Showing posts with label Lauk pauk... Show all posts
Showing posts with label Lauk pauk... Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Asparagus Goreng Belacan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...........

N3 menu untuk makan tengahari.
Kami ke Jusco Bukit Rajah kerana ada AEON sale yang bermula pada 19 Mei hingga 10 Jun, 2012.
'Enjoy superb bargains & discounts up to 70 %. Hurry to AEON/JUSCO stores today'. Itu adalah sms yang dikirimkan kepada pemegang kad ahli. Maka cik June bawalah si kakak ke sana kerana dia sibuk hendak mencari baju untuk dipakai ke pejabat.

Setelah siap membeli-belah dengan potongan harga yang hebat, kami ke bahagian supermarket. Cik June memang suka membeli barangan basah di situ kerana dibungkus dalam kuantiti yang cukup untuk sekali masak dan barangannya juga segar.

"Ma, kalau asparagus ni boleh masak apa aje?" tanya si kakak.

"Goreng belacan," jawab cik June sambil membelek daun selasih. Apa nak dimasak dengan daun selasih ni? Minda berputar mencari idea. Kalau ada pisang muda atau nangka muda, tentu sedap. Tapi di Jusco tak ada nangka dan pisang muda pulak. Nak kena ke pasar Jalan Meru/Kapar, kot?

"Akak nak?"


"Ambillah."




Maka...asparagus itu telah menjadi lauk kami hari itu yang dimasak gaya Melayu habis.

ASPARAGUS GORENG BELACAN...
Bahan-bahannya...
1 ikat asparagus
2 biji cili merah/ 5 biji cili padi *
1 inci belacan * 
2 ulas bawang putih *
3 biji bawang kecil *
sedikit udang kering ~digoreng tanpa minyak dan tumbuk kasar/rendam dan tumbuk bersama bahan bawang~
.....bersihkan asparagus dan buangkan batang yang keras.
2. Tumis bahan bertanda * hingga wangi dan masukkan batang asparagus tadi.
3. Apabila lembut, perasakan dengan garam. 
4. Balik-nalikkan dan padam api. Taburkan dengan udang kering yang ditumbuk kasar tadi. 

Bersama hidangan.........




Nampak tu! Kemain cantik ku susun dalam periuk.


Mak ai! Banyaknya? 

Kembong tu ada sepuluh ekor, cik June malas nak pelbagaikan. Anak-anak lebih menggemari masak kicap, jadi cik June lebur semua dalam masak kicap. Cuma masak kicap cik June gaya untuk orang dewasa kerana cik June letakkan 2 sudu makan cili kisar semasa menumis. Jadi sesuailah dengan tekak orang dewasa.

Berikut adalah resipi untuk masak kicap gaya cik June.

KEMBONG MASAK KICAP ~ gaya cik June
Bahan-bahannya...
Ikan ~ digaram kunyit dan digoreng terlebih dahulu
2 batang cili merah ~ buang biji dan dihiris memanjang
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
1 inci halia
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan sos tomato
....tumis bawang putih, bawang merah, halia yang telah ditumbuk lumat bersama cili kisar. Digaul rata dan biarkan cili kisar sedikit garing. Masukkan secawan air jika mahukan berkuah.
2. Masukkan kicap manis dan sos tomato. Gaul rata. 
3. Masukkan pula ikan yang sudah bergoreng tadi. Rasa asam garamnya.
4. Masukkan bawang besar dan cili merah sebagai hiasan. Balik-balikkan sebentar hingga bawang layu dan bolehlah matikan api.


Ini menu ulangtayang. Untuk mereka yang dah otai tu sila abaikan.

Kepada yang mahukan pedas, cik June dah sediakan semangkuk sambal belacan. Anak-anak cik June pula lebih menggemari kacang panjang itu dimakan sebagai ulam. Nah! Lagi senang kerja cik June.......

Sambal belacan dan kacang panjang yg dijadikan sebagai ulam.....


Selamat menjamu selera!




Wednesday, April 11, 2012

Kari Daging...

Assalamualaikum to all........

Hari ini cik June masak Kari Daging...asyik ayam aje...kita ubah selera pulak. Tiba-tiba si Adik yang lalu lalang bersiap untuk ke kelas tengahari itu terhidu bau kari.

"Dah lama kita tak makan nasi atas daun pisang kan?"

Ala-ala daun pisang...hehehe
Anak-anak cik June semua dibesarkan di estate, makan nasi atas daun pisang itu macam makan dalam dulang aje lebih kurang. Cuma kalau guna daun pisang ni dah sudah makan, lempar aje ke tong sampah... senang kerja.

Di bandar ni mana nak jumpa daun pisang kalau tak dicari di pasar? Lain kat estate dulu, boleh ambil dari pokoknya di belakang rumah aje. Tapi tak apalah...dah teringin sangat, gunalah pinggan yang rupa daun pisang tu...lebar juga.


Beberapa batang cili hijau dari pokok depan rumah sebagai hiasan...

KARI DAGING...
Bahan-bahannya..
1 kg daging
3 biji kentang
Rempah penumis
Selembar daun kari
4 sudu makan rempah kari daging (cik June guna Baba's)
3 biji tomato buah @ 2 keping asam gelugur
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih *
1 inci halia*                 (Kisar halus bahan bertanda *)
1/2 kotak santan
4 biji bawang merah ~ dimayang
1 batang serai ~ diketuk


Cara menyediakannya...
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah yang dimayang bersama rempah penumis dan selembar daun kari hingga bawang menyerupai bawang goreng.
2. Masukkan serai yang diketuk tadi bersama bahan kisar. Kacau rata bersama rempah kari. 
3. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Biarkan merenih di atas dapur sehingga daging empuk.
4. Masukkan pula kentang dan santan.
5. Rasa asam garamnya. Biarkan lagi sehingga kentang pula empuk.
6. Akhir sekali, masukkan asam keping @ buah tomato yang dibelah dua dan cili hijau yang dibelah-belah sebagai hiasan. (Jika suka pedas, boleh masukkan sesenduk cili kisar semasa menumis tadi).




Ini bahagian si kakak...betul punya kenduri

"Wah! Ini kalau ada Roti Jala, tentu best!" Tegur si Kakak yang pulang dari pejabat petang itu dalam keadaan separuh basah. Kancil yang diparkir di depan rumah itu tidak dapat menyelamatkan dia dari hujan lebat. "Kalau ada papadom tambah sedap," ujarnya lagi.

E..eh! Berapa banyak nak tambah dah? Makan ajelah apa yang terhidang tu...kalau balik kerja nak kena masak tu macam mana? Hisy!




Tuesday, April 10, 2012

Paceri Nanas...

Assalamualaikum to all.....

Ini adalah diantara menu yang tak sempat berposing. Semasa masing-masing sudah menyenduk masuk ke dalam pinggan baru cik June teringat tadi gambar waktu mengupasnya ada diambil, tapi sesudah kejadian, macam tak sempat pula hendak dirakamkan wajah makeovernya itu.

Tetapi untuk tontonan anak-anak, bagaimanakah rupanya Paceri Nanas hasil air tangan cik June ini, maka cik June usahakan juga menunjukkannya walaupun hanya di tubir pinggan...hehehe


Paceri Nanas Berempah...

Untuk resepinya, di bawah ini cik June sertakan versi air tangan cik June kepada sesiapa yang sudi hendak mencubanya. Masin, masam dan manisnya, anak-anak tambahlah sendiri ye?

PACERI NANAS BEREMPAH...
Bahan-bahanya...


1 biji nanas ~ dikupas kulitnya dan dicelur.
2 batang serai 
3 sudu besar rempah kari
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar kerisik
Rempah penumis
1 labu bawang besar
2 batang cili merah
Pati santan dari 1/2 biji kelapa @ 1/2 kotak santan
Nanas yang dipotong bulat...


Cara membuatnya...
1. Panaskan minyak, masukkan rempah penumis. Masukkan juga halia, bawang putih, bawang merah dan serai yang telah dikisar halus. Biarkan ia agak kering sambil sesekali dikacau rata.
2. Masukkan bancuhan rempah kari dan gaul rata. Biarkan ia menggelegak sebentar.
3. Masukkan kepingan nanas yang telah dicelur dengan santan, asam keping dan kerisik.
4. Masukkan garam dan gula pula sebagai perasa. (Biasanya paceri nanas ini rasanya sedikit manis).
5. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan cili merah yang telah dibuang bijinya dan dipotong memanjang sebagai hiasan. (jika tak mau pun tak apa)


Sorry dik...mama nak ambil gambarnya kejap...

Kalau masak Paceri Nanas, biasanya di rumah cik June ni, kami lawankan dengan ayam goreng atau ikan goreng sahaja. Tapi kalau ada ikan kering @ ikan masin, fuh! lagi ngam.


Untuk anak-anak yang hendak mencuba menu mudah dan murah ini, Selamat Mencuba!







Saturday, September 10, 2011

A bowl of trash...

Salam to all....


Ya ampun! Ada tak service dari wet-market online? Tolong la..........
Kisahnya semalam Cik June dah terseronok online shopping dengan MPH...order malam petang
esok je dah sampai...rasa nak peluk je abang courier tu kerana rajin menghantar buku tu sampai
depan gate rumah.

Pastu si Kakak...balik-balik aje... 'Ma masak apa?'
'Belum apa-apa pun..' sambil mata tegak ke komputer riba kerana sedang tekun meng 'update' blog 
yang lagi satu.
Sambil membuka pin tudung...'Alaaa...akak lapo dah ni...'
Aku kerling sikit dengan ekor mata...'Sapa suruh tak makan masa rehat tadi? Bukannya puasa?' Namun...
search engine di kepala hotakku memutar ingatan apa benda alah yang masih tersimpan dalam esbok 
yang dapat ku jadikan juadah ketika itu. 


Kita orang ni kes makan tak ikut jadual...bila lapar baru masak...untuk mengelak dari berlakunya
pembaziran. Maka sesiapa yang bercadang nak melepak/bertunggu tangga kat rumah Cik June ni...
sila calling-calling/roger terlebih dahulu.

Akhirnya....search engine ku berjaya mencari resepi geledah sendiri......tadaaaaaaa!!!

A bowl of trash..
nama tak boleh blah...tapi rasanya alhamdulillah....

Nak resepi mudah ini? Jom kita layan 'A bowl of trash'..........
Bahan.....
10 ekor udang
2 keping fishcake
sebiji capsicum ~ potomg ikut suka
sebiji tomato ~ belah 6
1/2 batang carrot ~ potong ikut suka
sebiji bawang besar ~ potong bulat
sedikit halia ~ dimayang halus
2 ulas bawang putih ~ cincang
2 sudu penuh cili boh
2 sudu penuh sos tomato
minyak utk menumis, garam dan gula secukup rasa.....


Cara....
1.  Panaskan minyak & goreng udang seketika biar nampak merah baru diangkat dan ketepikan.
2.  Goreng pula fishcake yang telah dipotong ikut versi kegemaran masing-masing...bila kelihatan 
     masak...angkat dan ketepikan.
3.  Tumis pula bawang putih, halia dan cili boh...biar sedikit garing...tambah air, sos tomato & carrot.
     Rasakan asam garamnya...baru masukkan capsicum dan tomato. 
4.  Kacau rata...campurkan dengan udang & fishcake tadi. Akhir sekali masukkan bawang besar.
5.  Balik-balikkan sekejap...bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Fresh from the stove....dapur Setia Impian. Selamat Mencuba!


Pesan Cik June: Sesuai untuk mereka yang berkerjaya....semua dah lebur dalam satu menu. Tapi
                         bagi sesiapa yang rajin nak masak sampai 3-4 lauk tu...dialu-alukan akan kerajinan
                         mereka.



Friday, September 2, 2011

Salam Syawal 1432 Hijrah.......

Selamat Hariraya Aidilfitri....maaf zahir dan batin......


Lambat betul tuan rumah bersiaran ye? 
Pulang dari berbelanja pada petang akhir Ramadhan...aku diserang selsema teruk...kerja bersin aje 
dah rasa nak tertanggal batang hidung. Nampak gayanya tak beraya la aku tahun ni...hati berbisik 
sendirian.


Tetiba Angah call....."Ma! macam mana nak buat ni? Nasi impit Angah tak jadi keras."
Aku yang mamai-mamai menjawab. " Bungkus dengan kain...masukkan dalam loyang dan timpa
dengan benda yang berat...macam lesung batu ke..."

Seawal jam 8 pagi waktu Malaysia...Angah call lagi...selepas mengucapkan salam Selamat Hariraya dan
memohon maaf semua...Angah beritahu "Ma..on skype...nak tunjuk Nasi Impit semalam." 


Hah! ambik engkau...ditimpanya loyang tu dengan sekampit beras 10 kilo. Cantik punya kenyal Nasi
Impit Angah. Kemudian ditunjukkannya satay yang dibuat sendiri ada dekat sekaki panjangnya...."apa 
ada hal...makan sendiri.." katanya. "Nak gi Kedutaan jauh...kat Canberra sana."


"Ye la...alhamdulillah. Sana sini pun sama aje...mama pun tak masak macam-macam sebab tak ada
orang..." Beraya di bandar ni mana ada orang? Lagipun tak sampai hati nak berseronok sakan bila
teringatkan dia yang di rantauan. Karang mau mengelupur nak balik pulak. Kemudian aku tunjukkan
menu raya ku....

Sayur lodeh..........
"Ma! Sini susah nak jumpa bahan...."
Ye la...aku pun tahu...kat celah mana dia nak gi cari tahu kering...suhun....semua tu? Lama sikit nanti
jumpa la kedai yang menjual barangan itu. Tapi...tak boleh lawan Malaysia kan? Kebanyakan kedai
runcit pasti ada menjualnya.

Kari Ayam...
dah ada yg mengelat tu.......
Kesian juga kat Huda...dia yang minta dikirimkan dengan barangan rempah ratus...masih belum
menerima bungkusan itu lagi sehingga dah menjelang Aidilfitri.

Sambal kacang....

Ni aje menu kesukaan kami...tahun ni tak de rendang...mak cik tuan rumah malas nak tunggu dapur
sebab badan tak sihat. Untuk kawan-kawan Kakak dan Adik tu...kalau nak datang beraya tunggu waktu yang ditetapkan ye...kita buat rumah yang tak berapa nak terbuka pula. Mak cik tuan rumah nak naik
berehat.

Pesan Kak June: Hati gajah sama dilapah...hati kuman sama dicicah. Muahaha...peribahasa orang
                                  dolu-dolu.

Tuesday, August 2, 2011

Sahur Day 1...

Salam sahur to all....

Pagi ni dimasukkan juga menu sahur ringkas kami dari dapur Setia Impian. Anak-anak sangat teruja
di hari pertama menyambut Ramadhan walaupun hanya tinggal kami bertiga sahaja.

Aku yang kepenatan mengemas rumah yang memang sengaja dilakukan sebelum Ramadhan tiba tadi...
tidak berkesempatan ke pasar. Tapi tidaklah membimbangkan kerana masih ada stok untuk waktu
darurat. Namun...anak-anak sangat menggemarinya...Alhamdulillah.

Sardine? Wakaka...apa kes? Sorang seketul...

Telur mata masak kicap...juga sorang sebiji...

Sayur goreng boncis & carrot...

Juadah kami jam 5.15 am on Ramadhan Day 1..
Alhamdulillah.


Sekian...untuk kali ini dan kita jumpa lagi dengan N3 seterusnya sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.
InsyaAllah.
Pesan Kak June: Buat persediaan dari malam agar bangun sahur nanti senang...tinggal makan je.