Thursday, July 30, 2009

Caj Astro naik RM12 kerana EPL

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih.Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Bagaimanapun, menurutnya, peningkatan tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus). Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus.


Di Asia Barat pula berlaku peningkatan sebanyak 250 peratus menyebabkan penyiar di negara itu terpaksa membayar sebanyak RM1.170 bilion dan Hong Kong pula meningkat daripada RM354 juta kepada RM709 juta dalam tempoh tiga tahun.


Choong Khay berkata, kenaikan tersebut antara lain berpunca daripada peningkatan kos operasi kelab-kelab bola sepak yang bermain dalam liga tersebut.

"Kelab-kelab dalam EPL terpaksa membayar gaji pemain dan menguruskan kelab mereka, malah kenaikan dalam bidaan hak penyiaran meningkat sebanyak 67 peratus menyebabkan syarikat yang memegang hak penyiaran di England, Stanta, terpaksa menghentikan operasi kerana kenaikan kos ini pada Jun 2009," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
-kosmo.com.my
* APA KATA MEREKA YANG MELANGGAN :
Dan rasa naik angin tersebut sudah pasti akan dikongsi rasa oleh peminat-peminat dan penyokong-penyokong Liga Perdana Inggeris yang menonton perlawanan EPL secara langsung melalui siaran Astro.Kenapa? Manakan tidak. Bil langganan Astro akan mula dinaikkan sebanyak RM12 mulai 1 Ogos ini. Tetapi kenaikan ini hanyalah kepada peminat-peminat bolasepak yang melanggan saluran sukan. Mana adil macam ni? Opah Leibor yang hari-hari tengok drama kat Astro Ria dan Prima tak kena bayaran tambahan pun. Tak aci.
** MORALNYA : Mujur sangat teman xde ASTRO

Wednesday, July 29, 2009

Lawatan Pra Sekolah & Pend. Khas 2009



SK Lambor Kanan - Beruas - Kuala Sepetang - Zoo Taiping - Masjid Daerah Taiping - Beruas - Bota Kanan - Lambor Kanan

Pengiring : Bro. Azhar, Bro Azman, U. Amir, Umi Azean, Umi Ina, Umi Zafa, Umi Ani, Ibu Paridah, Ibu Lailah & Kak Ju.


Peserta : 18 Murid Pra Sekolah & 14 Murid Pend. Khas

Pengangkutan : Bas Doogan , Seri Iskandar

Hamper Tajaan : Umi Ani & The Gang

Monday, July 27, 2009

Hadiah Bulan Bahasa 2009 & Johan Senamrobik Daerah Perak Tengah

Acara diperhimpunan hari diserikan lagi dengan penyampaian hadiah & cenderahati sempena Penutupan Program Bulan Bahasa 2009.
Acara-acara yang telah dijalankan adalah sepertimana berikut :
  • Kuiz Bertulis Tahap 1
  • Tulisan Cantik Tahun 1, 2, & 6
  • Deklamasi Sajak
  • Bercerita
  • Buku Skrap
Aktiviti Cemerlang Bulan Membaca dimenangi oleh :
  • LELAKI : Adik Azhan Hakimi b. Mokhtar
  • PEREMPUAN : Nurul Farain bt. Yusof
TOKOH MEMBACA :
  • TAHAP I : Adik Madihah bt. Amir Hamzah (Tahun 1)
  • TAHAP II : Adik Nur Atiqah bt. Abu Abbas (Tahun 5)
Semua hadiah dan cenderahati telah disampaikan oleh : Pn. Norshamsuniah GPK2 HEM.

KLIK S.I.N.I. untuk lebih photo lagi

Dalam pada itu juga dinobatkan Johan Senamrobik SR Peringkat Daerah Perak Tengah kepada 'Team SK Lambor Kanan'. Team ini dibimbing oleh Pn. Siti Fatimah, Pn. Norsuhana, Pn. Norsuhana, Pn. Normala, Pn. Noraishah & sahabat guru-guru yang lain. Acara ini telah dijalankan pada hari Sabtu 25 Julai tempoh hari bersempena Bulan Kecergasan Peringkat Daerah Perak Tengah. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada kalian.
* Team Futsal cuba lagi.... ok.

Thursday, July 23, 2009

Jom : Martabatkan Lirik & Lagu Bermotifkan ISLAM


JOM MENCUBA : TIPS SUPAYA JAMBU BATU RASANYA MANIS

Kaedahnya ambil segengam garam kasar masukkan dan kacau ke dalam sebesen air. Kemudian rendam 1 kg jambu batu yg masih belum dikupas kulit kedalam larutan garam tersebut selama 20 minit.

Infotani : Kepekatan larutan garam yg tinggi akan menyebabkan air dari dalam jambu batu bergerak keluar. Kerana kandungan air yang rendah maka rasa jambu batu akan bertambah manis. Larutan garam juga meneutralkan sisa toksik pada buah tersebut.

Sunnah Rasullullah saw akan "meletakkan" garam pada lidah sebelum menjamah hidangan.

Sumber: Sdra Alimin Shukor

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Matahari di Asia - 22 Julai

Alhamdulillah, antara lain aktiviti Sempena Isra' & Mikraj tahun ini di sekolah ialah berpeluang berjemaah dalam melaksanakan Solat Sunat Gerhana Matahari sekitar 9.15 am - 10.00 am sebentar tadi. Program ini julung2 kali dilakukan dalam rangka kerja program Panitia Pendidikan Islam SKLKn. Moga peluang seumpama ini akan dapat diresapi dalam diri setelah merenung besarnya KEKUASAAN ALLAH diatas muka bumi ini.

NEW DELHI - Penduduk Asia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari yang paling lama bagi abad ke-21 pada Rabu, 22 Julai, yang merentasi India dan China, bermula dari Mumbai ke Shanghai. Fenomena ini telah digembar-gemburkan ke seluruh dunia, yang jarang dapat dilihat dalam seumur hidup kerana ia tempoh paling lama merentasi di beberapa kawasan berpenghuni di bumi dan menjadi gerhana bersejarah yang bakal disaksikan oleh jutaan orang.

Ia merupakan peristiwa terpenting yang pernah berlaku di sini. Tiada seorang pun dari kita dapat hidup lebih lama untuk melihat peristiwa itu berulang lagi. Jumlah
sinaran suria ini akan berkurangan apabila bulan berada di antara bumi dan matahari seterusnya mengaburkan pancaran sepenuhnya. Keghairahan pada kali ini merupakan sebahagian besar peristiwa luar biasa yang pernah berlaku dalam tempoh tertentu (atau keseluruhan) apabila matahari dilitupi sepenuhnya. Maksimum gerhana itu dijangkakan berlaku adalah selama 6 minit 39 saat, iaitu suatu tempoh yang tidak mungkin berlaku pada tahun 2132.

Jarak 'laluan keseluruhan' fenomena itu dianggarkan sehingga 258 kilometer, penduduk Gujarat di barat India menjadi orang yang pertama dapat menyaksikan gerhana dalam masa singkat sebelum pukul 6.30 pagi (9.00 pagi waktu Malaysia). Fenomena itu kemudiannya merentasi India, suasana gelap akan meliputi di sungai Gangga, kota suci Varanasi yang berada di antara utara dan selatan Bangladesh dan Nepal sebelum mengelapkan kebanyakan tempat di Bhutan, melalui tanah besar China dan kemudian melepasi laut di Shanghai.

Persinggahan seterusnya adalah di selatan pulau Ryukyu, Jepun selepas membelok di tenggara melalui Lautan Pasifik di mana ia akan berada di sana dalam tempoh yang maksimum. Bagi kawasan-kawasan yang berada di laluannya, ia akan disinari matahari sebanyak dua kali pada awal pagi kerana bulan melindungi lebih rendah ketika itu dan kemudian perlahan-lahan menyinari bumi sekali lagi. Sebanyak 50% atau lebih bagi anggaran 2 bilion penduduk yang diliputi sinaran gerhana itu, bermula dari kawasan penggaraman para petani di Gujarat hingga ke kawasan gembala Tibet di kaki bukit Banjaran Himalaya. - AFP

Tuesday, July 21, 2009

"Kepada ALLAH kita datang dan kepada ALLAH jua kita kan KEMBALI" : Redho & Sabar Ujian ALLAH

“SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (al-Baqarah: 156)

Keterangan Ayat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut untuk membaca doa tersebut di atas.

Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)

Ayat di atas disebut ketika:

  • Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan
  • Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil
  • Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.

Sunday, July 19, 2009

Perkhemahan Pengakap Keris Emas 2009


ALHAMDULILLAH & TAHNIAH buat semua yang terlibat dalam Program Perkhemahan Pengakap Keris Emas 2009. Ini adalah program sulung yang dikendalikan oleh Cikgu Azran selaku pemangku Guru Pengakap dengan kerjasama yang erat diketuai oleh Cikgu Ahmad Zahadi. Apa yang penting KERJASAMA. Ini telah dibuktikan dengan semangat kerja berkumpulan sesama guru dalam memastikan kebajikan dan keselamatan 12 peserta sklkn.
Program ini serentak dengan program Bulan Kecergasan Daerah yang juga turut melibatkan sebilangan kecil guru-guru lain.


Amatlah rugi sekiranya segelintir sahabat yang dengan 'sunyi je' tidak mengambil tahu 'join' bersama berkhemah. Dengan adanya program seumpama ini sebenarnya akan mengeratkan silaturahim dan dapat bertukar2 fikiran sesama individu dalam suasana berbeza berbanding suasana di persekitaran sekolah. Insyaallah kita akan berukhuwah mesra menjalinkan kerjasama dalam apa jua bentuk program sama ada dalam dan di luar bilik darjah.

*Turut mengundang : sesiapa yang HADIR.

ANDA MUSLIM...? ANDA KENA PRIHATIN!

KETAHUI Kes SEDIH Marwa Sherbinim PERLU BACA

Berita tentang pembunuhan kejam Marwa Sherbini tersebar di internet dan di CNN. Tunjuk perasaan mengutuk pembunuhan kejam Marwa diadakan di Jerman mahupun di Mesir.


Cuba anda bayangkan bagaimana di suatu petang anda sedang bermain dengan anak anda di taman permainan dan tiba-tiba anda dimaki hamun hanya kerana anda seorang wanita Muslim yang bertudung. Anda Muslim dan kerana Muslim anda adalah pengganas! Bodoh! Sungguh memalukan bagi sebuah negara maju di Eropah kerana mempunyai seorang warganegara yang berotak sempit.

Marwa menyaman lelaki Jerman ini Alex, dan lelaki itu didenda tetapi semasa di dalam mahkamah, dia telahpun mengeluarkan pisau dan menikam Marwa sebanyak 18 kali! Bayangkan bagaimana di dalam mahkamah, lelaki itu boleh membawa pisau. Yang hairannya jika sekali dua tikaman itu, ada juga logik tetapi 18 kali tikaman! Apa polis tak memeriksa Alex semasa memabawanya masuk ke mahkamah? Di mana orang yang menyaksikan perbicaraan itu? Kenapa Marwa boleh ditikam sebanyak 18 kali di hadapan sekalian orang?Suaminya yang menyaksikan kejadian cuba menghalang tetapi dalam usahanya membantu isteri tercinta dia ditembak atau tertembak oleh polis yang cuba meleraikan.... sudahnya suaminya turut koma. Yang paling dikutuk si Alex langsung tidak cedera. Memang bodoh polis-polis itu. Tanpa usul periksa terus menembak si Arab berwajah Muslim dari menembak si kulit putih yang nyata sedang menikam bertubi-tubi!

Untuk bacaan lanjut sila ke http://edition.cnn.com/2009/WORLD/europe/07/06/egypt.woman.killed/index.html

Saya sedih kerana isu rasis ini ada di mana-mana tanpa mengira maju atau tidak negara itu. Islam selalu menjadi mangsa. Atas nama Islam, mereka melabel kita pengganas tetapi apa yang dilakukan oleh mereka lebih ganas lagi. Media tidak mengwar-warkan isu ini tetapi jika kita yang mengusik mereka, isu yang sebesar zarah menjadi sebesar benua. Di Peranchis, ada ura-ura untuk mengharamkan pemakaian jilbab. Apa hak mereka hendak menghalang kita dari bertudung sedangkan sister mereka memakai tudung tidak pula dilabel sebagai pengganas.... Inilah dunia.... keadilan menjadi harga yang terlalu mahal bagi seorang Muslim.

Saya berdoa semoga Muslimah yang bertudung di mana-mana di negara asing ini sentiasa berada di dalam peliharaan Allah. Al Fatihah untuk Marwa....

Santai seketika GOL2 - MU vs Malaysia Team


Kepada yang tertinggal untuk menyaksikannya. Dan dikhabarkan malam esok : 20 Julai 2009 akan diadakan perlawanan ulangan timbal balik setelah MU xjadi ke Jakarta. Lagi pun ramai warga Jakarta di sini. So.... saksikan lagi....

Wednesday, July 15, 2009

PERHATIAN : Memperbetulkan Qiblat TERKINI , KHAMIS ini

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

Gabung Jalin Matematik Dalam Kehidupan Seharian Pe+++++

Antara Januari - Ogos 2008 2622 kompaun dikenakan dengan nilai RM564,170.00.
  1. tahun 2007 1946 kes kesalahan berulang didaftarkan di mahkamah dengan denda RM90,045.003.

  2. kalau sabit undang-undang kompaun antara RM5000.00 dan denda RM10,000.00 dikenakan. tu kalau laksanakan peraturan. tapi hampeh....
  • kira lagi kalu sehari RM7.00

  • dua hari RM14.006.

  • satu minggu RM49.007.

  • satu bulan RM210.008.

  • satu tahun RM2520.009.

  • 40 tahun RM100,800.00

INILAH PERANGKAAN BAGI PEROKOK DI MALAYSIA.--------------------

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan mulai 2012










"Dasar PPSMI akan mansuh...jangan takut. Kami akan buat secara beransur-ansur sehingga semua peringkat pelajar yang terlibat tamat seluruhnya."

Maka bagi orang Melayu, lembutlah hati masing-masing apabila mendengar hal tersebut. Tetapi itu mungkin bagi orang Melayu masakini. Tetapi bagi rakyat banyak, mungkin tidak. Bayangkanlah dalam tempoh setahun, berapa ratus ribu pelajar yang terlibat menjadi mangsa dasar seumpama ini. Kalau 3 tahun ..?

Buktinya..sila baca fakta-fakta di bawah. Kenyataan ini dibuat sendiri oleh Menteri Pelajaran :
  • Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.

  • Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.

  • "Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

  • Menurut Bernama, beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI."Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris
Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Tuesday, July 7, 2009

Tanda-tanda si dia suami orang

Sedikit tip untuk wanita mana tahu rupanya anda 'ter'bercinta dengan suami orang.

1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.



2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.



3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.



4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.



5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.


8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

Bulan ... bulan ...dan bulan....

Julai 2009 ini, pelbagai program sebegitu rupa telah dirangka. Pelancaran demi pelancaran dijalankan.....
  • Bulan Kecergasan
  • Bulan Sifar Ponteng
  • Bulan Bahasa (SK Lambor Kanan)
  • Bulan Isra' & Mikraj
  • Bulan Perlaksanaan Final Ujian PAFA Tahun 6
Kat sini sahaja dah ada 4 kerangka program... kita yang menurut perintah pastikan menjayakannya dengan seadanya. Inilah hakikat tugas guru. Tak ikut.... jadi ingkar.... ikut lak budak2 melingkar.
Harapan agar tersemat dijiwa kita sebagai pendidik 'Cemerlang Mendidik Gemilang Pelajar'.
Bagi kami di Lambor Kanan.... 'Tak dapat buat semua, kami takkan tinggalkan semua'

Saturday, July 4, 2009

Sebarkan : Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 1430


Jom kita sama-sama memeriah dan memartabatkan al-Quran dihati ini.
Ambil peluang HADIR BERSAMA.

Friday, July 3, 2009

Pantun Buat Usth Shareen



* senyum memanjang Ustazah Shareen minggu nie!

Pengalaman Seketika Bersama Rakan Pendidik SKCL2 : Program LADAP

Terima kasih kepada JK LADAP SKCL2, diatas kesudian mempelawa admin selaku pemudahcara LADAP bersama rakan pendidik di sana. Hari pertama pembentangan Adobe Photoshop CS & hari kedua khusus menjurus kearah matlamat satu panitia satu blog.


Moga segala yang telah dikongsikan akan memberikan manfaat kearah peningkatan & perkongsian pintar sesama warga pendidik di alam maya.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN