Pada 28 Mac sehingga 30 Mac 2023 bersamaan dengan hari Selasa hingga Khamis, satu Taklimat Disiplin Murid Tahap 2 2023/2024 telah diadakan. Taklimat ini merupakan satu program wajib di bawah Unit Hal Ehwal Murid melalui Unit Disiplin yang diadakan pada setiap awal sesi persekolahan. Taklimat ini telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut bertempat di Dewan Terbuka, SK Taman Putra Perdana 2.
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan, penerangan dan teguran kepada murid-murid Tahap 2 SKTPP2 berkaitan dengan peraturan-peraturan sekolah yang wajib untuk mereka ketahui di samping menyedarkan murid akan pembentukan sahsiah dan akhlak yang terbaik sebagai seorang anak didik SKTPP2.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Guru Disiplin, Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin Bin Senin dan dibantu oleh Guru Mata Pelajaran Semasa yang turut bersama-sama berada di dewan terbuka semasa taklimat dijalankan.
Antara intipati Taklimat Disiplin ini ialah:
- Waktu Hadir ke Sekolah
- Etika Semasa Perhimpunan Sekolah
- Etika Dalam Kawasan Sekolah
- Adab Sebelum Guru Masuk ke Kelas
- Adab Semasa Guru Mengajar
- Laluan Murid Waktu Naik, Waktu Rehat dan Waktu Balik
- Kedudukan Murid Semasa Beratur
- Tatacara Meninggalkan Kelas
- Tatacara Semasa Waktu Rehat
- Sistem Salah Laku dan Disiplin Murid (SSDM)
- Larangan Membawa Barang Terlarang ke Sekolah
- Menjaga Percakapan dan Lisan
- Budaya Memberi Salam
- Etika Pemakaian yang Betul
Unit Disiplin mengharapkan agar taklimat yang telah disampaikan ini akan memberikan manfaat dan impak yang unggul ke arah kemenjadian disiplin dan sahsiah murid yang terbaik dan terpuji. Unit Disiplin turut mengucapkan jutaan apresiasi kepada barisan pentadbir dan guru-guru yang turut bersama-sama menjayakan program ini.
Laporan Disediakan Oleh,
MUHAMMAD FAKHRURRAZI AMIN BIN SENIN
Setiausaha I,
Unit Disiplin & Salah Laku Murid,
SKTPP2.
LAMPIRAN BERGAMBAR
Rajah 1 Murid Tahun 4 sedang bersedia untuk mendengar taklimat
Rajah 2 Taklimat Disiplin yang disampaikan oleh Ketua Guru Disiplin
Rajah 3 Murid-murid Tahun 5 memberikan perhatian semasa taklimat disampaikan
Rajah 4 Murid-murid Tahun 5 sangat peka mendengar taklimat yang diberikan
Rajah 5 Ketua Guru Disiplin, Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin
Rajah 6 Sesi taklimat bersama-sama dengan murid Tahun 6
Rajah 7 Murid-murid Tahun 6 mendengar taklimat dengan tekun