Pendidikan Di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan, Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pend. Sekolah
Pendidikan SMKTL merupakan usaha mengasah dan memperkembangkan potensi pelajar dalam semua bidang bertunjangkan agama. Penggemblengan tenaga diusahakan untuk melahirkan pelajar yang berpendidikan, beriman, beramal, berbakti dan bersahsiah terpuji serta berguna kepada keluarga, bangsa dan negara.
Ikrar Pelajar SMKTL
Bahawa Kami Pelajar-pelajar, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Lumpur, Dengan Ini Berikrar Akan Menjadi Pelajar Yang Bertanggungjawab, Berdedikasi dan Berdisiplin Hormat dan Taat Kepada Ibubapa/ Guru-guru,Mematuhi Ajaran Agama,Peraturan Sekolah dan Undang-undang Negara,
Sentiasa Menyayangi Berbangga dan Menjaga Nama Baik Sekolah kami, Demi Mencapai Visi Sekolah.
Visi & Misi SMKTL
Sekolah Cemerlang Menjelang 2010
Misi Sekolah
Sentiasa berusaha mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi melahirkan insan kamil yang cemerlang akademik, ko kurikulum, bersahsiah unggul, kreatif, inocatif dan dinamik melalui pemuafakatan bestari.
0 comments: on "Lagu sekolah"
Post a Comment