... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Frog VLE. Show all posts
Showing posts with label Frog VLE. Show all posts

Monday, September 3, 2018

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2018


Bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018, Panitia TMK & Panitia Sejarah telah mengadakan beberapa pertandingan dalam talian (Online).

Justeru itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pertandingan tersebut, layarilah VleFrog SKTPP sekarang. Pertandingan terbuka kepada semua murid SKTPP.



Tuesday, May 20, 2014

Bengkel Aplikasi Frog VLE Siri 2/2014

Bengkel Aplikasi Frog VLE Siri 2/2014 telah diadakan pada 20 Mei 2014 (Selasa) bermula dari jam 1.30 hingga 3.30 petang di Makmal Komputer 1. Seramai enam orang guru (Frog Teacher Champion) yang terlibat dalam merealisasikan 'The Exemplar Site Campaign' di bawah kelolaan Cik Azima binti Azmi, wakil Frogasia.

Peserta diberi tunjuk ajar untuk menghasilkan laman PdP yang berkualiti menggunakan aplikasi Frog VLE. Laman PdP yang dihasilkan berjaya dimuatnaik ke 'moe repository' untuk dikongsikan bersama semua pengguna aplikasi Frog VLE di seluruh Malaysia.

Berikut dipaparkan gambar-gambar sepanjang bengkel dijalankan:





Puan Arjunawati menerima sijil penyertaan
Sumbangan 'bunting' daripada pihak FrogAsia kepada SKTPP
sempena Hari Guru 2014
Peserta bersama sijil penyertaan


Semoga bengkel ini dapat memantapkan lagi kemahiran penggunaan platform frog VLE di samping memanfaatkan teknologi terkini.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Azima yang sudi memberi tunjuk ajar dan kepada para peserta yang berjaya menyumbangkan laman PdP untuk kegunaan semua.

Monday, January 27, 2014

SESI PENYERAHAN REPLIKA CEK DARIPADA PIHAK FROGASIA KEPADA PIHAK SEKOLAH

Pihak Frogasia telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Dunia Hebat Chupa Chups  bermula 15 Mei 2013 hingga 26 Julai 2013. Pihak sekolah tidak ketinggalan untuk menyahut cabaran pertandingan ini dengan penyertaan semua murid tahun 1 hingga 6. Konsep Chupa Chups yang diperkenalkan dalam program seperti ini dapat menarik minat serta dapat menjana minda murid untuk menjadi lebih kreatif dan kritis untuk menghasilkan hasil kerja yang berkualiti.

Pada 16 Januari 2014, keputusan pertandingan ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Frogasia dan SK Taman Putra Perdana telah berjaya mendapat tempat kedua.



Pada hari ini, 27 Januari 2014, satu sesi penyerahan replika cek telah diadakan. Encik Adi Farhan bin Ghazali, wakil daripada Frogasia telah menyerahkan replika cek yang bernilai RM500 kepada Encik Sukimin bin Juki, guru besar SK Taman Putra Perdana.

Berikut ialah paparan gambar sepanjang sesi penyerahan replika cek:

Encik Adi Farhan bin Ghazali, wakil Frogasia menyerahkan replika cek
kepada
Encik Sukimin bin Juki, guru besar SKTPP




Ucapan ringkas kejayaan oleh Encik Sukimin bin Juki

Kejayaan sekolah ini menunjukkan kemampuan dan keupayaan SKTPP yang komited di antara sekolah Champion yang bertanding. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir sekolah, semua guru terutamanya guru-guru subjek Pendidikan Seni tahun 2013, ibu bapa dan semua murid yang menjayakan pertandingan ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan pihak sekolah akan sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan menyertai program-program yang dianjurkan serta berkolaborasi dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Tuesday, November 12, 2013

CARA IBU BAPA MENDAPATKAN ID YES DAN KATA LALUAN

Langkah-langkah untuk mendapatkan ID Yes dan kata laluan adalah seperti berikut:

Langkah 1
Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik 1BestariNet.


Langkah 2
Klik Retrieve my 1BestariNet Yes ID.


Langkah 3
Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Kemudian klik cari (search).


Langkah 4
ID Yes akan dipaparkan.
Kemudian masukkan nombor telefon dan alamat emel.
Seterusnya klik kemaskini (update).


Langkah 5
Sila pilih salah satu medium (SMS atau emel) untuk mendapatkan kata laluan.
Kata laluan akan dihantar melalui SMS ataupun emel, bergantung kepada pilihan pengguna.


* Sekiranya ibu bapa/penjaga telah mengikuti langkah-langkah berikut tetapi tidak memperolehi ID Yes, tertera "ID 1BestariNet Ibu Bapa gagal ditemui" (1BestariNet Parent not found)
sila emelkan nama penuh dan nombor kad pengenalan kepada vleadmin.bba9224@yes.my

Friday, September 20, 2013

PENGGUNAAN CHROMEBOOK DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Setelah penggunaan makmal komputer ditutup sejak 30 Ogos lalu  selama lebih 2 minggu, maka pada pada hari Selasa, 17 September 2013 ia dibuka semula dengan keadaan serba-baru.  Pembukaannya menandakan bermulanya era penggunaan chromebook dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di SK Taman Putra Perdana! 

Riak wajah kerinduan murid untuk menggunakan kemudahan ICT di makmal komputer serta-merta terubat apabila masing-masing berpeluang menggunakan chromebook tanpa perlu berkongsi.  Sekiranya sebelum ini, murid-murid perlu berkongsi dua atau tiga orang menggunakan sebuah PC, kini ia sudah menjadi sejarah.

Semoga insiatif ini dapat meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan murid-murid tentang ICT. Dalam masa yang sama, dengan adanya kemudahan penggunaan chromebook ini, secara tidak langsung  memberi peluang kepada murid-murid  yang  tidak mempunyai kelengkapan ICT di rumah seperti komputer memanfaatkannya.

Gambar di bawah memaparkan suasana pembelajaran dan pengajaran di dalam makmal komputer 3 bagi penggunaan chromebook. 





Disertakan juga jadual penggunaan chromebook bagi sesi pagi dan sesi petang :-



Video pengenalan tentang chromebook:-



Saturday, August 31, 2013

Chromebook, Pendidikan di Malaysia dan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana





Pada Google I/O, salah satu perkara yang menarik perhatian ramai pengguna tempatan adalah berkenaan dengan nama Malaysia yang disebut ketika pengumuman berkaitan Chromebook dalam pendidikan.


Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana dijangka akan menerima 82 unit buah Chromebook pada hari Isnin ini, 2 September 2013 untuk digunakan sebagai gajet pembelajaran dan pengajaran oleh murid dan guru.  Pihak sekolah sedaya-upaya berusaha untuk memastikan agar setiap murid sama ada daripada aliran perdana mahupun pendidikan khas berpeluang menggunakan teknologi terkini ini.


Pn. Yasmin Mahmood menyerahkan 5 unit Chromebook sumbangan dari YTL Communications
Sejarah penggunaan Chromebook di sekolah ini bermula apabila YTL Communications menghadiahkan 5 unit Chromebook pada 5 Oktober 2012 sewaktu diadakan majlis pelancaran Frog VLE di sekolah ini. Sejak daripada itu, pihak sekolah telah berusaha memperkenalkan gajet ini bukan sahaja kepada guru malah juga kepada ibubapa. Para guru telah didedah dan diberikan latihan sementara komuniti berpeluang mengenali Frog VLE sewaktu pihak sekolah menganjurkan taklimat mengenainya pada 13 Oktober 2012. Pada waktu berlangsungnya Karninal 1BestariNet pada 11 Mei 2013, selain komuniti setempat, sebanyak 21 buah sekolah berdekatan juga berpeluang mengetahui lebih dekat mengenai 1BestariNet, Frog VLE dan Chromebook.



Timbunan Chromebook yang digunakan sewaktu kernival 1BestariNet
Chromebook merupakan sebuah gajet yang kelihatan sama seperti komputer riba (laptop) namun hakikatnya terdapat perbezaan yang besar antara kedua-duanya. Chromebook tidak mempunyai cakera keras dan ini menjadikannya tiada sebarang installation perisian dan simpanan fail boleh dilakukan ke atasnya. 
Rupa fizikal Chromebook dan MacBook Air

Kedua-duanya kelihatan serupa namun Chromebook tiada cakera keras


Chromebook dilengkapi Google Chrome OS


Chromebook menggunakan Google Chrome OS sebagai sistem pengoperasiannya dan Google Chrome Browser sebagai pelayar webnya. Kedua-duanya dibangunkan dengan menggunakan sistem terbuka (Open Source). Google Chrome OS dihasilkan menjurus ke arah ciri-ciri pantas, mudah dan selamat. Sementara pelayar web Google Chrome Browser pula dibina untuk menghasilkan pelayar yang selamat, pantas dan stabil. Chromebook dilengkapi dengan sambungan USB. Ini membolehkan storan luar seperti external hard disk, thumb drive, card reader dan sebagainya boleh disambung ke Chromebook.


Pada masa ini Chromebook boleh disambungkan ke internet (rangkaian) dengan menggunakan kabel (RJ45), teknologi tanpa wayar 4G dan juga WiFi. Sambungan internet amat penting bagi Chromebook memandangkan tanpa capaian internet maka storan di awan tidak dapat dicapai. Banayak syarikat menyediakan storan di awan secara percuma seperti Skydrive, Slideshare, Scribd, dan Dropbox. Goggle juga menyediakan storan di awan yang dikenali sebagai Google Drive. Setiap pemilik akaun gmail akan diberi ruang simpanan (storan) percuma sebanyak 15 Gb. Selain itu, ia juga menyediakan perisian dalam talian (online) pejabat percuma yang dinamakan sebagai Google Apps. Di antara aplikasi Goole Apps ialah Document (seperti Word pada Microsoft Office), Presentation (Powerpoint), Worksheet (Excel) dan Drawing (Paint). Selain daripada aplikasi asas ini, terdapat beribu-ribu aplikasi dalam talian percuma lain yang boleh dipasang dalam Google Drive ini seperti Floorplanner dan Fusion

Jika anda 'pening' dalam melayani masalah serangan virus, maka Chromebook adalah satu alternatif terbaik untuk melupakan masalah tersebut. 


Jawatan Kuasa ICT sekolah telah siap membuat perancangan untuk mengoptimumkan penggunaan Chromebook yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. JKICT merancang untuk melengkapi dua makmal komputer dengan chromebook dan ini akan memberi peluang kepada murid menggunakannya  dengan nisbah 1:1 berbanding pada masa ini nisbah murid kepada komputer ialah 2:1. Diharap dengan peluang yang diberi ini akan dapat meningkatkan kemahiran kepada murid di samping merealisasikan hasrat PIPP untuk mendemokrasikan pendidikan.


Semoga dengan kehadiran Chromebook ini akan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti berkaitan ICT sekolah dalam usaha membina generasi yang mampu bersaing dalam abad ke-21 selari dengan anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.


- Tulisan ini berdasarkan pengetahuan dan pandangan penulis semata-mata.  Sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan, penulis meminta maaf.



Thursday, August 29, 2013

Frog VLE: Syabas dan Tahniah Warga SKTPP!

Berdasarkan catatan rekod penggunaan aplikasi Frog VLE, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana masih mengungguli di negeri Selangor dan di tempat kedua di seluruh Malaysia.  Di peringkat kebangsaan hanya Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Perempuan) Cina Pulau Pinang sahaja yang mengatasi sekolah ini.

Terima kasih kepada semua guru, murid, ibubapa dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Kepada JK ICT sekolah jutaan syabas kepada anda terhadap usaha yang cekal, tekal dan tidak kenal jemu.


SKTPP di tempat kedua di peringkat kebangsaan
SKTPP di kedudukan teratas dalam negeri Selangor



Negeri Selangor mencatatkan 64,446 log masuk dan 14,902 daripadanya adalah dari SKTPP

Walaupun bulan Ogos dua minggu cuti sekolah sempena hari raya, namun kadar penggunaan masih kekal tinggi dengan tidak kurang daripada 5000 log masuk

Sunday, July 28, 2013

Frog VLE: Akhirnya Kita Mampu Bangkit Semula!

Pada penghujung Februari 2012, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah dipilih bersama lima buah sekolah lain oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merintis penggunaan Frog VLE.  Tiga buah sekolah rendah dan tiga sekolah menengah di Selangor dan Kuala Lumpur memikul tanggungjawab tersebut. 

Syukur alhamdulillah berkat usaha bersungguh-sungguh sejak Frog diperkenalkan, akhirnya berlaku peningkatan mendadak bermula dari bulan September (2,360 log masuk) hingga Oktober 2012 (4,140). Namun selepas itu ia semakin merudum dan tiada sebarang petunjuk akan berlaku kebangkitan. Mungkin pertukaran secara mengejut Guru Penyelaras ICT Pn. Rubiaton Ibrahim ke Jabatan Pelajaran Negeri pada Oktober 2012 merupakan antara punca kemerosotan ini.  
Beliau yang merupakan antara tulang belakang program ini selain daripada pasukan fasilitator Frog yang diketuai oleh Pn. Norinna Mohamed. Pihak sekolah terpaksa bermula dari bawah semula apabila segera terpaksa memilih pengganti Guru Penyelaras ICT.  Bukan mudah untuk mengenali dan memahirkan diri dengan pelbagai perkara yang brkaitan dengan ICT di sekolah dalam tempoh yang singkat.

Apabila sekolah dibuka semula, tanda-tanda positif masih belum kelihatan.  Namun atas usaha guru- guru yang tidak mengenal jemu akhirnya mendatangkan hasil apabila pada bulan Mac 2013 peningkatan mendadak sehingga 3,070 log masuk dicatatkan.  Peningkatan berterusan dan merosot semula apabila sekolah bercuti.  Namun pada bulan Julai 2013 berlaku keajaiban apabila bilangan log masuk melonjak 200% dari bilangan terteinggi sebelum ini iaitu dengan 8,130 log masuk.  

Catatan bilangan log masuk ke Frog VLE sejak Ogos 2012:
  1. Ogos 2012 - 601 
  2. September 2012 - 2.36 k
  3. Oktober 2012 - 4.14 k
  4. November 2012  - 1.27 k
  5. Disember 2012  - 478
  6. Januari 2013 - 990
  7. Februari 2013 - 694
  8. Mac 2013 - 3.07 k
  9. April 2013 - 4.06 k
  10. Mei 2013 - 2.25 k
  11. Jun 2013 - 984
  12. Julai 2013 - 8.13 k
Syabas dan terima kasih kepada semua guru, staf, murid, ibubapa terutamanya kepada Penyelaras Frog Pn. Norinna Mohamed, Penyelaras ICT Cik Noor Azlinda Kasmin dan Pn. Arjunawati Ahmad Nuze serta semua fasilitator yang tidak kenal jemu tabah berusaha melaksanakan amanah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan murid yang memenuhi aspirasi PPPM 2013-2025.

Berikut ialah geraf kadar penggunaan Frog VLE yang ambil dari fungsi Analytics aplikasi Frog tersebut.

Lompatan saujana kadar bilangan penggunaan Frog berlaku dalam bulan Julai 2013


Penggunaan harian tertinggi dicatatkan pada hari Khamis, 25 Julai 2013


Kelihatan peningkatan kadar [penggunaan dari minggu ke minggu


Selain itu blog sekolah masih kekal menjadi rujukan ramai

Ini ialah sebahagian daripada kronologi pelaksanaan Frog VLE di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana:

01.03.2012 Latihan Frog VLE kepada Pentadbir di SJK (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur
06.03.2012 Latihan Frog VLE - Pn. Elizabetih & co
16.04.2012 Kursus VLE 1BestariNet - Pn. Hong dan Pn. Tong
15.05.2012 Mesyuarat Bersama Merancang Pelaksanaan Frog VLE
16.06.2012 Penyertaan Murid ke Frog Student Engagement Workshop di Sentul Park
12.07.2012 Kursus Antaramuka Baru Frog VLE - Pn. Yasmin, Cik Azima, Cik Aizat
02.08.2012 Lawatan Support Team FrogAsia
29.08.2012 Penyerahan Id FrogAsia kepada Semua Murid
29.09.2012 Panduan Frog VLE untuk Guru dan Ibubapa
05.10.2012 Pelancaran Frog VLE
05.10.2012 Pelancaran Frog Sesi Petang
13.10.2012 Taklimat Frog VLE kepada Komuniti Putra Perdana
19.10.2012 Taklimat 1BestariNet dan Frog VLE kepada SK Kelulut
19.11.2012 The Buzz on School Champion Conference 2012 di Ritz Carlton, KL

14.01.2013 Bengkel Frog VLE kepada Ketua dan Setiausaha Panitia
21.01.2013 Bengkel Membina Laman Kokurikulum Fasa 1
22.01.2013 Bengkel Membina Laman Kokurikulum Fasa 2
29.01.2013 Bengkel Lanjutan Frog VLE
04.02.2013 Lawatan FrogAsia - Mr. Graham Thorpe & Pn. Tong
15.03.2013 Lawatan FrogAsia - Ms. Arafeh & Cik Azimah
11.05.2013 Karnival 1BestariNet VLE (Roadshow)
07.07.2013 Menjadi Champion School Leaderboard Primary
22.07.2013 Penggunaan Frog VLE melonjak hingga 8,130 log masuk.

....dan kini Frog masih terus melompat, melompat, melompat dan melompat di sekolah kita!
645348

Thursday, July 18, 2013

Semak Id Pengguna 1BestariNet/YES/Frog


  1. Klik dua kali pada kotak kuning
  2. Masukkan no kad pengenalan
  3. Tekan ENTER
Memandangkan blog ini adalah publik, maka Kata Laluan tidak ditunjukkan.  Sekiranya memerlukan Kata Laluan, sila hubungi mana-mana guru

Tuesday, July 9, 2013

Champion School Leaderboard Primary


Tahniah dan terima kasih kepada semua yang sama-sama berjaya meletakkan sekolah kita di kedudukan teratas berkongsi dengan SJK (C) Jalan Davidson dalam Champion School Leaderboard Primary dengan mendapat 465 mata yang merupakan mata tertinggi dalam kedua-dua kategori.  Berikut ialah Tiga Kedudukan Tertinggi dalam Champion School Leaderboard mengikut kategori masing-masing:
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Untuk keputusan penuh kategori sekolah rendah, sila klik di sini.

Sementara itu sekolah kita telah mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan Hoppin' Tunes Competition.

Sesungguhnya kejayaan ini datangnya daripada semua warga sekolah sama ada guru, murid, staf mahupun ibubapa dan penjaga khususnya pasukan Frog sekolah.  Syabas dan terima kasih!


Petikan e-mel daripada FrogAsia.

Congratulations For Being 1st In The Leaderboard For The Primary Champion Schools Together With SJKC Jalan Davidson


to mesitihabsahjamilah51447sarhamafrosdin.ibrahimNOORNORINNAzjabdullahPARIMALAvleadminAzima


Dear En. Sukimin Juki and all Frog Team Leaders of SK Taman Putra Perdana,

Congratulations! You are the 1st in the Leaderboard for Primary Champion Schools together with SJKC Jalan Davidson, for CRM which was just closed on 7.7.13 last Sunday!


Thank you for carrying all tasks as suggested in the CRM ( Customer Relationship Management ), updating the CRM with evidences sent to Cik Azima before dateline, taking part in all competitions held by FrogAsia Sdn Bhd, and active logins of teachers, students and parents into Frog VLE everyday!


Continue the good work! You are now entering the Immerse Phase where your Frog Journey is more fun and interesting, which hopefully will enable all your teachers to assign assignments or share sites with students to enable them to do self-study and revision with all the World Class Resources in the Frog VLE !


Enjoy and make good use of Frog! Thank you!


( For your reference: Leaderboard results can be viewed at bottom right hand corner of the homepage of The Pond. )


Regards,

--

Tong Oi Kuan

Senior Community Manager (Primary)
FrogAsia Sdn Bhd (A YTL Company)
Units 9, Level 2, D6 at Sentul East | 801, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur
+60183081508 | +60166298585 | +60187997969 (O) | Twitter | Facebook | Website



HOPJUMPLEAP
SK PUTRAJAYA PRESINT 9(1)149
SK SERI BINTANG UTARA145
SK TELOK KEMANG145
SJK(T) LADANG SG MUAR144
SK PANGKAL GONG142
SK LEMBAH BERINGIN140
SJK(C) PANDAMARAN A140
SK BANDAR SERI ALAM 1138
SK BIDOR137
SK DANAU KOTA 2137
SK TELUK MEDAN135
SK SUNGAI BAKAP135
SK TAMAN PERMAS JAYA 3135
SK SEDENAK133
SK RELONG127
SK DAMANSARA JAYA (1)125
SK PETALING JAYA125
SK CONVENT123
SK PADANG JAWA120
SJK(C) SUNGAI BATU120
SK DATUK AKHIR ZAMAN120
SK TAMAN BUKIT INDAH119
SK CHENEIN115
SK BESERI115
SJK(C) KG. BAHARU BATU DUA115
SK SERI SEPARAP113
SK KARAK110
SK SETAPAK110
SJK(C) KUANG110
SK (FELDA) SG NEREK110
SK ARAU110
SK SRI ADIKA RAJA110
SJK(C) PAI CHEE108
SK SERI BINTANG SELATAN108
SJKC CHUNG HWA KETIGA106
SK BKT DAMANSARA105
SK TOK RANDOK100
SK TAMAN KOTA JAYA99
SK TUNKU MUNAWIR (INTEG)99
SK LADANG TAKU98
SK MUADZAM SHAH96
SK BATU ANAM96
SK DATO DEMANG HUSSIN95
SK PASIR PEKAN94
SK SERKAM DARAT92
SK TAMAN PERLING 389
SK LKTP BUKIT BATU87
SK LANGKAWI85
SRK KG BARU85
SK SERI PENANTI85
SK TAMAN TAMPOI UTAMA84
SK SERI TANJONG82
SK SUNGAI BULOH81
SJK(T) LADANG GLENEALY80
SK DATO SAGOR80
SK (FELDA) JENGKA 177
SK PULAU SEBANG77
SK MENSON (JHEOA)77
SK SEMANTAN ULU75
SK PADANG TERAP75
SK SRI WANGI73
SK TANJUNG LALANG70
SJK(T) SIMPANG LIMA70
SK JELUTONG70
SK PARIT KEROMA DARAT68
SK MATANG60
SJK(C) MAH HUA60
SK SERI SAUJANA59
SK SERI PANTAI55
SK PALONG 14 (F)50
SK JELI (1)45
SK GUAL JEDOK39
SJK(T) LADANG SEMBRONG30
SK PADANG PAK AMAT30
SK BACHOK30
SK LIMBANG25
SK KAPIT25
SK MANDOR ARIS25
SJK(C) GUONG MING25
SK SIBU JAYA25
SK HJ KELALI SEMERA25
SK SANTUBONG25
SK SEMARIANG25
SK PETRA JAYA25
SK KUNGKULAR25
SK RANTAU PANJANG25
SK TARAT25
SK GAWANG EMPILI25
SK NANGA MACHAN25
SK LUBOK IPOH25
SK PANDAN25
SK PUNAN BA25
SK KUALA LAWAS25
SK DATO SHARIF HAMID25
SK BANDAR BINTANGOR25
SK NANGA KELANGAS25
SK BATU 3625
SK LUBOK ANTU25
SK ABANG ABDUL RAHMAN25
SK PEKAN BELURAN25
SK PEKAN PAPAR25
SK KUALA MEROTAI25
SK LUMAT25
SK BUANG SAYANG25
SK PULAU MANTANANI25
SK BUNDU APIN-APIN25
SK RAMPAYAN MENGGATAL25
SJK(T) LADANG BUKIT SELARONG25
SK BUKIT KALLAM25
SK PEKAN 1 WP LABUAN25
SK KUALA BERA25
SK SUNGAI PADAS25
SK PULAU LUBUKAN25
SK BINUANG25
SK PEKAN TAMBUNAN25
SK PAHU25
SR. PENDIDIKAN KHAS K.KINABALU25
SK PENAMPANG25
SK KUNAK I25
SK PEKAN SEMPORNA25
SK RATAU25
SK KIANDONGO25
SK TUN DATU HJ MUSTAPHA25
SK KIBUBUK / SAHABAT SATU25
SK TAMAN RIA25
SK PENDEK320
SK MERU320
SK BUKIT JENUN295
SK MERGONG285
SJK(C) SAM TET285
SK PUTRAJAYA PRESINT 8(1)280
SK PERMATANG BULOH275
SJK(T) BARATHY275
SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR268
SJK(C) CHI MAN265
SK KUALA KETIL259
SJK(C) TABOH NANING258
SK MERBAU PULAS247
SK SUNGAI ARA247
SK TUNKU BESAR TAMPIN233
SK PAYA BUNGA233
SK SRI KINTA232
SK BEDONG231
SK PEREMPUAN230
SK TANJUNG TUALANG230
SK SERI TRONOH227
SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA220
SK JALAN RAJA MUSA218
SK RAJA MUDA (INTEG)210
SRJK(C) KHOON AIK205
SK LA SALLE SENTUL (1)205
SK MEKASAR205
SK SITIAWAN197
SJK (C) PING MING195
SK TELOK KALONG195
SEKOLAH RENDAH ISLAM 1195
SK SRI PETALING190
SK LA SALLE184
SK BANDAR RINCHING181
SK PEKAN JAYA179
SK PESERAI178
SJK(C) PENG MING177
SJK(C) EIK CHOON177
SJK(T) LDG KRIAN175
SK BALUN174
SK ASTANA RAJA173
SJK(C) PULAU BETONG172
SK CHEROK PALOH171
SK TASIK PUTERI 2170
SK BANGGOL170
SK MARANG170
SK TENGKU MAHMUD170
SJK(T) LADANG MOUNT AUSTIN170
SK PENGKALAN NYIREH170
SK MELAYU RAYA168
SK SERI MAKMUR166
SK BATU 48165
SK TEMERLOH JAYA165
SK PULAU SERAI165
SK GOMBAK UTARA160
SK KG BAHARU160
SK SG HJ DORANI158
SK CHENG155
SK SRI KERIAN155
SJK(T) JASIN154
SK SRI BUKIT PASIR152
SK JITRA355
SK PEREMPUAN METHODIST393
SJK(C) JALAN DAVIDSON465
SK TAMAN PUTRA PERDANA465