Friday, May 18, 2012

Hari Guru 2012 @ SK Lambor Kanan

RABU 16 Mei 2012, sebagaimana yang dilaksanakan setiap tahun beberapa aktiviti telah diadakan dalam suasana sederhana. Cuaca mendung diawal paginya menjadi ceria bilamana sukaneka dimulakan. 3 acara dijalankan mengikut kumpulan yang diundi. 
Ucapan buat Guru-guru Malaysia

Instruktor Sukaneka
Cabaran pertama,  'bola sepak' menjaringkan bola dengan sepakan. Bagi guru perempuan bebas menggunakan mana-mana kaki namun bagi lelaki hanya dibenarkan kaki kiri. Manakala cabaran kedua ialah bola jaring dan yang ketiga badminton. Gelak ketawa gembira terpancar disetiap bibir guru-guru dan murid dengan harmoni usik mengusik.
Ucapan wakil Guru Besar : Cikgu Murat
Beberapa acara dalaman juga dilaksanakan dengan baik. Ucapan, nyanyian lagu Guru Malaysia, ikrar , persembahan pentas dan live show' perutusan Menteri Pelajaran Malaysia juga ditayangkan.

Live Menteri Pelajaran Malaysia 
'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' adalah tema bagi Hari Guru 2012. Ianya menjadi azimat dan matlamat melaksanakan tugas dan tanggungjawab setiap insan berjiwa guru sebenar diperjalanan kerjaya mereka.


 
Bola Jaring

Aksi penyumbat gol 

Thomas Cup
 Keceriaan dan kegirangan hari ini akan menjadikan semangat berkerja bersama kan menjelmakan kejayaan sebenar anak-anak jati tempatan demi memacu Agama , Bangsa dan Negara dunia dan akhirat. 

Wednesday, May 2, 2012

Jamuan Jasamu Dikenang

Baru-baru ini Kelab BAGUS dengan kerjasama Guru dan Kakitangan serta PIBG SKLKn telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Jasamu Dikenang. Majlis yang diadakan pada petanmg Isnin 30 April itu, bertempat di Cempakasari Cafe, Parit.  

Antara tujuan utama majlis ini meraikan 3 rakan sekerja yang bertukar ke sekolah lain. Di samping itu, Kelab BAGUS turut meraikan Sambutan Harijadi untuk semua ahli yang menyambut hari lahir antara Januari- April. Kelab BAGUS juga turut mengambil kesempatan ini menyampaikan bantuan kebajikan untuk ahli yang menerima musibah baru-baru ini. 


Ustazah Zuraidah bertukar ke SK Selat Pulau

Ustazah Nawal bertukar ke SK Raja Chulan
Tn Hj Mohd Raduan bertukar ke SK Parit

Friday, March 9, 2012

Suatu resam penjawat awam, perpindahan atas keperluan.

SK Lambor Kanan tidak terkecuali dalam penarikkan dan penambahan guru-guru di musim 3 bulan yang pertama ini. Pergerakkan mereka ini adalah memenuhi keperluan perkhidmatan dan sesungguhnya penghijrahan suatu pengorbanan. Diawal tahunnya kami menerima 2 orang guru lelaki dan kini 2 orang guru seorang Penolong Kanan dan seorang Ustazah j-QAF beralih ke destinasi baharu dalam perkhidmatan mereka.

Tn Hj Ibrahim (Guru j-QAF) dari SK Pengkalan Baharu, Pantai Remis

Cikgu Wan Faizan (Guru Pra Sekolah) dari Sabah

Semoga yang hadirkan membawa iltizam baharu dalam menjadi kecemerlangan pendidikan dan yang berpindah pula juga memantapkan kecemerlangan sedia ada untuk dikongsi bersama sekolah mereka.
Tn Hj Raduan (GPK Koku) ke SK Parit

Ustazah Nawal Zaki (Guru j-QAF) ke SK Raja Chulan, Pulau Tiga, Kg Gajah

Kami mohon maaf dari kami Kelab BAGUS SK Lambor Kanan. Ukhwah kekal dan terus berbakti.

Monday, March 5, 2012

Kad Kahwin Bercetak Ayat Suci Tidak Boleh Dibuang

Kad Kahwin Bercetak Ayat Suci Tidak Boleh Dibuang

KUALA LUMPUR – Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat al-Quran.

“Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.

Othman berkata, pihak yang terbabit meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin mungkin berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain.

Bagaimnapun, katanya, perbuatan sedemikian patut dielakkan.

“Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja,” katanya.

Beliau juga berkata, pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.

Katanya, mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan JAKIM, perbuatan membuang bahan-bahan yang mengandungi ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.

Beliau berkata, pelupusan bahan penerbitan yang mengandungi ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir, berkata pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.

“Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi sahaja,” katanya.

Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata pihaknya akan turut menerangkan kepada pelanggan mengenai pro dan kontra mencetak kalimah suci pada kad jemputan kahwin.

“Kita akan sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah suci kita kena ikutlah,” katanya. – BERNAMA

Wednesday, February 22, 2012

Majlis Akurjanji UPSR 2012

Backdrop Majlis Akurjanji UPSR 2012

Majlis Akurjanji UPSR 2012 telah diadakan sebentar tadi. Ibu bapa penjaga murid tahun 6 bersama dalam program yang menemukan Pentadbir, ibu bapa penjaga , guru-guru dan bersama anak2 masing2.

Guru besar memberikan penerangan dari sudut fakta bentangan TOV dan target setiap murid dalam menghadapi UPSR 2012. Acara seterusnya adalah tandatangan ibu bapa guru dan anak2 mereka, mengadap guru-guru matapelajaran, ikrar serahan & terimaan anak didik , ikrar murid dan makan-makan.
Ikrar Serahan yang unik

Moga usaha merapatkan ukhwah antara pihak2 tersebut akan dapat merealisasikan kejayaan anak2 didik lambor kanan kearah kecemerlangan.

Saturday, January 21, 2012

PM: SBPA mesti puaskan semua pihak sebelum dilaksana

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan. "Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di Kuantan hari ini. Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Najib berkata kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan. Perdana Menteri baru-baru ini mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu. Berikutan itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam. Najib berkata kerajaan juga bersedia menimbangkan pemberian gaji yang lebih kepada penjawat awam, bagaimanapun ia perlukan dikaitkan dengan peningkatan produktiviti mereka. "Kerajaan boleh bagi tambahan gaji dan bonus tetapi ia perlu dikaitkan dengan produktiviti yang tinggi, kalau ekonomi menguncup, mana nak bagi kenaikan gaji dan bonus?," katanya. Beliau berkata penjawat awam dilihat sebagai kumpulan yang amat penting dalam pentadbiran negara kerana apa jua dasar dan agenda besar bergantung kepada peranan serta sumbangan mereka. "Penjawat awam adalah sekumpulan dalam pentadbiran negara, penting kerana apa agenda besar negara yang hendak dibawa kerajaan pada kesudahannya, kesampaiannya, bergantung kepada peranan dan sumbangan penjawat awam di seluruh negara, sama ada di peringkat pusat atau negeri," kata Najib. Perdana Menteri berkata kerajaan juga sedang dan akan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan menggunakan strategi baru yang perlu didukung penjawat awam bagi mencapai impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju. "Menjelang fajar 2020, kita hendak mencapai sebuah negara maju, saya anggap wawasan yang dibuat (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu impak kepada negara, itulah yang kita sambut ketika itu, dan kurang daripada 10 tahun, kita nak capai negara maju, inilah cabaran kepada kita," katanya. Najib berkata kerajaan yang ketika ini melaksanakan pelbagai transformasi baru, juga melaksanakan pelbagai strategi baru bagi mencapai hasrat berkenaan. "Ada kalanya strategi yang digunakan dahulu (pimpinan sebelum ini) baik dan tepat tapi strategi itu menjadi kekangan (pada masa ini) dalam usaha kita untuk mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi," katanya.

Justeru, Najib berkata pendekatan di bawah kepimpinannya ketika ini adalah menggunakan strategi yang dilihat mampu untuk mencapai kesinambungan dan harapan kepimpinan sebelum ini, dan ia perlulah didukung semua pihak terutamanya penjawat awam. Dalam ucapannya itu, Najib turut menyentuh berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang menurutnya rakyat dilihat lebih "senang" menerima bantuan sedemikian berbanding bantuan yang tidak dilihat dalam bentuk wang tunai, misalnya pemberian subsidi dan kemudahan prasarana yang dilaksanakan kerajaan.

"Bajet 2012, short term, selagi tak merasa (wang), tak puas hati, jadi kita putuskan beri BR1M. Bila kita tolong (beri) subsidi (kepada barang keperluan), itu (dilihat sebagai) perkara biasa, subsidi bertambah kepada RM22 bilion untuk bantu rakyat bagi tahun ini," katanya. Najib berkata pemberian BR1M sebenarnya bertujuan membantu golongan rakyat yang susah dan ia terjemahan daripada slogan 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

"Kalau kita hendak berjaya dalam abad ke-21 ini, ide kita mestilah lebih baik daripada orang lain bagi mencapai transformasi besar, namun kita mestilah berpijak di bumi nyata. "Kalau dah terbukti (kepimpinan kerajaan Barisan Nasional), kalau dah proven (rakyat) tak perlu tolak. Apa yang perlu adalah kepada penambahbaikan, (rakyat) janganlah tolak sesuatu yang sudah terbukti (kepimpinan pemerintahan). "Saya tak kata kita (kerajaan sedia ada) perfect. Kalau tak betul, kita akui dan kita buat penambahbaikan dalam semua perkara," katanya.

Sumber : malaysiakini.com/bm

Thursday, January 5, 2012

Rahsia Kelebihan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan

Tuesday, January 3, 2012

Tirai Persekolahan 2012 kini bermula... : Iltizam Baru!

Selamat kembali ke sesi persekolah buat kalian dialam pendidikan. Kehadiran 2012 kan membawa penuh semangat setelah bercuti yang panjang buat semua.

Kepada pelajar, usaha dan semangat belajar perlu diteruskan demi masa depan kehidupan yang cemerlang bersama agama, bangsa dan negara.

Buat rakan sejawat seluruh negara, moga kita sama-sama akan mencapaikan impian pelajar dan keluarga mereka untuk berjaya didunia dan diakhirat.

SELAMAT BERTUGAS!!!

Jadual Cuti Persekolahan 2012 / Jadual Penggal Persekolahan 2012

Kedah, Kelantan dan Terengganu

Takwim Persekolahan 2012, Kalendar 2012, Jadual Cuti Persekolahan 2012, Jadual Penggal Persekolahan 2012, Cuti Umum 2012, Cuti Am 2012,kalender cuti sekolah 2012,cuti sekolah untuk wilayah persekutuan,cuti sekolah untuk negeri melaka,cuti sekolah untuk negeri pahang,cuti sekolah untuk negeri sembilan,cuti sekolah 2012 untuk selangor,cuti sekolah 2012 untuk kedah

Takwim Persekolahan 2012, Kalendar 2012, Jadual Cuti Persekolahan 2012, Jadual Penggal Persekolahan 2012

JADUAL CUTI DAN PENGGAL PERSEKOLAHAN 2012 NEGERI KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU

Jadual Cuti Persekolahan 2012 / Jadual Penggal Persekolahan 2012

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Takwim Persekolahan 2012, Kalendar 2012, Jadual Cuti Persekolahan 2012, Jadual Penggal Persekolahan 2012, Cuti Umum 2012, Cuti Am 2012,kalender cuti sekolah 2012,cuti sekolah untuk wilayah persekutuan,cuti sekolah untuk negeri melaka,cuti sekolah untuk negeri pahang,cuti sekolah untuk negeri sembilan,cuti sekolah 2012 untuk selangor,cuti sekolah 2012 untuk kedah

Takwim Persekolahan 2012, Kalendar 2012, Jadual Cuti Persekolahan 2012, Jadual Penggal Persekolahan 2012

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN