Pada 10 Oktober 2017 (Selasa), SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2017 bagi sesi petang. Sambutan ini bermula dari jam 1.30 tengah hari hingga 6.00 petang. Antara objektif program ini ialah sebagai penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak, memberi kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak dan juga memupuk semangat kesukanan dalam diri anak-anak murid.
Atur cara sambutan adalah seperti berikut :
1.30 petang : Murid dan guru berkumpul di Dewan Perdana
Bacaan doa
1.40 petang : Ucapan Pengerusi Majlis
1.50 petang : Ucapan wakil murid
Ucapan Guru Besar dan perasmian Sambutan Hari Kanak-Kanak
2.10 petang : Penyampaian hadiah Tokoh Kanak-Kanak (Tahap 1)
2.30 petang : Rehat (Semua murid Tahun 1, 2 & 3)
3.00 petang : Pertandingan Sukaneka (Tahun 1, 2 & 3)
5.30 petang : Penyampaian hadiah sukaneka
6.00 petang : Bersurai
Tokoh Kanak-Kanak Tahap 1 SK Taman Putra Perdana telah disandang oleh Hana Sofea dari kelas 3 Vanadium. Harapan agar kejayaan yang dicapai oleh Hana Sofea akan memberikan semangat untuk murid-murid lain agar sentiasa menunjukkan akhlak yang baik dan cemerlang dari segala aspek.
Pelbagai acara sukaneka telah dijalankan. Antaranya :
Tahun 1 - Span Bocor & Bawa Bola Dalam Gelung
Tahun 2 - Anak Gorila & Letupkan Saya
Tahun 3 - Shaolin Soccer & Lari Dalam Guni
 |
Barisan pengacara majlis |
 |
GB bersama PK HEM dan PK Petang |
 |
Ucapan wakil murid |
 |
Pn. Rozimah membaca biodata Tokoh Kanak-Kanak |
 |
Tokoh Kanak -Kanak |
 |
Acara Sukaneka |
 |
Span Bocor |
 |
Shaolin Soccer |
 |
Bawa Bola Dalam Gelung |
No comments:
Post a Comment