Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Showing posts with label Amni. Show all posts
Showing posts with label Amni. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

3rd Birthday

Hari ni genaplah 3 tahun usia anakanda puteriku... Sedikit beremosi sebab pertama kali saya berjauhan dengan anak-anak kerana berkursus I-THINK di SSL TRADERS HOTEL, Kamunting.
Selalunya saya akan sediakan kek harijadi buat anak-anak saya. Namun kali ni terpaksa la saya bekorban skit. Tapi tak mengapa, Insyallah saya akan buat jugak kek buat anakandaku...

Friday, October 28, 2011

Demam Campak...

Dalam seminggu ni, Amni asyik merap, kadang-kadang macam nak demam, sakit mata.... aishhhh dah la dengan keje kat ekolah yang melambak-lambak, tugasan untuk bengkel bina item pun tak siap lagi dan yang paling berat ialah tusagan semester 2 ni satu pun saya tak mula lagi...

Hilang demam & sakit mata, tiba-tiba kelmarin, kat badan  Amni ada ditumbuhi bintik-bintik merah kecil. Pada pendapat saya, itu ialah CAMPAK.... walaupun sedang bercuti 4 hari tapi, campak ni bukannya akan sembuh dalam masa terdekat ni...

Minggu depan pulak aktiviti saya agak padat. Hari Isnin nak bawak murid-murid untuk majlis Mahrajan J-Qaf( saya ni bukan la Ustazah tapi saya hanya tolong ajarkan Kalam Jamaie). Hari Selasa & Rabu pulak saya akan ke PKG Sg Ular sekali lagi untuk bengkel bina item....
Harap Amni akan cepat sembuh, nampak gayanya minggu depan terpaksa la hantar Amni kat Tok dia...Kalau nak hantar kat taska mesti depa tak mau punya la... Lagipun malas la nanti jadi buah mulut orang...Anak sakit pun dok hantar lagi kat Taska...

Harap Amni kuat melawan campak tu dan cepat sembuh wahai anakku..... Saya pun kerapkan lagi menyusukannya untuk kuatkan antibodi badan dia.... Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat, dia masih jugak aktif macam biasa, cuma kadang-kadang tu aje dia akan merap. Setahu saya campak ni memang akan menyebabkan sakit & lenguh seluruh badan.

Monday, July 25, 2011

puasa....

Hari ni merupakan hari ke-8 saya berpuasa. Bukannya sebab nak ganti tapi sebab nak biasakan diri untuk nak sambut bulan Ramadan yang akan menjelang tak berapa hari aje lagi. Alhamdulillah, setakat ini saya dah boleh membiasakan diri. Masa hari pertama & kedua baru ni,l hanya Allah aje yang tahu. Betapa dahaganya saya. Ini disebabkan saya ni memang seorang yang banyak minum air. Dalam sehari saya akan minum lebih kurang 3 liter air. Kalau tak kerana menyusukan Nur Amni Safiya pun, saya memang kuat minum air. Jadinya saya paksakan diri untuk berpuasa sebagai persediaan untuk betul-betul berpuasa di bulan Ramadan nanti. 

Sejak berpuasa, pengeluaran susu badan saya memang agak berkurangan.kalau sebelun ini sekali pam saya akan dapat 6oz tapi sejak puasa saya hanya dapat 4oz. Memang sebelum ni pun pengeluaran susu badan saya dah agak kurang. Walaupun begitu saya tak mudah melatah. Saya yakin masih ada lagi rezeki buat anak saya walaupun agak kurang. Nur Amni Safiya pun seakan tahu yang susu Mamanya kini makin kurang, dia tak pernah merengek dsb.....Masa menyusu, lepas puas sebelah kanan saya kan tawarkan sebelah kiri pulak, tapi dia akan kata "dah". Jadi inilah masanya saya nak tambah stok, saya akan pam tak kira sedikit ataupun banyak.

Kini telah 1 tahun 7 bulan Nur Amni Safiya saya susukan. Saya berasa bangga kerana dapat menyusukannya selama ini. Jika nak dibandingkan dengan Muahmmad Elmi Husaini & Muhammad Ammar Husaini, mereka hanya saya susukan hingga 8 bulan aje....Sesekali terdetik dihati saya sedikit penyesalan kerana tak dapat memberikan yang terbaik buat mereka. Namun saya cuba untuk tebus kembali dengan memberi kepada mereka sepenuh kasih sayang & pendidikan yang terbaik. Insyaallah.........

Tuesday, January 4, 2011

Amni Demam

Tetiba aje awal pagi tadi, Amni demam. Panas garing 1 badan dia. Sebelum saya pi hantar Amni ke taska, saya dah bagi ubat demam dah kat dia. Tadi masa pi ambik dia, cikgu dia bagitau yang seharian hari ni Amni asyik merap aje. Makan tak nak, minum susu pun sikit aje. EBM yang saya bekalkan pun Amni hanya minum 3 botol aje. Selalunya Amni akan minum habis EBM yang saya bekalkan iaitu sebanyak 5 botol sehingga saya pi ambik Amni lebih kurang pukul 4 petang.



Risau pun ada gak, sebab dalam masa yang sama saya sendiri pun rasa kurang sihat. Mungkin sebab cuaca yang tak berapaq menentu sekarang ni. Sejak kelmarin lagi saya dah rasa sakit tekak(mungkin sebab dah lama tak cakap kuat kot - alasan je tu ). Hari ni pulak masa kat sekolah rasa sakit kepala yang amat sangat. Lepas makan panadol, rasa kurang la sikit.
Berbalik pada cerita Amni demam. saya dah call my hubby bagitau yang Amni demam. So, sat lagi lepas dia balik keje, kami nak bawak Amni pi klinik. Harap semuanya akan  ok2 aje.......

Monday, January 3, 2011

Hari pertama

Hari ni merupakan hari pertama saya kembali berkerja setelah lebih kurang 6 minggu bercuti penggal akhir tahun 2010.

Hari ni jugak merupakan hari pertama Ammar ke Tadika Tapis Bestari. sedar tak sedar Ammar dah pun 4 tahun. Sekejap aje kan..... Tahun ni Elmi dah 5 tahun & merupaka tahun ke2 dia di Tadika tapis Bestari. Anak2 yang nak ke sekolah tapi Mamanya pulak yang excited lebih....Dalam pemikiran saya kot2 la Ammar tak mau pi sekolah & akan menangis sebab Ammar ni memang terkenal dengan perangai yang tak dijangka2...Tapi alhamdulillah dia dengan yakinnya melangkah masuk ke Tadika masa saya hantar anak2ku pagi tadi. Elmi ada la buat perangai sikit, dia mula la buat muka masam tapi akhirnya dia masuk jugak akhirnya....Amni pulak pun ok aje masa saya hantar dia kat Taska, maklum la dia bukannya tak apa2 sangat pun lagi kan.....Tapi dalam hati ni ada jugak risau sebab sepanjang cuti baru nie Amni jarang2 sangat saya bagi EBM guna botol. Saya hanya direct breastfeedkan dia aje. Lebih kurang dalam pukul 10 tadi saya call cikgu Taska untuk tanyakan macamana dengan Amni. Cikgu dia kata dia ok aje, minum susu pun ok aje..alhamdulillah.....Lepas tu saya call pulak cikgu Tadika untuk nak bertanyakan tentang Elmi & Ammar. Alhamdulillah, lega bila cikgu bagitau yang depa 2 orang tu ok2 aje. Ammar nampak seronok sangat....

Lepas sekolah tadi, saya terus pi ambik anak2ku. Tak putus2 cerita yang diceritakan oleh Elmi & Ammar. Saya hanya tanyakan sedikit soalan aje tapi jawapannya berjela2...........Jelas sekali anak2ku seronok ke Tadika,harap2 bukan hanya di awal2 tahun ni aje tapi sampai la hujung tahun ni......AMIN..........

*Tak sempat pun nak snap gambar*

Thursday, December 16, 2010

Nur Amni Safiya 1st Birthday

4/12/2010 - Sabtu


Genap 1 Tahun umur Nur Amni Safiya. Terasa macam baru kemarin aje saya melahirkannya. Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan kehadirannya dalam keluarga kami kerana kehadirannya sememangnya dinanti-nantikan. Seumpama sudah lengkap hidup kami sekeluarga. Saya jugak amat berbangga kerana saya telahpun berjaya menyusukannya sehingga kini dan akan saya teruskan hingga 2 tahun, Insyaallah.....

Wednesday, October 27, 2010

Timmy Time - Sing Along

Wednesday, August 18, 2010

PERTANDINGAN BAYI CERIA



Actually pertandingan ni dah hampir 3 minggu berlalu, tapi sekarang nie baru la berkesempatan untuk update & upload pasai pertandingan tu. Pertandingan tu diadakan kat Hospital Bukit Mertajam pada 30/7/2010. Mulanya aku refuse gak nak pi, tapi Mama aku yang beriya2 sgt nak tengok cucu perempuannya (NUR AMNI SAFIYA) ni masuk pertandingan tu. So aku pun pi la sbb tak nak hampakan Mama aku.



Pertandingan tu di kategorikan kepada 2 kategori.
1) Bayi 0 - 6 bulan
2) Bayi 7 bulan - 2 tahun
Antara yang dinilai dalam pertandingan tu ialah :
1) tahap pengetahuan Ibu tentang penyusuan susu ibu
2) tahap kesihatan bayi
3) perkembangan bayi



Alhamdulillah.........Amni dapat tempat ke 3 dari 10 bayi yang mengambil bahagian.Hadiah2 disampaikan oleh Pengarah Hospital Bukit Mertajam.

Tuesday, July 27, 2010

SOLID FOOD..........






Confuse rasanya bila nak start bagi solid food kat Amni. Tak tau apa yang perlu dulu aku bagi kat dia. So, aku start dengan 1 tea spoon of plain porridge,alhamdulillah......Amni makan dengan selera. Next day, pun sama. Masuk hari yang ke-4, aku upgrade skit jadi 2 tea spoon, pun dia ok aje.


The next weeknya, aku buat puree plak, first aku try with carrot, BERKERUT muka Amni. Mesti la dalam mind dia kat, apa la yang Mama aku bagi makan plak nie. Selepas 2 hari, aku bagi Amni makan bubur nasi + puree carrot. Amni boleh menerima dan makan dengan semangat lagi. Selepas 4 hari, aku try plak dgn puree kacang panjang, selepas 4 hari lagi aku try labu, bayam, kentang, keledek,kacang pis dan sweet pak choy. Alhamdulillah... semuanya Amni makan tanpa kompromi. Amni ni jenis yang tak cerewet jika nak di bandingkan dengan abang2nya. Elmi ok la tapi Ammar agak cerewet tentang bab2 makan ni masa diaorang kecik.

Tuesday, July 20, 2010

NUR AMNI SAFIYA

NUR AMNI SAFIYA...........
Satu-satunya puteri kesayanganku. Ku lahirkannya pada 4/12/2009 di Hospital Bukit Mertajam. Sesungguhnya kelahiran puteriku ini mmg dinanti2kan oleh semua ahli keluarga. Dari semasa di dalam kandungan lg,aku telah berazam akan menyusukan bayiku ini dengan susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah............. aku telahpun berjaya menyusukannya hingga kini iaitu 7 bulan dan insyaallah aku ingin meneruskannya selama yang mungkin.






NUR AMNI SAFIYA...........
Satu-satunya puteri kesayanganku. Ku lahirkannya pada 4/12/2009 di Hospital Bukit Mertajam. Sesungguhnya kelahiran puteriku ini mmg dinanti2kan oleh semua ahli keluarga. Dari semasa di dalam kandungan lg,aku telah berazam akan menyusukan bayiku ini dengan susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah............. aku telahpun berjaya menyusukannya hingga kini iaitu 7 bulan dan insyaallah aku ingin meneruskannya selama yang mungkin.