Memaparkan catatan dengan label haiwan air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haiwan air. Papar semua catatan

Isnin, Jun 22, 2009

Layang-layang Ikan Karp

slide 0

Cantik tak ikan ni? Ia dibuat daripada kertas surat khabar sahaja. Sesuailah dengan tema haiwan air minggu ini. Macamana nak buat? Klik je kat imej di bawah dan cetak.

Ahad, Jun 21, 2009

Aktiviti Haiwan Di Air


Tema Minggu Ini
Haiwan Air

Bahasa Melayu

Mendengar dan menyatakan perkataan yang mengandungi awalan yang sama. Contoh:

Kuda laut – kura-kura

paus - pari

Menjawab soalan secara kreatif
Murid membaca berpasangan atau kumpulan kecil.
Menekap nombor,menggunting gambar dan menulis nombor mengikut bilangan.
Mengandingkan huruf vokal dan konsonan untuk membentuk sukukata.
Mencantum kad sukukata menjadi perkataan berdasarkan gambar.

Bahasa Inggeris

Teacher gives instruction and children carry them out.
Read story about animal in water.
Labeling and read aloud. example

fish

crab

Write the name of the picture

Pendidikan Islam

Bercerita tentang Nabi Yunus ditelan ikan

Pendidikan Moral
Membersihkan akuarium


Perkembangan Sosio Emosi

Membersih dan menukar air di dalam akuarium

Perkembangan Estetika dan Daya Kreativiti
Membuat mobile ikan daripada reben
Membuat pergerakan kreatif sambil menyanyi dengan iringan muzik.
Membuat atau mencantum gambar suai pasang haiwan di air

Perkembangan Kognitif
Meramal apa yang berlaku.Contoh: Ikan dalam air,ikan tanpa air, bulu burung- timbul/tenggelam, basah/kering

Perkembangan Fizikal
Meniru pergerakan ikan
Permainan dart haiwan di air
Membaling dart ke arah haiwan pilihan.





Rabu, Jun 03, 2009

Jelly Fish

Assalamualaikum
Sudah 3 pagi berturut-turut saya diserang sakit kepala. Bangun tidur sahaja kepala terasa sangat berat. Migrain datang dan mata pula kabur. Pukul 9.00 baru saya boleh ke sekolah bila rasa sakit reda. Dalam kepala sebernarnya banyak benda yang ingin saya buat. Aduhai bila begini mestilah stress rasanya. Nak menulis memang tak larat sebab idea bila datang sukar untuk menulis. Saya lebih suka menaip di komputer tetapi kepala pula sakit. Cobaan!.... kata P.Ramlee. Apa yang ingin saya buat masih lagi rahsia. Hehe... Tak adalah... sebenarnya saya sedang cuba menyiapkan skrip-skrip untuk cd interaktif Cerlang Minda Prasekolah. Sebenarnya ada 15 siri lagi belum dapat saya siapkan. 10 siri sudah pun saya hantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Malah duit insentifnya pun dah lama habis saya belanjakan. Hahaha... Cd selanjutnya adalah anggota badan yang bakal diedarkan 2-3 bulan lagi. InsyaAllah. Anda semua kena bersabarlah menunggu kerana semua cd yang bakal diedarkan perlu secara berperingkat-peringkat. Maklumlah pihak DBP perlu membuat penilaian yang sangat teliti terutamanya dari segi bahasa dan persembahan. Kalau buat kerja cincai sahaja tentu saya juga tidak berminat. Saya sebenarnya sangat cerewet dalam hal ini. Hehe... teringat saya pertanyaan yang diajukan oleh Tuan PPD Kota Tinggi, Tuan Hj Mohd Zakaria.... sama ada saya jualan ini memberi untung yang besar. Sebenarnya saya tidak memikirkan sangat tentang keuntungan. Saya buat semua ini semata-mata kerana kepuasan yang datang bila melihat rakan-rakan guru dapat menggunakannya di kelas dan kanak-kanak juga suka untuk berinteraksi dengan bahan yang telah saya sediakan. Apa yang penting ialah saya dapat memberikan sumbangan kepada anak bangsa untuk membentuk generasi berilmu. Itu sahaja. Saya suka melihat bagaimana pendidik di barat berjuang untuk memajukan bangsa mereka. Lihatlah betapa banyak laman web yang dibuat secara percuma untuk mendidik. Kebanyakan mereka adalah bergantung kepada iklan-iklan yang diletakkan di laman web itu untuk meneruskan perkhidmatan. Saya juga sering ke laman web luarnegara dan membantu mengklik iklan yang ada sebagai tanda terima kasih atas usaha mereka.

Oklah kita terus kepada catatan saya petang ni. Saya ada terjumpa aktiviti ini yang sangat sesuai dengan tema haiwan air yang boleh dibuat di kelas. Jom kita lihat dan baca petikan di bawah ini... Saya salin bulat-bulat sebab malas nak mengalihbahasakannya. Hehehe... mudah je ayat dia untuk kita faham. Jadi guru prasekolah kena belajar menguasai Bahasa Inggeris ya kalau tak macam mana nak ajar murid bahasa tu.

Sumber: http://www.notimeforflashcards.com/search/label/Crafts
  1. Gather your materials. You will need some cupcake liners, markers, tape, tissue paper, googly eyes, and a piece of blue construction paper.
  2. Start by folding your liner in half. Oh and yes these are the liners from Costco, but don't worry they just had dried mango in them nothing gooey.
  3. Have your child color them with markers. It was interesting because my son was coloring really really carefully on these, instead of with his normal wild abandon.
  4. While they color the liners, cut the tissue paper into thin strips.
  5. Place the tissue paper on the back and tape down. We used tape because we need to glue the eyes on the front and glue on both sides is super messy especially when tissue paper bleeds. Double stick tape is great for this because the tissue will stay put immediately.
  6. Glue your jelly fish onto the paper.
  7. Now you can add the googly eyes *You can also decorate the construction paper with an under the sea theme. After Costco and a craft my son was done!

Khamis, Mei 14, 2009

Ikan Oh Ikan


Assalamualaikum
Hari ini saya siapkan slaid berjudul Ikan Oh Ikan. Mengapa saya buat slaid ini? Semasa mula mengajar dahulu saya sering beranggapan bahawa ikan itu mesti berwarna kelabu atau hitam. Murid-murid yang mewarnakan ikan dengan warna yang berbagai memang selalu menjadi bahan marah saya. Memang waktu itu saya tidak tahu langsung bahawa ikan ini ada berbagai warna. Kasihan murid-murid saya dahulu. Kini murid-murid saya itu sudah dewasa semuanya. Maklum semuanya sudah berumur 30 tahun!. Saya mengajar mereka ketika berumur 7 tahun. Kalau murid sewaktu saya praktikum pertama dahulu di SK Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu dan SK Tengku Bariah, Kuala Terengganu sudah pun berumur 37 tahun. Semua tentu ingat saya maklumlah guru yang garang. Kalau bertemu saya sudah pasti tidak dapat mengenali siapa mereka. Hmm... ada di kalangan murid saya telah menjadi guru juga dan mengajar di sekolah lama saya di SK Pusat Bandar Lok Heng. Malah ketika di universiti saya juga seasrama dengan bekas murid!. Hai tuanya diri ni ya...

Oklah jom layan kisah ikan-ikan saya ini. Hehe... saya sendiri pun tidak mengenal sangat nama-nama ikan yang ada di pasar kerana sejak kecil, tugas ke pasar dibuat oleh abah dan bila sudah berkahwin, suami yang menguruskan urusan pasar. Bila membuat slaid begini barulah saya kenal nama-nama ikan yang ada. Tak apalah sekurang-kurangnya nanti saya boleh menerangkan kepada cucu-cucu saya kelak. Sekarang ini pun sudah 3 orang cucu yang saya ajar di kelas.

MUAT TURUN DI SINI







Jumaat, Mei 08, 2009

Apa yang ada di air?

Malas nak tulis panjang. Kalau korang nak download klik je kat bawah ni okay....

MUAT TURUN





ABC Haiwan


Assalamualaikum
Kepada cikgu-cikgu yang suka download bahan dari blog saya ni, jangan lupa ya komen. Tinggalkan catatan anda di sini. Please say something.... at least THANK YOU. Saya ingin sekali mengenali anda. Nyatakan anda mengajar di mana. Manalah tahu kalau-kalau kita dapat berkursus bersama nanti taklah berselisih bahu bertumbuk nanti. Hehe. Maaf ya kalau saya cakap begini sebab setiap kali mengajar perkataan yang sering saya tekankan kepada kanak-kanak ialah mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang memberi. Bukan saya minta dihargai, cuma saya sebenarnya sangat ingin mengenali anda semua. Manalah tahu kalau-kalau saya ke daerah anda boleh juga kita bertemu. Hehe... jangan lupa belanja makan gitu... Kalau anda ke Kota Tinggi, jemputlah ke sekolah saya ya. Nak ke rumah pun boleh...

Saya sudah menyiapkan beberapa slide show untuk tatapan anda. Haa... jangan lupa tinggalkan catatan anda tau....

Jumaat, April 10, 2009

Building Language For Literacy


Hehehe... seronoknya dapat menemui laman web begini. Lihat gambar di atas. Permainan yang disenaraikan boleh membantu kita untuk mengajar tema yang ada di situ. Klik gambar di atas untuk ke laman berkenaan. Gambar di bawah adalah snapshot bagi tema rumah.



Worksheets