Feeds

Monday, February 13, 2012

madah pujangga (3)


PEMADAM VERSUS PENSEL


Assalamualaikum...alhamdulillah masih diberi dan merasai nikmat islam dan iman.harini nak kongsi or nak story mory kisah pensel dan pemadam...jom kita bace dialog antara  mereka..selamat membaca ye kawan2...jenggjenggjenggg



                                     Pensel Saya minta maaf.



Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan  hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.




Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan..mereka adlh ibarat pemadam terbaik utk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...