CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, February 28, 2012

Pulut kuning pulak....

Hari ni tekak mengidam lagi....hari2 ade je berangan nak makan apa...nak makan - kena masaklah !

Dalam stok dah lama tersadai sepeket pulut - ntah bila punya pulut masih ada lagi. Adalah 400 gm...
Tengok dalam freezer ada simpanan santan. Amik ko.....saya rendam sekejap pulut dengan kunyit - lepas tu main pakai tanak je....nak angkat kukus - maleh gue....tak padan dengan pulut sejemput...he3x.
Masak-masak kejap...tak sampai 1/2 jam dah boleh makan.

Tengok2 ada sardine dalam stok - baik lah buat sambal sardine - boleh lawan dengan pulut kuning ni.
Try makan dengan sambal pulak.

sekian, laporan untuk petang tadi...he3x - nak buat kerje sekolah pulak. Cukup masa tidooooo.....untuk makluman semua - kita perlu tidur secukupnya - sekurang2nya 6-7 jam !



psssttt.......
tuan/puan masih tercari2 tempat nak menginap di Melaka?
 silalah lawat @ rujuk di Delima Guest House  
yang menyediakan rumah penginapan dengan bajet rendah. 
Cuma untuk melelapkan mata di malam hari je kan....
setelah penat berjalan @ melancong di siang hari.

Sunday, February 26, 2012

teringin nak makan !

teringin pulak nak makan kuih ni...

Apa lagi menggodak tepong & inti kelapa  tadi....sekejap je buat - bukan susah benor kan.

Kelapa dah beli kelmarin - kononnya nak buat lepat pisang - tunggu punya tunggu - pisang pun dah nak habis makan gitu saja - tak sempat2 dah nak melepat. Nak melepat punya fasal sebab daun pisang ada berbaki beli kat pasar minggu lepas - sayang nak buang ( sebab seikat harganya RM2 !!! -  ni lah akibat tak bertanah nak menanam pisang ).Kelapa pun tidur teperok dalam freezer. Kalau pisang dah nak habis - daun pisang ntah apa kabo dalam peti tu...salah2 hemat --- piuuunggggg masuklah tong sampah....!


Gulung punya gulung dapatlah 12 ketul....jadi lah...makan 2 ketul  dah kenyang ! Kang si Farhan sambung makan...he3x...minum dengan air teh panas ....selamat menjamu selera dipetang hari yang tersangatlah panas ni

Saturday, February 25, 2012

apa nak buat dengan mende ni?


cuba you all teka  - ape ke mende ni? tentu tahu kan....
emping jagung @ cornflakes....pandai pun teka ...

dah lama tersadai mende ni...selagi tak di"kerje'kan nya - jawabnya tersadai lah...tersimpan dalam bekas. hari2 dok perati - nak buat kuih ape la...nak buat kukis ke - nak blender jadi tepong ke - nak makan gitu saje ke....ntahlah. selagi tak usik - gitu lah tersadai. ni gara2 sikakak lah nak buat kukis - buat separuh je . ada baki yang boleh buat kuih lagi. kadang2 nak mula mood ni yang payah. kalau mood nak buat kuih tu ada - macam2 boleh di buat. ni pun gara2 vitamin M yang banyak ! 

cuba kawan2 beri cadangan apa patut saya buat dengan mende ni? susah2 - buat sambal - golek2 kan dalam sambal - sedap jugak kot ! mari kita cuba...

Sunday, February 19, 2012

Delima Guest House


Salam sejahtera semua rakan taulan di seluruh pelusok dunia ! Didoakan semua rakan sentiasa sihat walafiat - sentiasa riang ria menjalani kehidupan seharian.

Tak lama lagi cuti sekolah - 10 Mac - 18 Mac 2012. Ke mana gamaknya nak berjalan2 @ melancong kali ni?

Apa kata - sesiapa yang belum pernah sampai ke Melaka - atau dah pernah sampai - silalah datang ke Melaka cuti kali ini. Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia ! macam2 ada...he...he..he...Rakan2 yang pernah sampai ke Melaka - tak jemu nak datang ke Melaka lagi.Terutama datang ke sini untuk melancong @ makan  asam pedas Melaka @ maupun ikan bakar ! Kalau gitu - tak perlu fikir2 lagi - mai ke Melaka cuti sekolah akan datang ini atau bila2 masa pun boleh - kalau yang dekat2 sempadan dengan  Melaka ni - balik hari pun boleh ! Datang hujung minggu untuk bersantai2 pun boleh.....

Dah mai sini mana nak menginap? usah bimbang dan ragu .....

Tempat menginap yang selesa dekat dengan Bandar Melaka dan sewaktu dengannya sedia menanti  kehadiran kalian. Delima Guest House  untuk tuan puan sekeluarga sangat bersesuaian dengan bajet yang minima. Apa tunggu lagi - tuan puan rujuklah di sini untuk maklumat lanjut sekiranya masih mencari2 tempat menginap yang sesuai dengan bajet tuan puan.

Bilik 1 

Bilik 2

Ruang dapur

Ruang tamu 

Kadar:
RM 99 / malam
(pada hari Ahad - Khamis)
RM 120 / malam
(pada hari Jumaat, Sabtu, cuti umum dan cuti persekolahan)


jommmmm....melancong ke Melaka dengan pakej bajet yang minima !

Saturday, February 18, 2012

Mari kita berkelah ....

Salam mesra - selamat pagi - selamat sejahtera semua rakan taulan di seluruh pelusok dunia....fuyooooo - ramainya sahabat - yo la...sahabat @ rakan maya....terima kasih kepada sesiapa jua yang sudi bersahabat dengan saya - cikgu yang dah tuo...!

Mintak maaf le berbanyak2....blog AGK ni dah naik berkulat....nampaknya saya perlu mencatat jugak setiap hari ni...tapi apakan daya - masa amat mencemburui diri ini - banyak komitmen tugas2 rasmi perlu diselesaikan - sebab ini adalah sumber periuk nasi saya - harap rakan di luar alam maya ni sama seperti saya juga....kalau sambil2 dengan BB tu lain lah kan - kadang2 masa tunggu nombor nak bayar bil ( ada lagi ke yang beratur2 ni??? termasuk lah saya jugak - saya masih guna cara konvensional - tak reti nak on line -on line ni....kang haru jadinya )



okey la pagi ni saya bertungkus lumus mengukus nasi lemak ! wowww nasi lemak kukus kawan...sebab nak berkelah dengan anak di Serting - hari ni berkelah ramai2 sebab Farahin & mohd dah nak balik ke Ausie & NZ...selamat makan ye...nak gi Serting dah...

Wednesday, February 8, 2012

apa nak kata - bayo aje le

Semalam 7 Feb - hantar surat 'notis' drp Dr Dass kepada Dr Leong SY di Mahkota Hospital. Tindakan perlu dilakukan segera - kalau tak - masalah besar !

Rentetan stori - 6 Feb Mohd pergi check-up gigi dengan Dr Dass - untuk buat sikit tempelan gigi yang belubang...tu lah gamaknya kecik2 suka makan gula2 ke Mohd? Balik  je Mohd beritahu - Dr Dass beri surat  kepada Dr Leong - ada masalah besar. Untuk tak buang masa semalam juga pergi hantar surat tu. Dr Leong kata rupa2nya gigi geraham bongsu tumboh menyerong dan beri kesan kepada gigi atasnya - mesti kena operate buang gigi yang tumboh menyeget ni !

Mintak dengan Dr operate segera sebab nanti tak sempat sebab dah nak balik ke Sydney.Kalau apa2 hal berlaku di sana lagi  lah susah dan kosnya lagilah mahal !

8 Feb - Pukul 3 tadi operate lah dan buang gigi yang buat masalah yang tumboh tak ikut prosedur ! he3x....  selesai lah sudah masalah tu...appoinment cabut benang kat gusi yang dijahit hari Jumaat next week pulak.....Staf beri bil...tulis aje le kan - ok puan sila bayar di kaunter depan - berapa kena bayar?cuba teka.....kurang 10 sen - RM650 termasuk ubat......apa nak kata...bayo aje le - tibalah masa begini - kesakitan yang melanda tak dapat dibeli dengan nilai sebanyak mana yang dikeluarkan. Mahalnya harga sakit ini ! ( insuran tak cover sakit gigi...)


**** macam ni nak gi spital gomen ke spital swasta?....

Sunday, February 5, 2012

Meraikan Maulidur Rasul Nabi Muhammad saw.

Selamat meraikan Maulidur Rasul  untuk umat Islam seluruh dunia. Rakaman hanya guna hp cokia (lupa nak bawak kamera biasa2 je ) menunjukkan persediaan perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat negeri Melaka pagi tadi. Saya tukang hantar hubby je yang berarak dari Stadium Kubu di bandar Melaka hingga ke Masjid Negeri Al-Azim.





 tahun ni baju warna kain murid perempuan sekolah menengah....
kalau masing2 lepas ni buat baju raya...he3x ....boria le jawabnya!

sementara nak menunggu perarakan bermula...kita orang breakfast roti canai kosong - roti canai telur - roti canai bawang....ini adalah air teh disco yang diorder oleh Mohd...menari2 susu di bahagian bawah teh tu...sebab tu dipanggil teh disco ! kedai mamak je ada kot.....

pagi2 dah berarak !


Selamat malam semua ! lama bebeno asam garam kehidupan ni tak terasa  masam @ masin lagi...hu3x kesibukan melanda nak wat macamana kan....sabo aje le...jommmmm.................kita layan gambar2 di bawah ni. Pagi2 tadi mereka dah berarak - membawa sepanduk sepanjang jalan mau dekat 1 KM jem - Jalan Semabok pagi tadi sewaktu saya bersama ahli keluarga nak pergi breakfast....lepas breakfast hantar cik kak pergi masuk periksa peperiksaan kastam ( macamana kak? boleh jawab?kalau lulus boleh lah masuk tahap 2 pulak....) -

Lepas tu pergi ke pasar beli ikan & sayur - biasanya begini bila hujung minggu - balik dari pasar - lepas urus kerje2 di dapur - bawak pulak si Farahin nak beli Black-berry kat Melaka Raya. Katanya di sini murah berbanding kalau beli di NZ. Dah selesai  order BB - pergi beli barang di Jln Kg Pantai. Balik rumah dah dekat 2.30 petang - lepas solat - pergi jemputan kawin pulak ! (memang nak gi lewat sikit sebab nak masuk ke rumah tuan rumah ni jalan sehala & sempit pulak...beri peluang orang lain dulu ....he3x)





ni pulak sang lembu pun pandai berarak !  
gambar ni dirakamkan semasa ziarah mak sedara tempoh hari  di Kg Triang Endau, Johor.


*
*
*
Esok - pagi2 insyaAllah kita lihat pulak perarakan meraikan
 maulidur rasul kita di seluruh negara.
Selamat meraikan maulidur rasul....