CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, November 29, 2011

Bukan selalu macam ni....! rezeki - rezeki ...

Huhuhuhu.....sedap betul makan hari ni!
Ada aku kisah ? Ingat jugak ...mana lah tahu buat BP naik mendadak.
Mintak2 tidak lah...tak pe - lepas ni kang aku self-check...
Bukan selalu macam ni kan...

Hari tu orang Tawau datang bawak ikan bilis -
pendek kata takat la ni - ikan bilis memang jarang la aku beli !
terima kasih yer....wahai keluarga dari Tawau.Huhuhu sedap betul ikan bilis yang sehat2....
......sehat??? segar la...fresh gitu - makluman lah tokey ikan bilis!
semoga sentiasa murah rezeki .


Lepas tu pulak - kawan anak aku bagi beras (beras bario ke???) ,
pulut & garam bukit dari Sawarak. Baik hati kawan ni yer.....baik ada makna ke??? he3x - harap dia tak baca yer entri ni....tapi aunti ucapkan terima kasih berbanyak jugak yer...lain kali bawaklah  lagi yer ...
(dengan muka tak malunya)

Maka hari ni aku pun cuba masak nasi guna beras dari Sarawak ni....masak lembik2 sikit - macam rasa pulut pulak. Tengahari tadi - aku makan nasi ni dengan ikan bilis goreng + lada = ini .saja.....nasi panas2 keluar dari periuk - makan dengan ikan bilis Tawau - habis !
Simpan nasi untuk petang sikit.

Hubby balik dari ofis - bawak satu bungkusan pulak....aku tunggu depan pintu sambut dia balik -
ni hah - awak teka ape mende ni- orang balik dari Sarawak bagi... okey - ikan masin terubuk!
Betullllll......mana awak tahu ? ye la kalau dah berbalut dengan surat khabar gitu - mestilah ikan masin terubuk....alamak sape nak makan ni ? kat rumah ni terus terang aku cakap - memang jarang sekali makan ikan masin ! aku je yang kadang2 rajin makan - tu pun kalau makan dengan bubur ke...dengan nasi pun jarang makan. Pulak tu dengan BP aku yang tak stabil ni - nak makan ikan masin? Doktor dah nasihat - kurangkan makan masin2....ahhhhhh...aku hantam jugak !!!


Apalagi - aku potong sikit dekat ekor ikan bahagian isi - aku pun goreng....semerbak bau ikan masin goreng petang2 hari. Aku pun makan lah nasi beras Sarawak yang baki tadi + ikan masin terubuk ni.....Erghhhh....sendawa sedap dibuatnya! Dah makan - nak kata kesal - ada jugak...harap okey lah - bukan selalu dapat makan macam ni - dengan lauk yang semudah ini - aku rasa lauk nasi panas dengan ikan masin ni lah yang paling berselera makan.....! sib baik tak ada sambal belacan.....oppps....sambal belacan pun kat rumah ni jarang  makan (sebab bigboss tak makan - anak2 pun taklah makan ) - melainkan perut melayu aku ni je yang boleh hantam segala mak nenek lauk pauk....

dah lama aku tak mengkisahkan cite2 bab makan2 ni....

Saturday, November 26, 2011

agak sibuk hari ini

Pagi2 sudah ke pasar besar - beli apa yang patut - sebab keluarga Tawau akan datang ke rumah hari ni.

Tengahari pergi kenduri kahwin anak staf sekolah lama - yang dah bersara - ini jemputan kali ke 2 darinya.Kalau cikgu buat kerja kahwin - maka yang ramai nampak cikgu2 lah juga ! Minggu lepas anak Tuan PPD Melaka Tengah - maka dari semua peringkat lapisan pegawai dari jabatan - PPD - sekolah - ramailah yang datang - apa lagi - pandang sana cikgu - pandang sini cikgu - ceruk sana pegawai jabatan - ceruk sini orang jabatan - macam lah reunion warga pendidikan pulak ! Mana yang kenal saya - huh....salam -senyum - angkat tangan - semua tegur lah jawabnya !

okey -okey ....cite kenduri kawin pulak....ye lah apa taknya - bila cuti sekolah je - setiap minggu lah ada jemputan ! bila tak cukup cuti sekolah - itu lah yang dapat juga jemputan tidak pada cuti sekolah - nampaknya sepanjang tahun ada jemputan ! melainkan bulan puasa - tak ada jemputan kahwin - masuk je bulan raya - berderet2 lah kad sampai ! yang jauh yang dekat - semua ada la...

Petang tadi orang Tawau sampai dengan 2 buah kereta - setelah selesai majlis resepsi perkahwinan sedaranya dengan orang Melaka.Yang tak ada paknya kerana tak boleh cuti dengan urusan rasmi & 3 orang anak yang sibuk dengan urusan masing2.

Lepas asar bersilat lah saya di dapur untuk makan malam lepas magrib.Agak malang tak lah pulak saya menembak gambar - sampai lupa semuanya!!! maklum lah sibuk memasak - sibuk bercerita - dah setahun lebih tak jumpa ...

Alhamdullilah semuanya on time. Dah selesai mereka balik ke Ampang KL ke rumah anaknya.

Esok ada 2 jemputan makan lagi - 1 rumah adik ipar kenduri arwah bapanya - 1 lagi kat Alor Gajah kenalan rapat seperti keluarga juga ni - jemputan khas katanya!!! apalah yang khasnya tak tahu la....main pakai tepon aje - kedua2nya masa sama - pukul 12.00 tenghari . Jemputan dipenuhi rezeki usah ditolak.

Salam Maal Hijrah 1433H.

.

Friday, November 25, 2011

Chennai India - Auckland New Zealand

Morning guys!

Selamat bertemu kembali....selamat bercuti sempena cuti sekolah hujung tahun 2011.

Lama tak berbelog - saya sibuk dengan tugas2 akhir tahun & tugas2 semasa -
sesibuk macamana pun - pada 21 NOV - 24 NOV saya & suami telah berada di Chennai , India.
 Wow ! marvellous Chennai !!!
InsyaAllah bila ada kelapangan akan saya upload kisah2 di Chennai.

Dari Chennai delay 1 jam - flight should be at 6 pm - tapi dah delayed ke  7.00 pm waktu Chennai - so tiba di LCCT KL 1.30 pagi . Actually flight hanya 3 1/2 jam - bila dari west to east - masa dah ke depan.

Tiba di LCCT KL - Farahin dah sedia tunggu -
sebab dia pun baru sampai dari Christchurch , NZ.
Farahin balik untuk bercuti selama 3 bulan....Dari Auckland - Farahin ke Christchurch dengan 2 orang lagi kawannya - ramai students 1st year balik bercuti.

Fatehah & Farhan dari UIAM telah tunggu kami semua balik dari India & NZ di LCCT - dan tiba ke rumah  jam 4.30 pagi tadi ! sempat lah lelap mata sekejap - dan hubby jam 7 tadi terus ke ofice....

sekian -

Tuesday, November 15, 2011

TOLONG SENYAP !

Mulai Hari Isnin 14 Nov 2011 - 14 Dis 2011  seluruh sekolah menengah dalam Tanah Malaya ni agak sunyi sepi. Perhatikan papan tanda peperiksaan di sana sini - TOLONG SENYAP - PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN.Maka senyaplah anak didik lain yang bersekolah - cikgu2 @ cikgu displin turut mengawal budak2 yang masih bersekolah dalam minggu terakhir persekolahan tahun ini bimbang mengganggu calon2 SPM yang sedang berperang - memerahkan segala apa yang patut ditulis demi untuk mendapatkan Sijil SPM . Sijil inilah yang akan layak menentukan proses pembelajaran seterusnya - nak ke mana? Ke Tingkatan 6 / Kolej / Univ. / Pelbagai Institusi awam / swasta / dll / berhenti aje - dan tak sabar2 nak kerja? terpulang kepada mereka.

Saya pun terpaksa fokus juga dalam minggu ini. Banyak yang perlu di settlekan (harap sempat siap la )  - sebelum cuti panjang - walaupun saya terus berkerja semasa cuti panjang ! tetapi saya ada target date - line urusan kerja ni - seboleh2nya Buku Pengurusan Pentadbiran Untuk Tahun 2012 siap 80 % this Thursday. Petang Khamis tu nak buat check-list dengan pihak pentadbiran.Saya nak siapkan sebelum ke oversea!

Kepada semua calon SPM 2011 - semoga beroleh kejayaan cemerlang!

Sunday, November 13, 2011

Huta @ Kampung Siallagan & Kg Tomok , Pulau Samosir - Day 2

Dah puas berjalan melalui kiri kanan gerai2 / kedai menjual cenderamata, 
akhirnya sampailah ke kawasan perkampungan kaum Batak 

Ada 5 jenis kaum batak ni - iaitu Batak Simalungun ( kebanyakan di kawasan Siantar), Batak Toba di Danau Toba, Batak Karo di Brastagi (ramai Kristian), Batak Mandailing (hampir 100% Islam), dan Batak Pak-Pak ( di kawasan Aceh Tenggara). Dan difahamkan ramai juga lah keturunan kaum ini yang berhijrah ke Malaysia. 

inilah pintu gerbang @ pintu masuk ke kawasan perkampungan  Siallagan - laluan pintu ni ukuran lebarnya ialah sebesar seekor kerbau. Muat2 je kerbau lalu ikut laluan ni.

jommmmm kita tengok rupa rumah2 diorang ni....kawasan rumah raja 

  rumah ni adalah rumah ketua @ raja kaum batak - rumah lain pun sama juga la macam ni -rumah ni tak berpaku - Rumah Batak Toba - 

 ni pulak tempat hukuman pemasungan orang buat salah - 
akan dipasung kakinya - lepas tu akan dihukum

depan rumah raja  ini ada kerusi batu -
 tempat raja bermesyuarat dengan jemaahnya

kerusi batu - tu  kedudukan raja yang sedang duduk untuk mesyuarat /bincang - 
di rumah2 ni biasanya ada tanduk kerbau yang diletakkan di atas pintu 

 ini pulak tempat bersantai - nampak kan  benda ala macam tempurung tu?
he he he....ini adalah simbol payudara - melambangkan kesuburan orang perempuan...
ada 4 kan? ( 2 untuk sianak - dan 2 lagi untuk sibapak!)
dulu2 jika teruna nak berkawin , perempuan pilihan ialah berbadan gemok (menunjukkan subur) - maka  cepatlah akan berumahtangga....
dan anak2 mereka pun sangat ramai !!! ada sehingga 16 - 17 orang. 
(mengikut penerangan oleh tour guide)

dan cicak yang mengadap ke arah simbol tu adalah mengingatkan anak2 yang pergi 
ke mana jua merantau mestilah mengingati ibunya 


  simulasi menujukkan bagaimana raja batak menghukum bunuh orang yang buat salah...bila dah dibunuh - darah akan diminum dan daging pulak dimakan dibuat sate - dikatakan akan menjadi semakin kuat - inilah yang dikatakan kaum batak makan orang - ini semua berlaku 500 tahun dulu...zaman2 lama - sekarang dah tak ada lagi...so, tak perlu bimbang -
 dulu2 dengar cerita kaum ni makan orang - tidak begitu yer...

 setelah selesai melihat cara raja batak membunuh orang tu....perjalanan diteruskan melalui gerai2 cenderamata lagi - dan akhirnya sampailah ke jeti untuk menuju ke sebuah lagi kampung - Kg Tomok.Ini menunjukan bot yang kami naiki semakin menghampiri jeti ke Kg Tomok.

sama juga di kawasan ini - banyak gerai2 cenderamata....saya hanya mencuci2 mata dengan hanya memandang2 kiri kanan apa yang dijual....nak beli boleh bargain sampai separuh harga pun boleh...tapi tak lah saya membelinya...

 deretan kedai2 cenderamata di Kg Tomok

saja tunjukkan ikan masin - ikan masin Tasik Toba - di dalam tasik ni ada 4 jenis ikan saja - iaitu ikan emas , ikan mujahir, ikan pora2 & ikan nila (yang dibela dlam sangkar)
ikan masin ni dijual di kaki lima nak menuju ke jeti


dah selesai di Kg Tomok , kita orang pun naik bot semula ke Parapat - dah tiba masa makan tengahari....Di dalam bot ada penjual2 akan menjual pelbagai barang2....mereka pandai memujuk pelanggan - sape tak tahan - boleh tergoda lah membeli - sebab kadang2 harga yang diberikan munasabah kita membelinya...murah2 sangat kang - kes melampau pulak kan...
patut2lah mereka pun nak mencari rezeki jugak...
Rezeki mereka hanyalah bergantung harap kepada pelancong2 yang datang....
*
*
*
saya tak snap pulak budak2 yang berenang2 ditepi bot - ramai jugak yang berenang2 - mereka ni meminta kita mencampakkan duit - bila kita campak duit mereka akan berusaha mengejar  ke arah duit yang dicampak - dah pasti mereka akan dapat mengambilnya - ini bukannya apa - untuk menunjukkan kepakaran mereka berenang - memang teror la mereka!


Atas bot pulak - dah jauh berlayar - ada live entertainment ! 2 orang budak (yang tolong2 jaga tangga - tolong2 pimpin tangan nak naik ke darat ) pandai @ sedap pulak diorang menyanyi  - 
sorang pukul macam tabla- sorang lagi menyanyi....dah selesai menyanyi - 
biasalah kan ...bagilah tips - upah diorang menghiburkan pelancong ni....
pandai mereka berusaha cari rezeki! (kalau anak2 kita ? tak ade nye la...) 


okey lepas ni  naik bot ke Parapat nak makan tengahari....c u then


Saturday, November 12, 2011

Horas ! - Pulau Samosir , Lake Toba - Day 2

Good morning guys....

Sambung semula kisah dari Lake Toba. Pagi2 yang mulia ni - seakan2 sama seperti kami pagi2 dah nak pergi ke Pulau Samosir yang berada di tengah2 Lake Toba hari ke 2 berada di Lake Toba. Pulau Samosir ni dikatakan lebih besar dari Negara Singapura. Mengikut kata Pak Ramli tour guide pulau ini berkeluasan lebih kurang 628 km per. ( nak tahu lebih detail - google je le ).


Dari hotel kami ke tempat bot di kawasan pekan Parapat.
( Nak tahu cerita kenapa dipanggil Parapat ?).
Dikatakan dulu kawasan ini dulu2 sejuk - jadi siisteri waktu malam2  tu berasa sejuk...mintaklah sibapaknya ....Pak....duduklah rapat2...sebab sejuk - jadi akhirnya lekatlah nama Pa-rapat.
(gelak kita orang dengar).


Lebih kurang jam 8.30 pagi kita orang naik bot ini ke Pulau Samosir yang mengambil masa sejam lebih.
Legenda Pulau Samosir pun ada diceritakan oleh Pak Ramli . Samosir ini ialah anak kepada SiPugus-Pugus (simiskin) - yang berkahwin dengan seorang perempuan cantik (jelmaan ikan emas) - yang telah mungkir janji supaya tidak beritahu asal usulnya - bila SiPugus-Pugus marah kepada anaknya yang telah makan bekalannya - dia pun kata yang anaknya adalah asal anak ikan emas....siisteri sedih - ribut taufan melanda kawasan itu - siisteri kembali sebagai ikan - SiPugus-Pugus tenggelam dalam lautan air - dan anaknya berada ditengah2 danau ini - itulah jadi nama Pulau Samosir. (kalau google ada kisah2 ni semua - macam2 versi cerita rakyat @ legenda ni)

 Bot yang boleh menampung sehingga 20 penumpang 

Kawasan Pulau Samosir dari bot

Horas !!!!  selamat datang -  dah sampai ke Pulau Samosir 

 Tourist dari Melaka ...mau ke mana pak? he3x

 Tourists dari Melaka  berjalan menyusur kiri kanan gerai2 jualan cenderamata untuk 
menuju ke kawasan perkampungan Kaum Batak 


  pelbagai cenderamata boleh dibeli jika berkenan - nak beli - beli le...tak nak beli - tak payah sibuk2 nak tanya berapa harga - sebab mereka mengharapkan tourists akan membelinya.
(saya tak beli - sebab kurang berkenan...hanya pandang2 - jangan pegang2)

masih lagi dalam perjalanan menuju ke kawasan kampung

dah sampai ke pintu masuk kampung Batak Siallagan 

okey.....nanti sambung apa yang ada dalam kawasan ini....
betul ke orang kata kaum batak ni makan orang???

Friday, November 4, 2011

berehat sebentar...(konon2 bertapa kat Lake Toba)

Assalamualaikum semua....sebelum meneruskan ketukan dikey-board ni...

Cikgu Sonata ucapkan kepada semua Muslimin & Muslimat - Selamat Hari Raya Aidil-Adha. Maaf zahir dan batin. Kepada mereka yang pulang ke kampung - cuti pun agak lebih sikit hingga Isnin - semoga selamat perjalanan pergi dan balik.

Wukuf di Padang Arafah sedang berlangsung - insyaAllah esok kepada kita yang tidak mengerjakan haji disunatkan berpuasa. So, insyaAllah esok marilah kita bersama2 mengerjakan ibadah puasa sempena wukuf di Arafah. Marilah kita ambil peluang keemasan ini  untuk menghapuskan dosa2 yang dilakukan - semoga Allah swt menerima ibadah kita ini.

Rasullah (saw) bersabda yang bermaksud:

"Berpuasa pada hari Arafah, aku berdoa agar Allah menghapuskan dosa bag
 tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, 
aku berdoa agar Allah menghapuskan dosa tahun sebelumnya" (HR Muslim)

Sejak N3 sebelum ni - tersadai di Lake Toba. Terhenti terus nak ke Pulau Samosir. Esok aje le (kalau sempat sambung....banyak hal lain nak dibuat - kan Ahad raya! ). Kes tersadai ni sebab sejak 3 hari lepas cikgu Sonata tersadai di sebuah hotel di KL....atas urusan rasmi. Semalam baru balik. Memerap lah dalam hotel ni....sampai sakit2 tengkok dibuatnya - nasib baik hari ni dah okey.....

 Esok lak nak beli barang2 masakan serba sikit untuk dijamu dipagi raya nanti. Lepas solat sunat raya hari Ahad ada kenduri korban di surau - so kenalah "tolong2" ringankan tangan ni....he3x

Lepas magrib tadi Cikgu Sonata mendengar ceramah di surau - ....ceramah mengingatkan erti pengorbanan - dan pelbagai ibadah yang dapat ganjaran sempena bulan haji ni.

Dah selesai ceramah dan solat Isyak - cikgu Sonata sambung pulak pergi belajar @ berlatih maulud di rumah ustazah yang jadi ketua. Nak kena berlatih lah bacaan & lagu2nya - sebab pada 20hb nanti ada jemputan di rumah jiran untuk kenduri aqiqah anaknya.....jumpa lagi di Pulau Samosir, Lake Toba

wassalam..