Laporan Perhimpunan
Minggu ini merupakan minggu yang ke 22 bagi sesi persekolahan tahun 2016.Perhimpunan ini dimulakan dengan pengawas yang bertugaskan mengendalikan perhimpunan. Aktiviti yang dilakukan semasa perhimpunan ialah :
1.Nyanyian Lagu :
* Lagu Negaraku
*Lagu Negeri Selangor
*Lagu Sekolah
* Lagu Malaysia Berjaya
2. Bacaan doa
3. Bacaan Ikrar Rukunegara
4. Bacaan Ikrar Murid
5. Ucapan Guru Bertugas :
Guru bertugas memaklumkan nama guru - guru yang bertugas pada minggu ini iaitu :
a) Pn. Norshahiza binti Razali
b) Pn. Nurhidayahni binti Jasni
c) Pn. Siti Raudah binti abdul Hamid
d) Pn. Zaripah binti Ismail
e) Pn. Lee Sau Mei
f) Pn. Murnie binti Ahmad
g) En. Rosmadi bin Abd Manaf
Guru bertugas juga memaklumkan tema pada minggu ini ialah :
" Sedia Hadapi Cabaran - Usaha meneruskan kecemerlangan "
Murid -murid perlu bersedia untuk menghadapi cabaran terutama dalam pelajaran demi mencapai kecemerlangan. Cabaran juga merupakan salah satu penggerak kepada kejayaan.Oleh itu jadikanlah cabaran sebagai salah satu alat untuk berusaha dalam meneruskan kecemerlangan.
6. Ucapan Guru Disiplin :
Ustaz Razis selaku Guru Disiplin megucapkan terima kasih dan tahniah kepada murid - murid SK Taman Putra Perdana 2 kerana masalah disiplin semakin berkurangan. Oleh itu beliau berharap agar murid - murid SK Taman Putra Perdana 2 dapat meneruskan disiplin ke arah yang lebih baik.
7. Ucapan Guru Besar:
Tuan Guru Besar juga turut mengucapkan tahniah di atas kekurangan masalah yang disiplin yang dimaklumkan oleh guru disiplin. Oleh itu Tuan Guru Besar berharap agar disiplin murid - murid dapat dikekalkan atau ditingkatkan ke arah yang lebih baik lagi.Tuan Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada murid Tahun 6 yang mendapat keputusan 6A di dalam Pentaksiran Sumatif 2 iaitu murid yang bernama Bellina Umairah dari kelas 6 UM.
Perhimpunan ditamatkan pada pukul 8.00 pagi