Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur mula dibina untuk digunakan pada Januari 1982. Sekolah ini diasaskan oleh Allahyarham Hj. Ibrahim Bin Abu AMN, PJK yang merupakan ketua kampung Tanjong Lumpur ketika itu. Walaupun tapak sekolah ini adalah di kampung Anak Air namun di atas sokongan dan muafakat penduduk setempat serta mengenang jasa pengasasnya, nama Sekolah Menengah Tanjong Lumpur diterima.