Ada sesiapa pernah tengok mata baby? lagi-lagi yang baru dalam 2,3 bulan sampai 3,4 tahun. Nampak x cara bby pandang kita? bila bby percaya, bby xkan menangis tengok kita. Perkara pertama, bby nak tengok adalah mata. Agaknya, bby tenang tengok mata kita yang sama hitam dengan dia. Tapi kalau mata kita hazel, bby akan pikir dua kali nak senyum:). Mard terfikir, agaknya, walaupun kita di Malaysia, hidup berbeza kaum, kita kongsi warna mata yang sama, warna rambut yang sama. Itu identiti kita. Lainlah kalau ada yang warna rambut kecokelatan. Tu pun jarang kn. Agaknya, tupasal kita tenang melihat satu sama lain. Kita berpadu, sebab apabila memandang yang lain, mereka tak ubah macam diri kita sendiri. Tidaklah jauh beza seperti blonde,blue eyes, tinggi berkaki-kaki, dan segala. Moga Allah selamatkan Malaysia dari bencana alam dan musibah dunia. Aminn Ya Rabb. Bangga menjadi anak Malaysia.
Silence is a girl's loudest cry. If she is speechless, her heart is too tired for words
Ahad, 8 Januari 2012
Jumaat, 6 Januari 2012
~Srikandi Surau MO3 (SSMO3)~
Terasa kejayaan apabila, secara rasminya, surau di bangunan yang mard tinggal, telah seminggu beroperasi. Lagi manis, bila mard sendiri yang menjadi perancang aktiviti. Pada mulanya, ingat saja-saja nak jadi ajk surau yang tidak berapa berfungsi. Lagi-lagi mendengar perkhabaran sahabat yang berkata, ada surau di banggunan lain, dan dijadikan bilik tv, akibat x selalu digunakan. Lagi malang, tu surau di banggunan lelaki. AllahhuRabbi. Apelah cik abang tu semua buat agaknya?? agak mereka jemaah di masjid. Entahlah. Iyalah kan, semenjak mard lepaskan jawatan dalam PERKIM, agak terasa suasana kebersamaan dalam agama agak hilang. Oleh itu, ingat nak jadi ahli lelap dekat surau. Alih-alih, Allah pilih jadi Exco Aktiviti. Perancangan Allah lah tu. Cuma agak terkilan kerana, pada mulanya bacaan taqlim menjadi agenda utama pilihan mard selepas maghrib. Akibat ajk lain, takut jemaah boring kalau asyik baca kitab biru, mard cadangkan taqlim diselang selikan dengan halaqah quran atau mereka panggil tilawah. Dan, Allah takdirkan taqlim hanya dibuat 3 kali seminggu. Alhamdulillah. Atas permintaan ramai, dimasukkan juga sesi pengisian:). Xtahu doa hidayat sapa lah yang Allah dengar.
Mahasiswi yang mula turun ke surau, mula pandai biasakan diri dengan majlis taqlim. Alhamdulillah. Moga Allah bagi kekuatan untuk ahli ajk majlis surau istiqamah mengimarahkan surau maghrib ke isyak terutamanya. Aminn Ya Rabb. Mard dah ada kawan dan masyarakat baru. Tq Allah. Owh, walaupun mereka kebanyakan join usrah, mereka hormat perancangan mard, kerana mard juga amat hormat pandangan mereka dalam setiap hal. Bila dah tua ni, mard banyak senyum dari bertelagah. Alhamdulillah. Mard yakin, hati orang n hidayah, Allah yang pegang. Paling penting, buat orang suka dengan kita:) barulah Allah suka. Seorang muslim yang mencintai seorang muslim yang lain kerana Allah, itu kan menggembirakan Allah. Tq Allah. Oleh kerana hari ini, hari pertama mard buat pengisian, mard nak cerita apa yang mard kongsikan bersama mahasiswi yang hadir ke surau mo3 tercinta:). Tapi, next entry lah yea:). Jadual di bawah, masih dalam cubaan mard. Agak kalau sesiapa ada cadangan, meh la tambah ke, tolak ke. Tq:)
ISNIN | IFTAR | SOLT MGHRIB (MUNIRAH) | TILAWAH (SYURYANI) | PENGISIAN (NABILAH) | SOLT ISYAK (MARDHIAH) |
SELASA | SOLT MGHRIB (MUNIRAH) | TILAWAH (ANIYAH) | PENGISIAN (SYURYANI) | SOLT ISYAK (NABILAH) | |
RABU | SOLT MGHRIB (MARDHIAH) | TAQLIM (ANIYAH) | PENGISIAN (MUNIRAH) | SOLT ISYAK (SYURYANI) | |
KHAMIS | IFTAR | SOLT MGHRIB (SYURYANI) | YASIN (BERGILIR) | PENGISIAN (MARDHIAH) | SOLT ISYAK (ANIYAH) |
JUMAAT | SOLT MGHRIB (NABILAH) | TAQLIM (MARDHIAH) | PENGISIAN (ANIYAH) | SOLT ISYAK (MUNIRAH) | |
SABTU | SOLT MGHRIB (ANIYAH) | TILAWAH (MUNIRAH) | PENGISIAN (SYURYANI) | SOLT ISYAK (NABILAH) | |
AHAD | SOLT MGHRIB (MARDHIAH) | TAQLIM (NABILAH) | PENGISIAN (ANIYAH) | SOLT ISYAK (SYURYANI) |
Label:
~SSMO3~
Khamis, 5 Januari 2012
ucapan maaf ini ditujukan kepada dia, dia dan dia...
![]() |
mard menyesal. Dengan itu, minta maaf. |
Dengan hati y penuh rasa menyesal dan malu. Ucapan maaf ini ditujukan kepada
1. Dirinya, yang agaknya dikala ini, amat keliru, was-was dan sedih dengan tingkah laku, percakapan mard dan sebagainya :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.
2. Terhadap dirinya, dikala ini, sedang berbahagia bersama keluarga baru jauh di sana, atas percakapan dan penulisan dari mard, yang banyak mengenakan :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.
3. Juga kepada dia yang pernah mard jadikan tempat mengadu rahsia :) dan terlebih- lebih manjanya hingga mengundang murka orang ke 3 dan seterusnya :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.
4. Kepada si dia, yang selalu mard bersama tetapi masih mengata di belakang, kiri dan kanannya:(mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.
5. Kepada dia yang selalu mard komen penulisannya. Berbahas dan perli segala :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.
6. Kepada dia yang x begitu dikenali, tapi masih mard sakitkan hati :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.
7. Kepada dia juga selaku bayang-bayang yang setia, yang terpaksa bersama ketika jahatnya mard :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.
8. Juga kepada sesiapa sahaja yang terasa :( mard menyesal. Dengan itu, minta maaf.
Label:
~keputusan~
Langgan:
Catatan
(
Atom
)