16 December 2013
iman yang turun naik ....
Iman yang sentiasa turun naik ~
IMAn ... sesuatu yang payah untuk dikekalkan ...
sesuatu yang sering turun .. sering naik ...
tatkala sempat bermuhabah diri , maka waktu itulah iman naik menggunung..
TETapi kesibukan duniawi dan kelalaian telah membuatkan kita
tidak berkesempatan untuk duduk bermuhasabah , duduk menghambakan diri
kepada yang Maha Esa .. maka waktu inilah iman kita jatuh merudum....
tatkala iman dibawah inilah kita perlu berwaspada
kerana ketika iman yg lemah inilah kita cenderung untuk
melakukan segala yang terlarang dan kita sudah semestinya
akan lupa untuk mensyukuri segala nikmatyang Allah bagi ...
maka, apabila kita sedar situasi ini hampir menjengah ke dalam diri kita ,
bersegeralah kita untuk mendampingi insan-insan yang mampu
mengheret semula kita ke jalan yang benar ,ulama-ulama ,
carilah insan2 yang benar2 dipercayai , insan yang benar2 ingin
bersama-sama kita ke syurga ... apa yang penting adalah doa ...
sentiasalah kita berdoa memohon ke hadrat Illahi semoga terus diperkukuhkan dan dipertingkatkan iman kita walau apa jua keadaan kita ...
-semoga Allah terus memberikan kita peluang untuk bertaubat ~
Subscribe to:
Posts (Atom)