IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan,
MAKLUMAN PERSEKOLAHAN SESI 2013
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa perkara-perkara seperti di bawah adalah untuk makluman dan panduan ibu bapa bagi memudahkan pengurusan sekolah
anak-anak Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan.
2.1 WAKTU PERSEKOLAHAN 2013
TAHUN
|
HARI
|
WAKTU MASUK
|
WAKTU KELUAR/ BALIK
|
4, 5, dan 6
|
Isnin
Selasa - Khamis
Jumaat
|
7.30 pagi
7.30 pagi
7.30 pagi
|
1.20 petang
12.50 tengah hari
12.20 tengah hari
|
Perjumpaan Kokurikulum
Tahun 4, 5 dan 6
|
Setiap hari Rabu
(Akan dimaklumkan)
|
2.00 petang
|
4.15 petang
|
Kelas Tasmek
|
Setiap hari Selasa Tahun 6
Setiap hari Rabu Tahun 5
Setiap hari Khamis Tahun 4
(Akan dimaklumkan)
|
12.50
tengah hari
|
1.20 petang
|
Sesi Pagi
Nota penting : Waktu tiba sesi pagi ialah 7.20 pagi
Sesi Petang
TAHUN
|
HARI
|
WAKTU MASUK
|
WAKTU KELUAR/ BALIK
|
1, 2 dan 3
|
Isnin - Selasa
Rabu - Khamis
Jumaat
|
1.20 petang
1.20 petang
2.20 petang
|
6.40 petang
6.10 petang
6.40 petang
|
Perjumpaan Kokurikulum Tahun 3
|
Setiap hari Rabu
(Akan dimaklumkan)
|
8.00 pagi
|
10.15 pagi
|
Kelas Tasmek
|
Setiap hari Selasa Tahun 1
Setiap hari Rabu Tahun 2
Setiap hari Khamis Tahun 3
(Akan dimaklumkan)
|
12.50
tengah hari
|
1.20 petang
|
Nota penting : Waktu tiba sesi petang ialah 1.10 petang (Isnin – Khamis)
Manakala hari Jumaat ialah 2.10 petang
2.2 PERATURAN SEKOLAH SECARA AM
v Semua murid sesi petang mesti hadir ke sekolah sebelum pukul 1.10 pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat adalah sebelum pukul 2.10 petang. Murid yang hadir selepas waktu tersebut adalah dianggap lewat.
v Ketidakhadiran ke sekolah mestilah disertakan dengan sijil cuti sakit atau surat
akuan ibu bapa atau penjaga. Jika tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa sebab dianggap ponteng dan akan diberi surat amaran pertama oleh pihak sekolah.
v Semua murid mesti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap mengikut
garis panduan di dalam Buku Peraturan Sekolah. (boleh dibeli di Kedai Buku Sekolah)
v Murid-murid dibenarkan memakai pakaian Pendidikan Jasmani (PJ) terus dari
rumah pada hari yang ada waktu PJ sahaja. Pakaian PJ yang dibenarkan ialah baju ‘T’ rasmi sekolah atau baju ‘T’ putih kosong dengan seluar sukan panjang (track bottom) berwarna hitam atau biru tua sahaja.
v Pemakaian barang kemas adalah dilarang kecuali subang atau anting-anting KECIL sahaja.
v Semua murid tidak dibenarkan mewarna rambut atau kuku. Penggunaan inai
juga adalah dilarang.
v Murid lelaki mesti berambut pendek dan kemas mengikut garis panduan dalam
Buku Peraturan Sekolah.
v Manakala murid perempuan yang berambut panjang mesti diikat 1 atau 2
dengan pengikat rambut berwarna hitam atau biru tua sahaja. Jika menggunakan cekak rambut, ia juga mesti berwarna hitam atau biru tua.
- Jika bertudung, mesti memakai tudung dan anak tudung yang berwarna putih kosong tanpa sebarang hiasan.
v Murid-murid juga dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. Jika didapati ada
murid yang membawa telefon ke sekolah, telefon tersebut akan dirampas oleh pihak sekolah. Hanya ibu bapa yang dibenarkan membuat sebarang urusan berkaitan dengan telefon bimbit yang dirampas itu.
2.3 OPERASI KEDAI BUKU
Sepanjang cuti sekolah kedai buku akan dibuka mulai
17 Disember 2012 (Isnin) untuk memudahkan ibu bapa/ penjaga membuat urusan pembelian buku-buku dan peralatan sekolah anak-anak. Senarai pembelian buku dan alatan boleh didapati di kedai buku. (Ditutup setiap hari Ahad)
2.4 AGIHAN BUKU TEKS 2013
Semua ibu bapa/ penjaga sudah sedia maklum semua murid-murid tahun 1, 3, 4 dan 5 sesi 2012 telah diserahkan buku teks untuk sesi persekolahan tahun 2013. Agihan buku teks bagi murid tahun 3 sesi persekolahan 2013 adalah pada 28 Disember 2012 (Jumaat) bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Manakala agihan buku teks bagi murid tahun 1 sesi persekolahan 2013 adalah pada 29 Disember 2012 (Sabtu) bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kerjasama ibu bapa/ penjaga bagi memastikan buku-buku teks sentiasa berada dalam keadaan baik dan dibalut.
2.5 BAYARAN PERSEKOLAHAN 2013 DAN SUMBANGAN PIBG
Pembayaran Bayaran Tambahan untuk persekolahan tahun 2013 telah pun dimansuhkan. Ibu Bapa/ Penjaga hanya perlu menjelaskan yuran sumbangan PIBG yang akan ditetapkan setelah mesyuarat meluluskan jumlah yang sepatutnya dibayar. Ibu bapa/ Penjaga juga perlu membuat bayaran perkhidmatan yang akan dimaklumkan oleh pihak sekolah kemudian.
2.6 PENGGUNAAN BUKU TULIS 2013
Penggunaan buku tulis adalah seragam kepada murid tahun 1 hingga 6. Pihak sekolah memohon ibu bapa membantu anak masing-masing menulis nama murid, nama kelas dan mata pelajaran pada kulit buku tulis. Bersama ini dilampirkan Senarai Penggunaan Buku Tulis 2013 untuk rujukan ibu bapa / penjaga.
2.7 JADUAL WAKTU KELAS
Jadual Kelas akan diberikan kepada murid pada minggu pertama persekolahan sesi 2013.
3. Semoga dengan makluman di atas dapat membantu ibu bapa membuat perancangan persekolahan sesi 2013 untuk anak-anak.
Sekian untuk makluman dan terima kasih.