Wednesday, December 7, 2011

be strong :)

salam blog. sejak asyik sebuk dengan alam kerja ni, makin banyak pengalaman yang aku kutip. bukan setakat pengalaman kerja. pengalaman hidup pun sama. hari tu kawan aku ngadu dia frust sebab anak sulung dia dapat 2A sahaja untuk UPSR. dia sangat frust sebab dia harapkan result yang cemerlang dari anak sulung dia tuh. aku faham perasaan dia. tapi aku gtaw dia yang dia jugak kene faham yang keputusan tuh bukannya pilihan anak dia. lagipun, chill la. result upsr tuh xmenjamin kejayaan masa depan kau pun. tuh langkah yang paling kecil effectnya. contoh yang paling mudah, aku lettew. (semua org eja camni) HAHAHa. PMR 8A pun xkan menjamin -.-" HAHAHHAHA.

ok la. kalau bab pelajaran mungkin aku ade pengalaman, so aku still bleh tenangkan kawan aku. tapi bila ade kawan aku mengadu pasal rumahtangga, aku hanya mampu dengar. aku xtaw camne nak respon bila dia cakap dah berbulan2 xcakap dengan suami, xduk serumah, xpenah tanya khabar and so on. aku hanya mampu diam. perkahwinan ape ni. mungkin aku bukan pendengar yang baik. sebab time kawan aku cite, aku nangis. dia pernah menghidap kanser. well, name pun kanser. sampai sekarang dia berusaha untuk teruskan hidup. itu ujian pertama. ujian kedua, adalah hal rumahtangga dia ni. dia asyik tanya aku, kenapa dia? kenapa dia yang kene kanser? kenapa dia yang bakal TERPAKSA berdepan dengan penceraian sedangkan dia dah put everything on him? kenapa dia?

time dia cakap camtu, dia nangis yang sangat teruk. and aku yang konon nak kuat depan dia, gugur jugak akhirnya. sumpah sedih. macam tengok ombak rindu. aku hanya mampu pujuk dia. aku cakap Tuhan test u, sebab u kuat. Dia tahu u mampu tempuhi semua ni. itu je yang mampu aku pujuk. Then dia ade cakap rasa cam nak bunuh diri. aku peluk dia. aku cakap aku sayang dia. walaupun we are not bestfriend. but we are friend. hari2 keje bersama. hari2 bergurau senda. hari2 bertukar2 cerita. (walaupun crita burung hantu). walaupun berbeza agama or bangsa, tapi perasaan tetap sama. aku jenis xkuat. esok, mungkin dia akan ngadu lagi kat aku. aku akan cubasedaya upaya untuk tak nangis depan dia. semoga dia mendapat kehidupan yang lebih indah.


p/s: friend, be strong. :)

No comments:

Post a Comment