bilik ...erm cana nak banyangkan

lobi ni serius cantik...lantai dia cantik...huhu

ada tempat duduk dengan meja kopi. pagi-pagi kita akan jumpa ramai orang yang pakai coverall especially kuning. staf petronas especially suka buat training kat sini atau menginap disini sekiranya ada training di kawasan berdekatan

 
After breakfast. We were rounding the hall and rest for a while. The puteri bintang kakak hamnah is feeding her milk while the puteri bulan adik nawar is reading news paper... hehe


ini adalah suasana di dalam bilik. tak bersuasana sangat dah la...penuh dengan barang kami pula. satu king size bed, cukup untuk muatkan kami semua

bilik kami menghadap garden dan nampak pantai... and preciously nampak laut yang sangat cantik dari aras pandang bilik kami... which is nampak laut tu agak-agak separuh bangunan tu.  

menghadap pintu masuk yang beberapa kali terpaksa memanggil guess service untuk bukakan pintu dengan sebab yang berbeza...haha

jendela bilik air yang open-able. dari dalam bilik boleh nampak bath tub. see-through katanya  

maka bolehlah kita memerhatikan anak-anak bermain di bath tub sambil buat kerja di ruang bilik

akak hamnah yang sentiasa nak jadi ustazah. insyaAllah kita usahakan supaya tercapai ye kakak.. astronomer also can be a ustazah kakak



Pantai yang Sangat Cantik

Sesungguhnya saya amat terpesona dengan pantai yang amat cantik. Orang kata datang ke kisini memang takde tempat menarik sangat. Yang menarik adalah di Awana Kijal ni sendiri yang mana pantainya amat cantik. Pasirnya sungguh bersih dan berwarna light brown 

tak risau untuk melepaskan sicomel merangkak sendiri. InsyaAllah pasirnya bersih dan selamat. Cuma kena sentiasa jaga sebab sicomel nak rasa semua benda melalui deria mulutnya.


Sengaja bawa mereka bermain dengan pasir. Menyentuh teksturnya untuk develop perkembangan minda mereka. Abi buat apa tu? guess what???


Guess what???


tadaaaaaa...... abi sedang main layang-layang


abi and the kids

nawar bermain-main dengan pasir

tercapai cita-cita ummi nak bawak mereka especially kakak untuk bermain dengan pasir



cantik tau air pantai kat sini...biruuuuuuu


ombaknya agak besar. tidak seperti di pantai barat. pantai ni terus menembus ke laut cina selatan yer....cuba ingat sebesar manakah laut cina selatan tu

mereka bermain ombak. actually kami semua main ombak....bestnya......lama dah tak main ombak. kat pantai barat seingat saya tak jumpa la ombak besar gini.





Swimming Pool

Ni pula di swimming pool. amatlah luas yer tuan-tuan dan puan-puan.










kakak hamnah main layang-layang



mereka yang sudah keletihan. every day main air dua tiga kali


Ituah aktiviti yang banyak kami lakukan disana. Banyak lagai aktiviti lain disana, ada giant chest, giant snake and lader, big congkak, bermacam jenis sport, sesuai kalau nak tinggal sebulan kat resort ni...haha...Tapi saya tak interested since belum sesuai untuk peringkat umur kakak hamnah dan adik nawar. InsyaAllah kalau ada rezeki kita datang lagi mungking time tu anak-anak ummi dah ada yang besar, mungkin dah ada interest nak main benda lain pula. Dan ummi suka ajar anak-anak suka kepada alam...like ummi ...hehe... Alam kitab kedua untuk mengenali pencipta kita yer sayang

insyAllah,... semoga Allah pilih kita lagi untuk melihat ciptaanNYA ditempat lain pula.... guess where is the next??? 



Friday, April 4, 2014

Back to the place of origin 2: Hamnah Nak Balik Tampom



"Hamnah nak balik tampom" - itu bahasa pelat Hamnah yang baru berusia 2 tahun 4 bulan.

Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk pulang ke kampung di kuala krai Kelantan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Sejauh mana kaki merantau, hati tetap terpaut di tanah kelahiran. Walau sudah berkahwin, sudah beranak pinak. Back to the place of origin seakan merenew motivasi diri. Jelas sekali, Alhamdulillah dibukakan hati oleh Allah untuk melihat alam dan kehidupan serta bermuhasabah diri.

Tidak ada aktiviti khusus yang dirancang melainkan memang untuk balik dan berada dirumah, Selain merancang untuk read and write the thesis. Yang jelasnya seharian masa banyak dihabiskan untuk mensetelkan urusan anak-anak berdua.

Petang rabu, hari kelima kami di kampung, kami tiga beranak berserta pak usunya pergi ke sungai. Dalam musim panas begini air pun tak dalam dan terbentuk betingan pasir yang luas hingga boleh dibuat gelanggang bola. Ingatan terimbau saat kecil dahulu, dimana tempat bermain, terjun dari pokok kedalam sungai. Bila mandi di tengahari penas terik disinar mentari, bila petang terketar2. Air sungai yang asalnya dari bukit sangat dingin.

Pulang kekampung begini begitu mendamaikan bila dapat berinteraksi dengan alam yang semula jadi. Lari dari hiruk pikuk kota. Cuma satu….jika abinya tak ada untuk sama-sama menguruskan anak-anak, rasa mengah sehari-hari. Cuti yang tak berapa nak cutilah jadinya. Sangat hebat seorang ibu yang banyak mengurusakan anak-anaknya seorang diri.



Nawar aqilah yang tidak ‘takut air’. Anything should be put in the mouth to taste it. Sand is included.



The very excited kakak. Dah tinggalkan adik di belakang, jadi tidak sempatlah ambil gambar mereka bersama. Rasanya ni first time kakak Hamnah mandi sungi, selalunya mandi kolam.



Kawan-kawan yang lain pun ada juga. Yang lelaki tu namanya Amir Mursyid


betingan pasir yang luas terbentuk hasil dari air yang sudah mengering dijadikan gelanggang bola sepak. Di sebelah kiri gambar juga ada kebun tembikai yang baru ditanam. Best.

Bila dah nak balik ada lagi family yang datang. Kakak pulak taknak balik bila jumpa kawan baru. Tapi terpaksa force kakak untuk balik sebab adik dah sejuk. Ummi cakap dengan kakak dalam Bahasa melayu standard, tiba2 mak budak tu tanya,
 “duduk  mmana?”

 “dok KL,” Ummi said.

 “kita pun dok KL jugok,” she said.

 As I though, dia mesti menyampah dengar kita speaking standard malay bila berada di Kelate, or dengan org kelate. Habis tu, takkanlah kalau kita biasa cakap dengan anak kita English tetiba switch cakap malay bila dengan orang lain. Peninglah budak tu tak faham kan????? Gitulah jugek kalau antara malay standard dengan Bahasa negeri. Gitulah….. biasanya orang kelate paling tak boleh la kalau balik kelate nak cakap luar.. Nanti dikatanya koya kea pa…haha…  sebab itulah cina india di kelate ni kecek kelate cair lole…. Takdok pung pelat cina india tu.

By the way…. As information –bahasa komunikasi dengan anak

Orang dewasa tidak sepatutnya menggunakan basa campuran bila bercakap dengan kanak-kanak.  Kerana mereka akan confuse dangan Bahasa. Contohnya:

“Hamnah, tolong ambilkan ball”

“jom kita jump”

Biasanya Bahasa lain atau English digunakan untuk objek atau tempat , ball, book, toilet, kitchen…etc.
Sebaiknya orang dewasa menggunakan satu Bahasa sahaja pada satu-satu masa bagi mengelakkan kekeliruan Bahasa pada kanak-kanak. Jika ingin menggunakan Bahasa asing, biasanya inggeris, gunakanlah ayat yang lengkap. Yang mana kanak-kanak tersebut sedar Bahasa yang sedang digunakan adalah berbeza.  Contohnya :

“Hamnah, please peak up the ball”

“Let’s jump”

“don’t you want to eat with me? Let’s eat together.”

Percampuran Bahasa akan menyebabkan kanak-kanak lebih lambat untuk menguasai satu-satu Bahasa. Pendedahan kepada Bahasa kedua boleh dilkukan dengan pembacaan buku cerita. Sebaik-baik pendedahan awal adalah pendedahan kepada bacaan al-quran. J