JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAKLUMAN PROGRAM AHLAN YA RAMADAN 1444H

  Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Satu program bersempena bulan Ramadan akan dilaksanakan seperti ketetapan yang dilampirkan di bawah:



 Diharapkan program yang dirancang ini akan berjalan dengan lancar dan diberkati Allah SWT. 

 Harap maklum dan terima kasih.

Share:

MAKLUMAN WAKTU PERSEKOLAHAN BULAN RAMADAN

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Berikut merupakan makluman waktu persekolahan sepanjang bulan Ramadan bagi SEMUA murid SKTPP2.



 Harap maklum dan terima kasih.

Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 1 (SESI PAGI)

 Pada 20 Mac 2023 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

 Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah.  Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh pengawas sekolah.

 Selesai lafaz ikrar, majlis beranjak maju dengan bacaan doa yang turut dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Ustaz Rosmadi bin Ab. Manaf.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu pertama persekolahan, iaitu:

  1. Ustaz Rosmadi
  2. Ustazah Norbaizura
  3. Cikgu Qadir
  4. Ustazah Norehan
  5. Ustazah Aisyah
  6. Cikgu Nooraliza
  7. Ustazah Murnei

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu pertama persekolahan, iaitu Azam Baharu.  Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.


UCAPAN GURU BESAR

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2.  Antara intipati ucapan Guru Besar ialah:

  1. Mengucapkan tahniah atas kehadiran murid-murid ke sekolah.
  2. Menjelaskan kepada murid-murid akan nama kelas mereka yang baharu, iaitu nama-nama bunga.
  3. Memberikan pemahaman yang jelas kepada murid bahawa semua kelas adalah sama dan tiada "streaming" dilakukan.

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 8.00 pagi dan semua murid beredar naik ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.


Laporan Disediakan Oleh,

ROSMADI AB MANAF,
Ketua Guru Bertugas Minggu Pertama.


 LAMPIRAN BERGAMBAR


Rajah 1 Suasana sekitar Perhimpunan Rasmi Isnin


Rajah 2 Murid memberikan tumpuan sepanjang perhimpunan berlangsung


Rajah 3 Ucapan Ketua Guru Bertugas, Encik Rosmadi Ab. Manaf


Rajah 4 Barisan pentadbir SKTPP2


Rajah 5 Ucapan Tuan Guru Besar, Encik Zanuddin bin Sanuan







Share:

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2023/2024

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 Warga SKTPP2 yang diketuai oleh Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2 dengan berbesar hati mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah untuk sesi 2023/2024 kepada semua warga SKTPP2 khasnya anak-anak didik yang disayangi.

 Semoga dengan sesi baharu disertakan bersama-sama dengan azam baharu yang lebih hebat untuk memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat disempurnakan.

 


Share:

MAKLUMAN KEMASUKAN PENOLONG KANAN PETANG BAHARU

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 Warga SKTPP2 berbesar hati menerima kemasukan Penolong Kanan Petang yang baharu, iaitu Encik Md. Noor bin Billak.

 Semoga dengan ini akan menjadikan pentadbiran SKTPP2 lebih efisen dan memudahkan segala urusan antara pihak pentadbir dengan guru bersama-sama dengan komuniti setempat.

 Selamat Bertugas!



Share:

MAKLUMAN KENAIKAN PANGKAT PENOLONG KANAN PETANG

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 

Dimaklumkan bahawa PK Petang, Encik Anwar bin Mohd. Salleh telah dinaikkan pangkat kepada Penolong Kanan Kokurikulum. 

Warga SKTPP2 mengucapkan syabas dan tahniah atas kenaikan pangkat ini di samping mendoakan agar Ustaz Anwar akan lebih cemerlang dan maju di tempat bertugas yang baharu. 

Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan selama berada di SKTPP2. 

Jasamu akan senantiasa disemat dan dikenang.




Share:

MAKLUMAN CUTI AKHIR SESI PERSEKOLAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera Berikut merupakan makluman Cuti Akhir Sesi Persekolahan
Share:

MAKLUMAT ORENTASI TAHUN 1 DAN TAKLIMAT PRASEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera MAKLUMAT ORIENTASI TAHUN DAN TAKLIMAT PRASEKOLAH Mohon hadir ke sekolah pada waktu yang ditetapkan Murid-murid boleh memakai baju sekolah serta berkasut Sila bawa alat tulis Mohon sarapan di rumah kerana kantin sekolah tutup pada hari berkenaan. Terima kasih
Share:

MAKLUMAN CUTI PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA

Assalamualaikum dan salam sejahtera Berikut merupakan makluman Cuti Perayaan Tahun Baharu Cina
Share:

SELAMAT BERTUGAS PK KOKURIKULUM SKTPP2

Assalamualaikum dan salam sejahtera Selamat datang dan selamat bertugas Pn Siti Raudah Binti Hamid PK Kokurikulum SKTPP2. Semoga dapat bekerjasama serta menjalankan tugas di SK TAMAN PUTRA 2.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts