Malam ni, mard nak share satu cerita yang mard baca. Sudah tentulah pasal bidadari! tapi kali ni, istimewa sedikit. Kerana, bidadari yang mard nak cerita ni dikhaskan untuk Umar. Siapa Umar? kenapa ada bidadari yang dikhaskan untuk Umar? jom baca, dan selamat malam..lepas baca, jangan lupa tidur yea...
~Tersebutlah kisah dalam lipatan sejarah, Umar R.a adalah salah seorang dari sahabat Nabi Muhammad Saw. Semenjak beliau memeluk Islam, muslimin seakan mendapat satu semangat baru. Mereka merasai satu keberanian selepas Umar ni memeluk Islam. Buktinya, kaum muslimin dah berani keluar bersolat secara terang-terangan, dan tawaf di Ka'bah!. Umar seorang pemuda yang warak. Subahanallah:) beliau amat teliti dalam mengamalkan ajaran Islam. Dikatakan, beliau mempelajari surah Al-Baqarah, selama 10 tahun!. Selepas habis mempelajari surah tersebut, beliau menemui Rasullullah, dan bertanya, "Wahai Rasullullah, adakah hidupku, telah mencerminkan surah Al-Baqarah? jika belum, aku tidak mahu melanjutkan ke surah yang berikutnya. Nabi menjawab "Sudah". Umar mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah Swt. Kerana inilah, banyak ayat Al-Quran yang diturunkan Allah Swt, berdasarkan kehendak hatinya. Antaranya, mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Quran lainnya. Semoga masih ada "Umar" di zaman fasha dan mungkar ni Ya Allah. Amin:) Jadi, sekarang, semua sudah tahu, siapa itu Umar. Mari kita lihat bidadari yang diciptakan untuknya pula:)
Oke. Rasullullah Saw, amat suka menceritakan kisah perjalanan mikrajnya kepada para sahabatnya. Rasullullah juga, sering menceritakan tentang syurga yang telah dijanjikan Allah Swt. Pada suatu hari, ketika Rasullullah dimikrajkan, Rasulullah telah dibawa oleh malaikat Jibril A.s, untuk melihat taman-taman syurga. Rasulullah melihat, ada sekumpulan bidadari yang sedang leka bercengkerama. Tetapi, ada seorang bidadari yang amat berbeza dari bidadari yang lain. Dia kelihatan duduk menyendiri dan kelihatan amat pemalu. Huhu. Maka, Rasulullah bertanya kepada Jibril A.s "Siapakah bidadari itu?" Maka Jibril A.s menjawab, "bidadari itu, dikhaskan untuk sahabatmu, Umar R.a. Pernah suatu hari, dia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan kepadanya tentang keindahannya. Lantas, dia membayangkan dan berdoa, mahukan bidadari yang lain dari yang lain. Dia mahukan, bidadari yang berkulit hitam manis, mempunyai dahi yang tinggi, bahagian atas matanya merah, dan bawah matanya biru, serta mempunyai sifat yang sangat pemalu. Oleh kerana sahabatmu itu, selalu memenuhi kehendak Allah Swt, maka saat itu juga Allah Swt, menjadikan seorang bidadari sesuai dengan kehendak Umar R.a" Subahanallah.
:)sweetnya...mari kita banyak-banyak berdoa untuk mendapat perkara yang kita hajati. Lihat, Allah Swt, sentiasa mendengari permintaan hambaNya. Tetapi, kita sahaja sebagai mahluknya, yang selalu melupakan Allah. Nauzubillah.
Dah tamat cerita Mard, lekas tidur....
:)