... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Program The Champion. Show all posts
Showing posts with label Program The Champion. Show all posts

Tuesday, April 18, 2017

Taklimat Program The Champion 2017

Tarikh: 18 April 2017
Hari: Selasa
Masa: 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
Tempat: Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Bilangan peserta: 34 orang

Program The Champion merupakan program yang diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor dan ini merupakan tahun ke-3 dilaksanakan di setiap sekolah.
Di sekolah ini, Program The Champion dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kecemerlangan UPSR dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).

Taklimat Program The Champion telah disampaikan oleh Puan Juli Binti Mahbah. Setiap peserta diberi penerangan tentang aktiviti yang perlu dilakukan iaitu menjalankan study group di luar waktu pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dengan keizinan ibu bapa/penjaga. Setiap peserta diberi buku rujukan UPSR untuk memudahkan mereka menjalani study group. Buku rujukan ini akan dipantau oleh mentor yang dilantik pada hari yang ditetapkan. Setiap peserta perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR iaitu 6A.

Senarai Nama Peserta Program The Champion Tahun 2017 Mengikut Kumpulan:

Kumpulan 1: (Mentor - Pn Rozimah Binti Yaakob)
1. Wan Hawani Aqilah Binti Wan Zawawi (Ketua)
2. Ku Nur Fatin Nisrina Binti Ku Hayrolnizam
3. Nur Alia Maisara Binti Mat Mukti
4. Nur Nabilla Natasha Binti Abdul Rahman
5. Nur Aina Sofea Binti Jamil

Kumpulan 2: (Mentor - Pn Rozimah Binti Yaakob)
1. Amyrah Irdina Binti Aznur Hafeez (Ketua)
2. Srilekha A/P Jaikumar
3. Siti Nur Aliah Maisarah Binti Daud
4. Fateen Zulaikha Binti Hazli

Kumpulan 3: (Mentor - Pn Nor Arzah Binti Hussin)
1. Hurin Batrisyia Amani Binti Ahmad Junaidi Jalalaini (Ketua)
2. Amirah Syazana Binti Samsuri
3. Sharifah Nur Irdina Huda Bin Syed Noornekman
4. Balqis Syazwina Binti Hisyam
5. Nur Ain Binti Norasid

Kumpulan 4: (Mentor - Pn Nor Arzah Binti Hussin)
1. Irdina Sofiyyah Binti Ahmad Kamarul Basya (Ketua)
2. Aryssa Binti Iskandar Hadi
3. Isyraq Ammar Bin Mhd Dzuha
4. Hanis Syafiqah Binti Mohd Rashidi
5. Manussya A/P Jaggarao

Kumpulan 5: (Mentor - Pn Juli Binti Mahbah)
1. Ahmad Firdaus Bin Ahmad Faizal (Ketua)
2. Muhammad Nur Rusyaidi Bin Bakri
3. Malique Imran Bin Khairulnizam
4. Muhammad Hazim Dhani Bin Kamal Arifin
5. Mohamad Hazwan Bin Aminur Rashid

Kumpulan 6: (Mentor - Pn Juli Binti Mahbah)
1. Muhammad Izzat Anuar Alajendro Bin Sani (Ketua)
2. Iman Qayyum Bin Jan Sufian
3. Danish Aktar Ameir Bin Amirul Razwan
4. Ahmad Ridzuan Ahmad Faizol
5. Amir Hareez Bin Hasby

Kumpulan 7: (Mentor - Pn Juli Binti Mahbah)
1. An-Nur Fatrisya Binti Mohd Zurkimi (Ketua)
2. Nurin Anisah Binti Razman
3. Amer Iskandar Bin Yusrithaudeen
4. Imran Arif Bin Mokhtar
5. Muhammad Musyrif Hfiy Bin Muhaimi

Buku Rujukan Untuk  Semua Peserta The Champion



Semoga program ini dapat mencapai objektif yang diharapkan oleh pihak sekolah iaitu kejayaan dan kecemerlangan UPSR 2017. 

Friday, April 14, 2017

Majlis Pelancaran Program The Champion 2017

Pada 14 April 2017, program The Champion 2017 telah dilancarkan oleh Pn Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Program ini dicetuskan oleh mantan Pengarah Pendidikan Selangor, Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor bertujuan untuk melonjakkan pencapaian Selangor dalam bidang akademik.

Tahun ini merupakan tahun ketiga program ini dijalankan di SKTPP. Seramai 34 orang daripada 278 orang murid Tahun 6 (12.2%) terpilih untuk menyertai program ini. Mereka dipilih berdasarkan keputusan cemerlang semasa PKSR 1 2017 yang diduduki baru-baru ini.

Dalam ucapan beliau, Guru Besar memberi kata-kata semangat kepada murid-murid dan mengingatkan mereka bahawa kunci kejayaaan berada di tangan mereka. Mereka perlu berusaha kerana kejayaan bukan senang untuk dicapai. Bak kata pepatah, yang pipih tak akan datang melayang, yang bulat tak akan datang bergolek.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis pelancaran.

Cikgu Rosalinda Mempengerusikan Majlis

Ustaz Mahadir Membacakan Doa

Guru Besar Melancarkan Program The Champion 2017

Guru Besar dan Penolong Kanan SKTPP

Guru Terlibat Bersedia Dengan Cenderamata Untuk 'The Champion'

Antara Murid Perempuan yang Terpilih

Antara Murid Lelaki yang Terpilih

'The Champion' Benci DARVIH

Disediakan oleh :
Norliza binti Ali @ Yasim
Norinna binti Mohamed

Saturday, June 25, 2016

Study Group Program The Champion Bulan Jun Minggu Ke-4

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Minggu ini, Kumpulan 1 dan Kumpulan 8 telah melaksanakan aktiviti study group bertempat di Surau Aman Putra dan SK Taman Putra Perdana. Tahniah...
Diharap kumpulan The Champion yang lain juga dapat meneruskan aktiviti seperti ini mengikut jadual yang dirancang.
Belajar secara berkumpulan atau disebut study group adalah salah satu cara belajar yang berkesan. Semasa study group, murid akan mengajar atau memberitahu rakan lain tentang ilmu yang ia tahu dan faham. Ini secara tidak langsung proses peningkatan daya ingatan dan kemahiran berlaku kerana idea itu keluar secara berulangkali semasa perbincangan.

Berikut paparan gambar semasa aktiviti study group dijalankan:
Kumpulan 1 (19 Jun, Ahad, 8.30 hg 11.30 pg)
Subjek SN dan MT


Kumpulan 8 (24 Jun, Jumaat, 12.00 hg 12.50 tengah hari) di SKTPP


Saturday, June 18, 2016

Study Group Program The Champion Bulan Jun Minggu Ke-3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berikut merupakan calon-calon UPSR 2016 yang menyertai Program The Champion. 
Group ini sentiasa aktif dan berdisiplin  menjalankan study group mengikut jadual yang dirancang bersama oleh peserta dan ibu bapa.
Kumpulan 8 (17 Jun, Jumaat, 12.00 hg 12.45 tengah hari)
di Bilik Bimbingan dan Kaunseling SKTPP

Kumpulan 4 (18 Jun, Sabtu, 2.30 hg 5.00 ptg) Subjek BI dan SN
di rumah peserta

Saturday, June 11, 2016

Study Group Program The Champion Bulan Jun Minggu Ke-2

Aktiviti study group Program The Champion terus berjalan dengan lancar pada minggu ini. Alhamdulillah...
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sentiasa bersatu hati, saling bekerjasama dan merestui anak-anak menjalani aktiviti study group Program The Champion.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang sukarela menyediakan ruang belajar di rumah kediamannya untuk anaknya belajar bersama  rakan sekumpulan.
Minggu ini, En Hasnal dan Dr. Zunita menyediakan tempat belajar di rumahnya untuk Kumpulan 3. Manakala Pn Safina menyediakan tempat belajar di rumahnya untuk Kumpulan 4.

Semoga study group yang dijalankan akan memberi manfaat kepada setiap ahli kumpulan dan seterusnya mereka mendapat kejayaan yang cemerlang (6A) dalam UPSR 2016.

Berikut adalah paparan gambar peserta menjalankan aktiviti:

Wajah-wajah comel Kumpulan 3 Program The Champion. 

Kumpulan 3 (11 Jun, Sabtu, 10.00 pagi - 1.00 petang)
Fail dan bahan UPSR yang disediakan oleh ibu kepada peserta Kumpulan 4 
Kumpulan 4 (11 Jun, Sabtu, 9.00 pagi - 11.45 pagi)
Subjek BM dan Matematik

Saturday, June 4, 2016

Study Group Program The Champion Bulan Jun Minggu Pertama

Syabas kepada peserta program The Champion dari kumpulan 6 kerana tetap melaksanakan aktiviti study group walaupun minggu ini bermulanya cuti sekolah.
Tarikh: 4 Jun 2016
Hari: Sabtu
Masa: 9.30 pagi
Tempat: SKTPP

Berikut adalah paparan gambar peserta kumpulan 6 menjalankan aktiviti:


Dipantau oleh wakil ibu kepada salah seorang peserta

Hanya tiga orang yang hadir 


Tuesday, May 31, 2016

Study Group Program The Champion Bulan Mei Minggu Ke-5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Gembira hati ibu bapa apabila melihat anak mereka begitu seronok belajar bersama rakan-rakan. Apabila anak-anak gembira semasa belajar, daya fokus terhadap pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dan berkesan. Moga harapan ibu bapa melihat kecemerlangan anak dalam UPSR 2016 akan menjadi kenyataan.

Berikut adalah paparan gambar kumpulan The Champion menjalankan aktiviti:

Kumpulan 4 (29 Mei, Ahad) di rumah peserta
Syoknya...lepas study, main carrom
Kumpulan 6  (29 Mei, Ahad) di pejabat YDP PIBG.
Kumpulan ini ada pertambahan seorang ahli.

Salah seorang ahli dalam kumpulan menjadi 'Guru Muda'

Tahniah...'Guru Muda' Matematik
Dipantau oleh wakil ibu peserta



Saturday, May 28, 2016

Study Group Program The Champion Bulan Mei Minggu Ke-4

Syabas diucapkan kepada para peserta Program The Champion 2016 sebab semakin aktif menjalankan aktiviti study group. Di sini, sambil belajar para peserta yang berkebolehan akan mengajar atau memberitahu tentang sesuatu ilmu atau konsep kepada rakan dalam kumpulan. Secara tidak langsung proses peningkatan daya ingatan dan kemahiran berlaku kerana idea itu keluar secara berulangkali semasa perbincangan.

Berikut adalah paparan gambar kumpulan The Champion menjalankan aktiviti:

Kumpulan 1 (22 Mei, Ahad) di SKTPP.
Dipantau oleh Pn Norashikin (ibu kepada salah seorang peserta)

Kumpulan 4 (22 Mei, Ahad) di pejabat YDP PIBG

Kumpulan 10 (22 Mei, Ahad)

Nyam..nyam..nyam..seronoknya makan dengan kawan-kawan

Gabungan Kumpulan 1,2,4 dan 5 (23 Mei, Isnin) di rumah peserta

Kumpulan 8 (27 Mei, Jumaat) di SKTPP.  Baru selesai laksanakan study group

Kumpulan 3 (28 Mei, Sabtu) di rumah peserta

Kumpulan 5 (28 Mei, Sabtu) di rumah peserta

Saturday, May 21, 2016

Study Group Program The Champion Bulan Mei Minggu Ke-3

Study Group Program The Champion 2016 terus berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa peserta yang sentiasa memberikan kerjasama demi kecemerlangan anak-anak dalam UPSR pada tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada pentadbir sekolah yang juga turun padang melihat perkembangan para peserta.

Berikut adalah paparan gambar kumpulan The Champion menjalankan aktiviti:

Kumpulan 1 (15 Mei, Ahad) di Surau Aman Putra
Kumpulan 10 (15 Mei, Ahad) di pejabat YDP PIBG
Study Group Program The Champion turut dilaksanakan di sekolah iaitu sekali dalam sebulan. Bulan ini dijalankan pada 18 Mei (Rabu). Lapan kumpulan dilaksanakan di Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan dua kumpulan lagi di Bilik Sumber PPDa.



Pada 20 Mei (Jumaat), guru relief menggunakan waktu terluang kelas 6 Zeta untuk menjalankan Study Group Program The Champion.
Kumpulan 2, gabungan kumpulan 5 dan 6, 1 dan 3,
 4 dan 10, 7 dan 9 dan kumpulan 8
Kumpulan 8, (20 Mei, Jumaat, selepas habis sekolah) di SKTPP
Kumpulan 3 (21 Mei, Sabtu) di rumah peserta.
Syafiqa (kakak kepada salah seorang peserta) sukarela membantu kumpulan ini   
Tuan rumah menyediakan jamuan kepada kumpulan ini selepas menjalankan study group.
Kumpulan 5 (21 Mei, Sabtu) di rumah peserta