Assalamualaikum !
hi readers ! kita bertemu lagi kali ni .
mesti korang tertanya2 dengan tajuk ni kan .
*apesal lah kim ni emo sangat time2 gini*
*wow , wow , rilekss la sis*
*apesal kecoh sangat dia ni*
aha ! macam2 anggapan korang dengan title tu kan kan . hee .
saje je emo lebih . actually nak share satu ilmu disini :D
kenapa tajuk tu kata cmtu ? mesti ade sebab nya kan .
korang nak tahu tak tak??
jom kita baca seterusnya .
mesti korang suka apabila dipuji kan ?
*cantiknyaa awak ni*
*wah ! tingginya CGPA*
*kenapa awak pandai sangat ek?*
*comellah awak*
dan macam2 lagi lah kan .
ape yang perasaan korang bile orang cakap mende2 macam ni kat korang ?
confirm punye happy kan kan . jangan nak tipulahhh .
sebab kim pun pernah rasa perasaan sebegitu . #eh . haha .
tapi tahukan anda *cewah , ayat tak tahan* sebenarnya dengan pujian2 itulah , kita akan sedikit sebanyak jauh dari Allah .
sebab ape ? sebaaaaabbbbb , dari puji-pujian itulah kita akan rasa riak , bongkak , takbur .
kadang2 kita tak perasan semua tu . tapi dalam diam , syaitan akan sedikit sebanyak menghasut kita .
inilah antara sebab2 kita jauh dari Allah .
sebab tu lah , bile orang tahu mende ni , orang akan rasa *JANGAN PUJI SAYA BOLEH TAK?*
sebab ape ? sebab taknak kita jauh dari Allah .
bukankah sifat riak bongkak takbur itu adalah syirik kecik ?
kita kene fikir balik , semua yang orang puji kita tu , semua adalah anugerah Allah untuk kita kan .
kalau Allah tak bagi semua tu kat kita , adakah kita boleh jadi macam tu ??
renung2kan dan selamat beramal :D
eh , blom habis lagi .
sebenarnya , boleh je kalau kita terima pujian .
jangan la sampai kata macam tajuk kat atas tu .
kesian orang , kang semua tak nak puji sesama sendiri . tak best pulak hidup ye tak ? hee .
okay jom kita tengok cara untuk mengatasi masalah riak , bongkak , takbur masa dipuji .
jawapannya mudah.my je :D
bile orang puji ,
1) lafazkan ALHAMDULILLAH :
sebabnya , bersyukur kepada Allah sebab kita dikurniakan nikmat sebegitu .
2) bisikkan dalam hati A'UZUBILLAHIMINASSYAITONIRRAJIM :
bisik je tau , jangan g cakap kat orang tu , nanti die ingat kita gile ke hape . haha !
supaya dapat hindarkan kita dari bisikan syaitan supaya tak riak , takbur semua .
3) katakan ASTAGFIRLLAHALAZIM :
supaya bile kita rasa ade sifat2 takbur , riak dan bongkak dalam diri kita , kita memohon maf balik kepada Allah dan semua perasaan itu terkubur .
4) ucapkan TERIMAKASIH @ THANKS kepada sahabat yang memuji :
sebab tandanya sahabat kita itu menghargai kita .
5) PUJI balik sahabat tersebut :
menandakan kita menghargai diri sahabat kita juga :)
SO , JOM KITA AMALKAN 5 PERKARA DIATAS APABILA KITA DIPUJI .
semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t :D
rasanya tu je kot untuk renungan kali ni .
semoga kita bertemu lagi :D
terima kasih kerana sudi membaca .