Kecemerlangan UPSR 2012
Tanggal 19 November 2012 merupakan hari kemuncak pihak sekolah mengetahui sejauh mana tahap kecemerlangan sekolah melalui keputusan UPSR. Seramai 20 orang telah mendapat keputusan cemerlang 5A berbanding 14 orang murid tahun lepas. Di antaranya ialah:
1. Ahmad Azam bin Mohamed Aman Ullah
2. Danial Akmal bin Mohd Rafi
3. Irzan Hakimi bin Amerol Hamzah
4. Muhammad Alif Haqimi bin Mohd Muzayin
5. Muhammad Izz Zahin bin Mohamad Zahir
6. Muhammad Laksamana bin Mohd Zaki
7. Muhammad Nur Hakim bin Mohd Hadi
8. Radin Hadi Hakim bin Radin Hazar
9. Ainul Saadah binti Muhammad Zamree
10. Farah Nadia binti Jamaluddin
11. Nur Aishah binti Abdul George Murphy
12. Nur Sabreena binti Roslan
13. Nur Radhiah binti Mohd Riduan
14. Nurin Izzati binti Zahari
15. Nur Nisa binti Faizalnizam
16. Nur Farrah Nisha binti Md. Shahril
17. Maisarah binti Ali
18. Siti Sofea binti Mohd Adtha
19. Siti Nor Balqis binti Norhafendy
20. Sofia Shereen binti Anwar@Anuar
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang UPSR pada tahun ini. Murid-murid Tahun 6 yang tidak berjaya mendapat 5A dalam UPSR, diharapkan berusaha lagi pada masa hadapan kerana perjalanan anak-anak masih panjang lagi. Tidak lupa juga guru-guru Tahun 6 khususnya yang sangat bekerja kuat, rajin, penuh dengan idea, mempunyai kerjasama yang erat dan jitu banyak membantu murid-murid dan pengurusan sekolah. Ucapan terima kasih juga, kepada semua guru lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung memberi sokongan untuk menjayakan program-program kecemerlangan Tahun 6. Sekalung penghargaan kepada PIBG dan semua ibu bapa yang sangat memberi sokongan dan kerjasama di atas kecemerlangan sekolah.