JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 2/2016 (SESI PAGI)

TARIKH : 11  JANUARI 2016 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :
  1. EN. MOHD. NORIZI BIN MOHAMED
  2. PN. SITI NORA BINTI MOHAMED AHYAR
  3. CIK NOR SA'ADAH BINTI SABIDIN
  4. CIK NORAINI BINTI YUSOFF
  5. CIK FELICIA GATUN
  6. PN. MAZILAH BINTI JAMALUDIN


TEMA : SAYANGI DIRI (PENGURUSAN MASA)

Ketua Guru Bertugas minggu kedua, En. Mohd Norizi bin Mohamed

Ucapan Ketua Guru Bertugas:
Ketua guru bertugas, En. Mohd Norizi menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan dengan tema Pengurusan masa. Antara kandungan yang disampaikan ialah :-
  • Murid mestilah bijak menggunakan masa dengan mengisinya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
  • Masa itu emas dan sangat berharga dalam kehidupan manusia kerana masa yang telah berlalu tidak akan dapat dikembalikan lagi.
  • Setiap murid perlu mempunyai jadual harian masing-masing agar dapat mengurus kehidupan seharian dengan lebih teratur.
  • Pengurusan masa yang baik membantu murid menjadi lebih berdisiplin.

Ucapan Guru Pengawas:
Majlis diteruskan dengan memperkenalkan calon Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas bagi Tahun 2016 oleh Guru Pengawas Sekolah iaitu Pn. Nurhidayahni binti Jasni.

Antara calon-calon yang terpilih

Pn. Nurhidayahni binti Jasni memperkenalkan calon-calon Ketua Pengawas
dan Penolong Ketua Pengawas Sekolah bagi Tahun 2016 

Antara calon yang terpilih

Antara calon yang terpilih

Antara calon yang terpilih

Antara calon yang terpilih


Ucapan Pentadbir:  
Majlis diteruskan dengan ucapan En. Kamsani bin Sahlan, Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2. Antara perkara yang disampaikan ialah :
  • Tuan Guru Besar memperkenalkan barisan Penolong Kanan yang baru bagi sesi pagi iaitu:
  1. Pn. Norlela binti Hashim - Penolong Kanan Pentadbiran
  2. En. Ahmad Mustaqiem bin Ibrahim - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
  3. Pn. Azlimariah binti Arifin - Penolong Kanan Kokurikulum 
  • Guru Besar memaklumkan bahawa murid-murid tidak dibenarkan memakai Pakaian Rasmi Sekolah selain warna putih kecuali Pengawas Sekolah. 

Ucapan Tuan Guru Besar, En. Kamsani bin Sahlan




Share:

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016 (SESI PAGI)

TARIKH        :  8 JANUARI 2016
HARI              : JUMAAT
MASA             : 7.30 - 9.00 PAGI
TEMPAT        : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2


OBJEKTIF

  1. Menilai dan menghargai pengorbanan rasul junjungan mulia dalam menyebarkan agama Islam.
  2. Murid dapat menghayati  dan mengetahui perjalanan sirah Nabi Muhammad SAW.
  3. Murid dapat mengamalkan keperibadian Rasulullah SAW.
  4. Murid dapat mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW.

SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari jumaat yang lepas. Sambutan ini merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah SAW,  perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga kepada baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam Al-Quran : “Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia “ ( Al-Qalam ayat 4 ).Pelaksanaan ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah.
           Majlis ini telah diadakan bermula pada jam 7.30 pagi dan  berakhir pada jam 9.00 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Bacaan Yasin, Selawat ke atas Rasul dan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.


SUASANA SEKITAR MAJLIS









 
 








Share:

MAKLUMAN: SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2016





TENTATIF PROGRAM

SESI PAGI

Masa
Atur Cara
7.30-7.40
Murid berkumpul di Dataran Perhimpunan
7.40-8.00
Bacaan doa dan selawat
8.00-9.00
  Ceramah Maulidur Rasul
9.00
Majlis bersurai

SESI PETANG

Masa
Atur Cara
2.20-2.30
Murid berkumpul di Dataran Perhimpunan
2.30-2.50
Bacaan doa dan selawat
2.50-4.10
  Ceramah Maulidur Rasul
4.10
Majlis bersurai

Share:

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Pengurusan SKTPP2 dan semua guru mengalu-alukan dan mengucapkan Selamat Kembali ke sekolah kepada semua murid untuk sesi persekolah 2016. Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan rasmi sekolah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi, ikrar dan ucapan guru bertugas dan pentadbir.

Ucapan ketua guru bertugas: En Rosmadi bin Abd Manaf. Tajuk : Penampilan diri
Murid-murid diingatkan supaya sentiasa beruniform sekolah dengan lengkap dan mesti sentiasa mengamalkan disiplin yang cemerlang kerana penampilan diri mencerminkan keperibadian yang sebenar.

Ucapan Ketua Guru Disiplin : Ustaz Mohd Razis Bin Shainisi.
Ustaz menyampaikan ucapan tentang disiplin dan peraturan sekolah. Beliau juga mengingatkan para pelajar supaya dapat hadir ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi.


Ucapan Penolong Kanan HEM : Pn Norlela Bt Hashim.
PK HEM mengalu-alukan kedatangan para pelajar ke sekolah bagi sesi 2016 dan beliau berharap pada sesi ini murid-murid akan sentiasa bersemangat dan belajar dengan bersungguh-sungguh.





Pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia
EN Azman Bin Abdul Kadir
(Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia)


Sesi persekolah sesi petang bermula pukul 1.10 petang dimulai dengan perhimpunan. Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing. Diikuti dengan ucapan guru bertugas dan seterusnya murid-murid tahun 1 diiringi guru kelas masing-masing naik ke kelas bagi mengikuti Program Transisi Tahun 1.

Murid-murid Tahun 1 2016


Ibubapa menemani hari pertama murid-murid Tahun 1.


Keadaan trafik di hadapan sekolah agak sesak berikutan ibubapa mengambil
peluang menghantar sendiri anak-anak pada hari pertama persekolahan.




AJK Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) mengambil inisiatif membuka
kaunter bagi membantu melicinkan proses pendaftaran hari pertama persekolahan.


Waktu rehat Tahun 1

Share:

GURU KELAS 2016

SESI PAGI
SESI PETANG
KELAS
GURU
KELAS
GURU
PRASEKOLAH
NORIZAN BINTI ISA


PRASEKOLAH
NASIBAH BT MD YUSOFF


4 UM
NORAZIAH BINTI ALI
1 UM
NOOR HASIMAH BT ISMAIL
4 USM
NORAINI BINTI YUSOFF
1 USM
NURUL AMIRA HIDAYAH BINTI ABU BAKAR
4 UKM
JAGJER KAUR A/P GURMUKH SINGH
1 UKM
MAHALETCHUMY A/P PERUMAL
4 UTM
NUR HAFIZAH BINTI OTHMAN
1 UTM
NOR ANIS BINTI SUHAIMI
4 UPM
FAIZA FITRIA BINTI CHE MAT
1 UPM
WAN SYAFIFAH KHALILAH BINTI WAN BAKAR
4 UUM
FAUZIAH BINTI SALEHODDIN
1 UUM
ASNIZA BINTI AMIRUDIN
4 UITM
FELICIA GATUN
1 UITM
SURIAYATI BT MOHD SULAIKHAN
4 UIAM
WAN MARHAINI BINTI WAN MUHAMMAD
1 UIAM
NOR ATIQAH BINTI NASARUDIN
5 UM
MARGARET ANN A/P ARPUTHAM
2 UM
FAZIHA BINTI ABDULLAH
5 USM
NUR SYAFRIDA BINTI IBRAHIM
2 USM
NOR AIN BINTI MD. ANUAR
5 UKM
FARAH HANIS BT RAMLI
2 UKM
UMMI NAZRAH BINTI IBRAHIM
5 UTM
NURHIDAYAHNI BINTI JASNI
2 UTM
SURIANI BINTI IBRAHIM
5 UPM
SITI RAUDAH BT HAMID
2 UPM
NORMAH BINTI SHAFIEI
5 UUM
NOR SHAHIDA BINTI IBRAHIM
2 UUM
RASLINDA BINTI HASSAN
5 UITM
IZZATUL HUSNA BINTI MAT NOH
2 UITM
NURUL MARSHIDA BINTI MOHAMAD
5 UIAM
NOR AISYAH BINTI ZULKIFLI
2 UIAM
SURYANIE BINTI HAMZAH
6 UM
SHARULNIZA BINTI AB HAJIS
3 UM
NUR RAHAYU BINTI YUSOF
6 USM
SYAHIDA BINTI AHMAD
3 USM
NORAINI BT BAHAROM
6 UKM
ZARIPAH BINTI ISMAIL
3 UKM
MUHAMMAD ZUHAINI BIN MOHD ARIFFIN
6 UTM
MAZILAH BINTI JAMALUDIN
3 UTM
SURINA BINTI MUHAMMAD
6 UPM
NADHRAH BINTI AB SATAR@AHMAD SABRI
3 UPM
MONEI ANAK GUNTANG
6 UUM
SUZIANTI BINTI SUHAIMI
3 UUM
MOHD SAZALI BIN ABD RANI
6 UITM
SITI NORA BINTI MOHAMED AHYAR
3 UITM
NUR ZAYYANIASIRAH BINTI ZAMRI
6 UIAM
SITI MUSHRIFAH BINTI AHMAD KAMAL
3 UIAM
NARIMAH BINTI ZAMRI
Share:

PANORAMA

KERJA-KERJA PERSIAPAN KECERIAAN DAN NAIK TARAF KEMUDAHAN CAFE PUTRA


Share:

CARTA ORGANISASI CAFE PUTRA


Share:

PAUTAN KESIHATAN






Share:

PROJEK INOVASI CAFE PUTRA

PROGRAM 1 KELAS 1 MEJA 1 PASU


Objektif : 
Menanam sifat tanggungjawab pelajar terhadap kebersihan dan keceriaan Cafe Putra serta memupuk minat dan kepentingan terhadap amalan bumi hijau.

Modus Operandi:
Setiap kelas diserahkan 1 meja dan 1 pasu angkat. Setiap kelas bertanggungjawab menjaga kebersihan meja angkat masing-masing. Kelas-kelas juga dibekalkan dengan tuala kecil bagi membersihkan meja setiap kali digunakan.Setiap kelas juga bertanggungjawab kepada pasu angkat yang telah ditanam dengan pokok-pokok herba.Pasu-pasu ini disusun disepanjang laluan Cafe Putra.

Majlis Penyerahan Pasu Angkat bagi setiap kelas.


Muri-murid menanam pohon herba yang diterima
ke dalam pasu bagi kelas masing-masing.


DEMO CUCIAN TANGAN YANG BETUL OLEH AHLI KELAB DOKTOR MUDA.




BROSUR




Share:

VISI, MISI DAN MOTO CAFE PUTRA




Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts