Friday, November 28, 2008
SEKADAR UNTUK KITA FIKIRKAN
Dalam masa yang sama kita kena sentiasa MENJADI PELAJAR sebab ILMU ALLAH ini sangat luas dan pemikiran kita sentiasa bercampur dengan keinginan mudah semata2. Saya sekadar melontar maka sama-sama kita FIKIRKAN BUKAN MENYALAHKAN.
Wednesday, November 26, 2008
DAFTAR ONLINE KE SMKA/KAA
http://skseriampang.net/rkonline
Sila guna pautan di atas untuk mengisi borang KRK/SMKA/KAA Online.
Moga anak didik kita tidak terlepas bagi mengisi data kemasukkan ke sekolah seumpamanya ini dan penuh harapan ianya tidak menjejaskan peluang anak didik kita untuk meneruskan kejayaannya kelak.
TERIMA KASIH kepada Sir Shaizul Amizal insan yang bertanggungjawab dalam pengendalian sistem tersebut peringkat SK Lambor Kanan. Allah kan mudahkan amal kerja kalian.
6 PERKARA AKIBAT BANYAK MAKAN
Terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-
1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.
2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.
3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.
4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.
5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.
6.Terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit.
Wallahualam. Nau'zubillahi min zaliq....
Saturday, November 22, 2008
LAWATAN PAI KE BTP
Kami disambut oleh Ust Muhammad b. Tahir dan diberi sedikit gambaran ringkas BTP serta melawat lokasi tertentu dan diakhiri dengan serahan beberapa bahan-bahan bantu mengajar untuk dimanfaat bersama. Terima kasih daripada kami Panitia Pendidikan Islam SK Lambor Kanan, moga dilain masa leh kami hadir lagi.
Tuesday, November 18, 2008
TAHNIAH DI KONVOKESYEN KPLI j-QAF 2008
Kami warga SK Lambor Kanan mengucapkan TAHNIAH berbanyak buat Ustazah Nawal dengan ucapan. 'Pelajar yang cemerlang hadir dikeringat Guru yang Gemilang'
Friday, November 14, 2008
UPSR : KEJAYAAN DIRIMU HADIAH KELUARGA & GURU
MEREKA YANG CEMERLANG
5A
MOHAMMAD SHAHRIL EIZLAN B. AISHA
MOHAMMAD ASYRAF B. DAUD
4A 1B
NURUL NADIA BT. SALLEH
BADARIAH HANIM BT. ABDUL GHANI
3A1B1C
MOHD IMRAN B. AHMAD SHABULI
2A3B
MUHAMMAD LUQMAN B. AZLI
Teruskan USAHA kalian agar KEJAYAAN yang LEBIH BERMAKNA menyusul datang dalam kehidupan kita di bumi fana ini.
'Kejayaan seseorang diukur disisi ALLAH menerusi amal kebajikan didunia ini dengan keadaan IKHLAS bepanjangan dan IBADAHnya CEMERLANG'
KELUARGA D' LAMBOR KANAN
Wednesday, November 12, 2008
MARI KITA FIKIRKAN SEJENAK KENGKAWAN!!!
Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah seperti dilaporkan.
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.
"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.
Media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah, antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.
Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib. - malaysiakini & akhbar-akhbar tempatan
Video panas yang menjadi kekecohan seorang ibu kepada murid tahun satu Intan Sabrina yang mengatakan anaknya berubah selepas di"paksa" menonton video ini. Berubah jadi apa tidak pula dinyatakan tetapi saya rasa berubah menjadi anak yang tidak mahu meninggalkan solat.
Peliklah video keagamaan begini ditentang hebat sampai report polis bagai tetapi apabila anak-anak kita yang berumur satu tahun pun di"paksa" melihat cerita atau iklan untuk cerita tahyul dan hantu seperti di TV3 setiap malam Jumaat seperti Kekasihku seru dan Puaka Niyang Rapik tidak pula mendapat bantahan.
Pada saya video tersebut amat bagus sekali dan memberi gambaran mengenai siksa kubur yang mengingatkan kita kepada kematian. Untuk anak-anak pula yang cepat belajar dari visual akan memberi satu kesan yang akan mereka ingat sampai mereka dewasa. Entahlah...itu pendapat peribadi saya yang jahil ni shj.. - sumber daripada blog berlainan
"Dengan mengingati mati kitakan dapat mengenali diri dan RABBI sebaliknya....sentiasa khayalkan dunia nescaya mudahlah kita melupakan diri dan RABBI." fikir-fikirkan -admin
Tuesday, November 11, 2008
HARI ANUGERAH PRA SEKOLAH
INFO SEMASA : BUDGET PERAK 2009, KITA KENA TAHU!!!
2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.
3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.
5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.
6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan
7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.
8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.
10. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.
11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.
12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.
13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.
14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.
PERHIMPUNAN DIAKHIR SESI 2008....
Juga disilitkan jua acara penyampaian Sijil Khatam al-Quran (Sijil Negeri Perak), Penghargaan Kem Bestari Solat & Penganugerahan Nilam. Moga kejayaan yang diperolehi akan diganjarkan pahala yang berpanjangan. 13 November tarikh keramat yang akan hadir mendebarkan hati setiap insan yg terlibat terutama guru sendiri. Jika exam ini adalah matlamat kita mudah-mudahan pahala keampunan yang diberikan namun sedarlah kita semua ketentuan itu hadir atas KEHENDAKNYA (ALLAH) so, periksa....mengajar....mendorong.....mendidik.....mentarbiahkanlah HANYA SEMATA-MATA KERANA ALLAH.....PAHALA DAN GANJARAN BUAT KALIAN TELAH DIJANJIKAN...BEGITULAH SEBALIKNYA.....
Sunday, November 9, 2008
PANTUN AURAT BUAT KALIAN
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang
Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just buat syarat
Depan nampak pusat
Dari belakang nampak underwear warna dasat
Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong
Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis
Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat
Friday, November 7, 2008
ISLAM & PEKERJAAN
i) Bekerja merupakan keharusan mutlak yang harus dilakukan oleh seorang muslim untuk mendapat rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T, bahkan kalau perlu, seseorang itu digalakkan merantau ke pelbagai pelusuk dunia untuk meraih rezeki yang halal. Hal ini juga termasuk dalam kontek jihad.
ii) Bekerja adalah senjata utama untuk memerangi kemiskinan, modal dalam mencapai kekayaan dan faktor dominan dalam mencipta kemakmuran hidup.
iii) Seseorang itu dituntut supaya redha dengan pekerjaannya dan menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan dengan tekun untuk menjamin kebersihan upah yang diterima daripada pekerjaan tersebut. Oleh itu, sesuatu pekerjaan yang dibuat hendaklah diniatkan kerana Allah.
iv) Terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis balasan bagi mereka yang kerjanya menjadi ibadah iaitu:
i) mendapat balasan dalam bentuk material (gaji)
ii) mendapat balasan dalam bentuk kepuasan kerana dapat menyiapkan atau menyelesaikan kerjanya
iii) mendapat pahala untuk bekalan di hari akhirat.
v) Dalam konteks hubungan majikan-pekerja pula Islam melihat bahawa pekerja itu bukanlah sebagai hamba kepada manusia lain untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran kerana penghambaan hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T. Oleh itu hendaklah ada keadilan antara majikan dan pekerja di mana gaji yang diberi hendaklah setimpal dengan kerja serta tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja tersebut bahkan kalau perlu sebelum keringatnya kering kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya.” .
Thursday, November 6, 2008
IKLAN BUAT WARGA PENDIDIK
PINDAAN BAHASA : PERLU PERKENAN MAJLIS RAJA-RAJA
Menurut baginda, Raja-raja memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.
"Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan," titah baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini selepas dipersembahkan satu memorandum oleh Gabungan Melayu Perak.
Menurut laporan Bernama, turut berangkat ialah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.
Hampir 2,000 wakil dari pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan seni dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur, yang diketuai pengerusi gabungan itu Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke istana bagi menyerahkan memorandum itu.
Dalam titah tersebut, baginda mahu rakyat menghentikan segera tindakan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.
Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan dan keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan semata-mata disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.
"Jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.
"Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang Melayu," titah baginda.
Wednesday, November 5, 2008
MAJLIS ANUGERAH NILAM DAE. PERAK TENGAH 2008
Pada 4 November 2008 baru-baru ini, Majlis Penganugerahan Program NILAM Peringkat Daerah Perak Tengah yang telah berlangsung di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN, Seri Iskandar.
Sekolah berbangga dengan pengumuman TOKOH NILAM Kategori Sekolah Rendah Daerah P.Tengah disandang oleh : Adik Nurul Nadia bt. Salleh, 12 tahun. Kejayaan merangkul Anugerah TOKOH NILAM Daerah Perak Tengah ini menjadi kejutan walaupun sememangnya buku-buku menjadi teman beliau bila kelapangan. Anak Bongsu daripada 3 adik beradik ini sememangnya amat meminati buku cerita bagi menambahkan ilmu pengetahuan dalam dirinya.
Disamping itu seramai 22 perolehi - Kategori JAUHARI, 16 Kategori Rakan Pembaca & SK Lambor Kanan memperolehi tempat ketiga bagi Kategori Pengurusan NILAM Sekolah Daerah.
MOGA KALIAN YANG TERLIBAT DALAM MEMBEIKAN KEJAYAAN SEKOLAH AKAN DILIMPAHI RAHMAT ALLAH BERPANJANGAN.
Tuesday, November 4, 2008
IKLAN DARI EDUWEBTV
Salam Sejahtera!
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada anda semua di atas maklum balas dan cadangan anda yang telah diberikan terhadap EduWebTV. Kami berharap agar anda terus melayari www.eduwebtv.com dan memberi sokongan kepada EduWebTV. Segala sokongan yang diberikan amat kami hargai.
Terkini, kami di EduWebTV sedang menganjurkan satu Pertandingan Videografi yang bertajuk Pertandingan Pelajar Penyayang bersempena musim cuti sekolah akhir tahun 2008 yang akan datang. Bertemakan “sumbangan saya dan sekolah kepada masyarakat semasa cuti sekolah”, pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan pembabitan murid-murid sekolah rendah dan menengah diseluruh negara untuk berjinak-jinak dengan dunia multimedia khususnya penggunaan kamera video di samping mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia untuk dilawati bersempena cuti sekolah sekaligus melalui pertandingan ini kesedaran para pelajar dan peranan sekolah untuk lebih peka kepada masyarakat sekeliling dapat ditingkatkan.
Pendaftaran PERTANDINGAN VIDEO PELAJAR PENYAYANG telah dibuka sekarang. Maklumat lanjut berkenaan pertandingan tersebut boleh didapati di laman web rasmi EduWebTV www.eduwebtv.com/pertandingan di mana borang penyertaan boleh diperolehi di pautan tersebut. Diharapkan anda tidak ketinggalan untuk merebut peluang keemasan ini. Jadikannya sesuatu kebanggaan kepada sekolah dan rakan-rakan anda. Teruskanlah melayari laman web rasmi EduWebTV di www.eduwebtv.com
Laman Teknologi Pendidikan Untuk Semua!
Sunday, November 2, 2008
27 ASBAB MENJADI PAPA DIDUNIA
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya...
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa...
4. Berjalan dihadapan guru...
5. Cepat keluar bila masuk masjid...
6. Berbohong...
7. Banyak bercakap kosong...
8. Pemalas...
9. Banyak tidur...
10. Bermudah-mudah membazirkan makanan...
11. Selalu makan ketika hadas besar...
12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala...
13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi...
14. Bersifat bakhil...
15. Sentiasa tidur telanjang...
16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab...
17. Menjahit pakaian di badan...
18. Selalu memakai seluar sambil berdiri...
19. Tidak membasuh pinggan selepas makan...
20. Selalu membasuh tangan dengan tanah...
21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah...
22. Selalu menulis dengan qalam yang patah...
23. Membiarkan labah-labah di dalam rumah...
24. Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah...
25. Menyapu sampah di waktu malam...
26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api...
27. Selalu membakar kulit bawang...
Wallahualam...