BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS UNTUK TAHUN 5
Bengkel teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris untuk tahun 5 telah diadakan pada 20/10/2014. Bengkel ini telah diadakan di dewan terbuka. Diharap dengan terlaksananya bengkel ini, murid dapat mempertingkatkan kecemerlangan matapelajaran Bahasa Inggeris.
PROGRAM ZOOM A 2015
Kepada,
IBU BAPA/ PENJAGA MURID TAHUN 5
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan,
PROGRAM ZOOM A 2015
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa semua murid Tahun 5 adalah digalakkan untuk menyertai Program Zoom A (subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) yang juga merupakan salah satu program bagi peningkatan akademik murid Tahun 6 2015 dengan bayaran pendaftaran berjumlah RM20.00 setahun. Bayaran perlu diserahkan kepada guru kelas pada atau selewat-lewatnya 5 November 2014 (Rabu). ID/Kata Laluan akan diserahkan kepada murid melalui guru kelas masing-masing kemudian.
3. Capaian internet diperlukan jika tuan/ puan menggunakan program tersebut di rumah.
4. Pihak sekolah berharap program di atas dapat membantu meningkatkan pencapaian pembelajaran anak-anak Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan untuk persediaan UPSR 2015.
Sekian, untuk makluman.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
JADUAL TEKNIK MENJAWAB SOALAN TAHUN 5 2014
BIL
|
TARIKH
|
Masa
|
HARI
|
MATA
PELAJARAN
|
TEMPAT
|
1
|
10/10/14
|
8.30 – 10.30 pagi
|
Jumaat
|
Sains
|
Dewan SKTPP2
|
2.
|
20/10/14
|
2 sesi :
8.30 – 10.30 pagi
(5UM, 5USM, 5UKM)
11.00 – 1.00 tengah hari
(5UTM, 5 UPM, 5UUM)
|
Isnin
|
Bahasa Inggeris
|
Dewan SKTPP2
|
3.
|
21/10/14
|
8.30 – 10.30 pagi
2.00 – 4.30 petang
|
Selasa
|
Matematik
Bahasa Melayu
|
Dewan
SKTPP2
Dewan
SKTPP2
|
MACAM MACAM AKTIVITI LEPAS UPSR. JANGAN PONTENG.
Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan agar murid Tahun 6 datang ke sekolah selepas UPSR. Antara aktiviti yang menyeronokkkan ialah aktiviti sukan , memasak , menghias , membuat hiasan, berlakon ,menyanyi dan senamrobik. Pagi pagi lagi dah pun bermula senamrobik.
KEHEBATAN SUKAN SEPAK TAKRAW SUDAH ADA PELAPIS
Pada 18 Oktober 2014 pasukan sepaktakraw Daerah Sepang telah menghantar kontigen KATMO yang diadakan di SMAT Klang. Dua orang pelajar kita terlibat. Dengan tunjukajar guru guru yang berkebolehan akhirnya pasukan takraw kita berjaya mendapat tempat KEDUA dalam kejohanan tersebut. Tahniah kepada murid yang berjaya dan guru yang terlibat. KATMO tu Kejohanan Tunas Olimpik Muda bawah 10 tahun
MAKLUMAN PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS) 2014
Merujuk kepada Surat Pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaanbertarikh 31 Mac 2014, memaklumkan tentang penambahbaikan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula 1 April 2014 disemua sekolah.
Penambahbaikan ini merangkumi 3 perkara iaitu :
1) Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) telah dimansuhkan dan digantikan dengan sistem perekodan secara OFFLINE.
2) Dokumen Standart Prestasi (DSP) diganti menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM).
3) Penilaian Menengah Rendah (PMR) diganti dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Diharap makluman ini dapat memberi manfaat kepada semua ibubapa/penjaga dalam memantau perkembangan akademik anak/anak jagaan masing-masing.
BERSAMA MENGHAYATI KECEMERLANGAN
Penambahbaikan ini merangkumi 3 perkara iaitu :
1) Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) telah dimansuhkan dan digantikan dengan sistem perekodan secara OFFLINE.
2) Dokumen Standart Prestasi (DSP) diganti menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM).
3) Penilaian Menengah Rendah (PMR) diganti dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Diharap makluman ini dapat memberi manfaat kepada semua ibubapa/penjaga dalam memantau perkembangan akademik anak/anak jagaan masing-masing.
BERSAMA MENGHAYATI KECEMERLANGAN
SAMBUTAN HARI LAHIR MURID MURID PRASEKOLAH SKTPP2 2014
Pada 16 Oktober 2014 (Khamis) guru guru prasekolah telah meraikan hari lahir murid-mrid prasekolah dengan kerjasama ibu bapa dan pembantu pengurusan murid.
Pelbagai acara diadakan.Guru besar dan Guru Penolong Kanan sekolah turut memeriahkan majlis
Murid-murid Prasekolah menjalankan pelbagai aktiviti dikelolakan oleh seorang badut yang dijemput khas.
Jamuan disediakan.
Pengawal Keselamatan juga dijemput hadir.
Aturcara yang telah ditetapkan
Tahniah guru-guru dan pembantu murid prasekolah
KARNIVAL KEUSAHAWANAN
JOM KITA KE KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKTPP2 2014
URUSNIAGA MENGGUNAKAN KUPON. 1 set kupon berharga RM10 dan
disertakan 1 nombor cabutan bertuah. Semua murid boleh membeli kupon melalui
guru kelas masing-masing. Kupon juga akan dijual semasa karnival.
KUPON TIDAK BOLEH DIFOTOSTAT, TINDAKAN TEGAS AKAN DIBERIKAN
KEPADA INDIVIDU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
Datanglah beramai-ramai
bagi memeriahkan acara. Berbelanjalah sambil membuat sumbangan kepada dana PIBG
SKTPP2.
ANTARA AKTIVITI SEMASA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKTPP2
IALAH
Gerai makanan seperti Gerai keu tiaw, mee, bihun goreng,
laksa dan laksam, Gerai nasi lemak ayam
berempah, gerai ayam goreng, burger dan hotdog, Gerai keropok lekor dll.
Gerai minuman seperti
Air botol, air mineral, air tin dan air kotak,
Air cordial, Aiskrim ,ABC, Ice Blended
dll.
Permainan
seperti Rumah hantu,
Giant Ballon, Karaoke dan permintaan lagu, Foto bersama ular, Taman Arnab, Menunggang Kuda, Mini Golf, Soopa
doopa inflatable. Flying fox Pertandingan Pakaian Beragam dll.
Pameran
Kesihatan, Bomba , Polis dll.
MAKLUMAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) BAGI MATEMATIK KERTAS 1 (015/1) 2014
Perhatian kepada Ibu bapa/ Penjaga Murid,
SK Taman Putra Perdana 2.
Adalah dimaklumkan bahawa peperiksaan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) bagi subjek Matematik Kertas 1 akan berlangsung selama 1 hari pada 9 Oktober 2014 (Khamis) sahaja. Oleh yang demikian, terdapat murid yang akan direhatkan mengikut ketetapan berikut untuk memastikan pengurusan peperiksaan tersebut berjalan lancar.
SESI
|
TARIKH-TARIKH
DIREHATKAN
|
TAHUN DIREHATKAN
|
PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA
|
Pagi
|
08/10/2014 (Rabu)
|
Tahun 5
|
Tahun 4
|
Petang
|
08/10/2014 (Rabu)
|
Tahun 1
|
Tahun 2 dan 3
|
Pagi
|
09/10/2014 (Khamis)
|
Tahun 4 dan 5
|
Tahun 6
|
Petang
|
09/10/2014 (Khamis)
|
Tiada
|
Tahun 1, 2 dan 3
|
Catatan: Semua murid Prasekolah bersekolah seperti
biasa.
|
3. Semua
murid Prasekolah, Tahun 1, 2, 3, 4, 5
dan 6 akan bersekolah seperti biasa pada 10 Oktober 2014 (Jumaat). Makluman di atas diharapkan
dapat melancarkan lagi pengurusan sekolah anak-anak Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan. Pihak sekolah juga ingin
mengucapkan “Selamat Berjaya” kepada semua
murid tahun 6.
PEMENANG SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SESI PAGI 2014
Tahniah diucapkan kepada pemenang - pemenang. Kepada murid yang tidak berjaya, boleh mencuba lagi di tahun hadapan. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada murid - murid.
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHUN 4
1. ZAFIERA AZUEREEN BT ZAFISASRUL (4UM)
2. RAJA INSYIRAH KHAIRUNNISA BT RAJA ZULKARNAEN (4UKM)
3. MUHAMMAD DANIAL AIMAN ( 4UUM)
4. IRDINA BALQIS BT AMEROL HAMZAH (4USM)
5. MUHAMMAD IRFAN ZAIM BIN YAZRIN (4UTM)
6. NUR SYAFIQAH BT NUSRAN (4UTM)
7. NORMAN HAKIM (4UPM)
8.SHAFIE (4UIAM)
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHUN 5
1. NUR IZZATI INSYIRAH BT MUHAMMAD NIZAM (5USM)
2. NURSHAHIRAH IRDINA BT HAMSANI (5UM)
3. MUHAMMAD AIMAN MUKHRISH BIN RATNO AZHAZI (5UM)
4. MOHD DANISH HAIKAL BIN MOHD TARMIZI (5UTM)
5. NUR AIN BT MOHAMED FEISAL (5UM)
6. MUHAMAD NAWFAL BIN RAZMAN (5UPM)
PERSEMBAHAN DEKLAMASI SAJAK TAHUN 4
1. SITI HANNA NURUL AIN (4UM)
2. PUTERI DELAILA (4UM)
PERSEMBAHAN DEKLAMASI SAJAK TAHUN 5
1. ANISSA NADIRAH BT ABU HASSAN (5UKM)
2. AYISY SYAHMI BIN ABDUL AZIZ ( 5UKM)
PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK TAHUN 4
1. 4UM
2. 4UTM
3. 4UKM
4. 4USM
5. 4UPM
6. 4UUM
7. 4UIAM
8. 4UITM
PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK TAHUN 5
1. 5UM
2. 5USM
3. 5UKM
4. 5UTM
5. 5UUM
6. 5UPM
PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH
1. WAN MUHAMMAD AFIQ AIDIL
2. WAN ZAHEZY ADUKA
3. NURDINI
4. NURFARAH AMIRAH
5. NURSYUHADA ALYA
6. WAN QURATU DAYANA
7. MUHD ASYRAF
8. MUHD ADAM MALIK
PERTANDINGAN LUKISAN CANTIK PRASEKOLAH
1. SITI ANNISA
2, AHMAD FADZUL ADZIM
3. AQILA HANIM
4. WAN NUR DANEA
5. AIZAT AKMA
6. NUR IMANINA
7. NURJANNAH
8. SHAFIQAH