Pada 17 Februari 2020 bersamaan dengan hari Isnin, satu Program Jom Ke Sekolah telah diadakan bertempat di dataran perhimpunan SK Taman Putra Perdana 2. Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah. Seterusnya diikuti dengan bacaan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar murid serta bacaan doa.
Program Jom Ke Sekolah dimulai dengan bacaan perutusan daripada YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan yang dibacakan oleh Yang Berusaha, Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2. Majlis bersambung dengan bacaan perutusan daripada Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh Yang Berusaha, Puan Rosmah binti Jamat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTPP2.
Majlis diteruskan dengan gimik perasmian yang dilancarkan oleh Yang Berusaha, Tuan Guru Besar bersama-sama dengan barisan pentadbir yang lain.
Murid-murid turut diperkenalkan dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), iaitu Kop. Shafie, Pegawai Polis Taman Putra Perdana.