* Aicah dan wonderpet beliau :D

aicah : ateh..aisyah ni

saia : ooo ecah *buat2 baru tau pdhl kat webcam tu mmg dia je yg ade haha*

aicah : ateh..aisyah dah 8 tahun

saia : oooo dah 8 tahun dah? *oo je la dh mmg bnda yg dh tau =_=” *

saia : dah habis periksa ke belum?

*setiap perbualan mengambil masa 10 minit untuk di balas oleh ecah hahaha :p *

aicah : dah..najmi dapat nombor 1

saia : wahh pandaii..fitri? aisyah?

aicah : fitri dapat no 2, aisyah dapat no 3

saia : aisyah dpt no 3 dari berapa?

aicah : ada 4 orang semua

saia : … … … *tgh gulim2 suka, bkn ketawakan dia dpt no 2nd last tp xterbayang betapa kiutnya sekelas hanya ada 4org je ahahaa..jeng ! *

nanti ateh blk ateh bg hadiah

dan tiba-tiba……

najmi : ateh…nk mainan deh, xnak benda lain *adoii, sbut hadiah baru muncul power rangers yang lain heuheu *


Petang2 camni laa nk teringatkan rumah T,T . Rindukan pemandangan sawah padi di halaman rumah mungkin?

tadaaa ! *kalau hujan ni lagi best*

aktiviti2 petang seperti melakukan pembakaran terbuka bersihkan halaman rumah :D


Memetik bait lagu Inang Anak Perantau nyanyian Saujana.. .. ..

Berdendang hati perantau berdendang
Alunan senang nada kerinduan
Sambut warkah dari desa
Menggamit hatiku segera pulang

Gemalai pelepah nyiur melambai

Dingin semilir menyapa di pipi
Sejuk alir air sungai
Masih terasa basahnya di kaki

Ribu batu jarak kita terpisah
Silih musim lamanya tak bersua
Rasa rindu tidak lagi terbendung
Apakah khabarnya teman di kampung

Andai diri mampu terbang melayang

Saat ini telah lama ku pulang
Hanya jasad masih ada di kota
Sedang hati telah tiba di desa

Riuh anak-anak bermain di halaman

Bawah pohon merendang
Tenangnya redup petang
Di hujung sana petani melangkah pulang
Hilang lelah bersenda gurauan

Walau berkelana jauh di perantauan
Cerah langit di desa kekal jadi rinduan
Seluruh warganya bagaikan bersaudara
Ramah mesra di dalam senyuman
Benarlah tempat jatuh kan tetap dikenang
Tak sabar hati segera nak pulang

p/s : post ni sebenarnya ditujukan kepada nasuha N bukan nama sebenar yg asyik homesick haha *gurau2 hehe :p *