Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Saturday, January 19, 2013

Zoo Negara

Bismillah....

Bersiaran dari meja sunyi dikala pagi hari. Mata belum mengantuk. Bagaimanakah. Terasa juga sikecil itu bergerak-gerak. Mungkin untuk kali pertama terasa. Atau sebenarnya pergerakannya tidak disedari kerana busy melayan kakaknya yang masih manja. Semoga jundullah yang masih menyempurnakan urusannya di dalam rahim ummi ini berkembang dengan sihat dari segi fizikal dan rohaninya.

Kakak Hamnah sangat suka belajar. Sukaaaa sangat baca buku. Tiru gaya ummi baca Quran bila mula membeleknya. Adalah hasil yang terjadi pada mushaf tersebut bila dah terbiasa di tangannya. Buku-buku kakak Hamnah ada banyak gambar binatang. Kakak belajar binatang juga dari flash card dan meniru gaya bunyi binatang tersebut. Abi lah yang rajin mengajarnya. Yang paling senang untuk kakak Hamnah belajar bunyi, "moooooo" and "aaaauuuuuummm". Lembu dan harimau respectively.

Seminggu selepas Hamnah keluar wad, ada tour GEMA negeri di UIA Gombak, (bertukar tempat kemudiannya) maka abi dan ummi merancang untuk ke Zoooo Negara after majlis tersebut. Tidak di plan dari rumah, maka pakailah abi dan ummi dan Hamnah pakaian rasmi dan cun belaka...




Mula-mula tengok zirafah....Tingginay zirafah ni... Ummi pun macam first time je tengok zirafah ni..


Hi cik adik manis...suka kakak Hamnah


with abi..
and ummi... 


african lion

bagi makan pada mouse deer 

buat bunyi harimau..."auuuuummmm".. dengan gaya mulutnya

bersama encik kumbang... "en.kumbang...nak ngorat boleh tak..."

Ok...sekian sahaja gambar Nah bersama binatang yang Nah belajar....



Thursday, January 17, 2013

Baking

Bismillah....

Salam Jumaah yang barakah. Semoga Allah thabatkan hati-hati kita di atas jalan Islam walau apa pun dugaan ribut taufan Sonamu atau Tsunami yang melanda. Semoga dugaan itu membawa kita untuk bermuhasabah diri yang kerdil dan hina dihadapan Allah.

Master sepatutnya tinggal sem depan untuk dihabiskan. Dengan segala urusan master yang masih ada. Maka penghabisan tersebut tidak dapat di surekan. Adapun demikian, sudah terfikir-fikir kerja apakah yang boleh dibuat setelah menamatkan sekian urusan master. Yang membolehkan untuk mengambil masa yang maksimum untuk menjaga anak dalam masa yang sama kewangan perlu dicari. Konsiderasi penting di sini juga adalah supaya saya dapat buat kerja dakwah umum dalam masa yang sama, khalifah-khalifah kecil saya mempunyai cukup masa dengan saya. Dan saya suka mereka banyak belajar dengan saya, walaupun mungkin tetap pergi ke sekolah.

Ibu-ibu muda skarang ramai jer yang buat kerja dari rumah dengan berbagai konsiderasi tertentu, antaranya mungkin krn kos hidup, anak, famili dsb. Ramai yang buat business online, jual macam-macam termasuklah kek dan pastri. Saya pula sangat teruja dengan pastri.


Kek lapis pandan yang belum di salut kelapa kering. Bila dah tersalut kelapa kering hanya tinggal sepotong. dah tak cantik nak posing kan..



Donut coklat. Dibuat di apartment Imperial.



Sedari kecil, umur darjah dua saya dah mula belajar untuk buat biskut sendiri. Masa tu di bulan Ramadhan, dan Ummi tak sempat join sebab busy dengan perniagaan cendolnya. Jadi ummi belikan barang untuk buat biskut dan ajar saya dari mulut jer sambil tangan urusakn cendolnya. Since that time every year saya akan test beberapa resepi baru buat biskut raya. Seperti biasa ummi memang galakkan. Mungkin dalam darjah empat macam tu ummi belikan oven. wow...sukeee kooot.. Entah masa umur berapa plak, ummi belikan mixer... alhamdulillah... bertambah semangat saya. Every kedatangan raya saya akan buat biskut raya.

Ummi juga suka buat biskut dan baking and pernah masuk kelas, tapi masa tak ada. Maka saya pun dengan ghairahnya telah mencopy resepi-resepi dari buku catatan ummi semasa beliau belajar dulu. Nak ada buku sendiri kooot... Lepas tu si Zubaidah (adikku tuuu) sibuk nak tiru kak longnya... buatnya takdelah sangat...hoho...

Honestly, sebenarnya taklah jadi sangat resepi-resepi yang dicuba. Asyik dok tertanya-tanya. "Kenapa hasil kek dan biskutku tak sama jadinya macam resepi". Banyak kalilah kecewa sebenarnya. Tapi entah kenapa semangat tu macam tak pernah hilang. Sampailah sekarang. Always rasa nak try something new, sampai rasa malu sikit dengan encik zauj (saya ada perangai malu semulajadi yg sedikit unik bagi saya sejak dari kecik.) Kalau boleh nak elak pergi kelas-kelas tu. Tapi kalau nak hebat rasanya mungkin kena pergi jugak supaya tahu teknik yang betul.

Sekarang ni berada di Imperial Hotel tingkat 20  kat Miri. Buat apa kat sini. Saja ngikut encik zauj yang outstation selama sebulan. Actually busy jugalah dengan urusan Mr. Master ni kan. So kerja-kerja tidak ketinggalan untuk dibawa kemari. Seketul paper Icon-Space perlu disiapkan secepat mungkin agar processing data lain dapat diteruskan. Maka bawalah penjaga Hamnah, si Maktehnya itu. Adik saya yang kelima yang baru selesai SPM.

Rasa adalah sedikit masa untuk search beberapa resepi dan mencuba beberapa resepi tanpa guna oven sebab di apartment hotel ni hanya ada microwave. Oh sekian dulu. Cekmek molek ala Kelantan perlu di siapkan untuk sarapan pagi.