Selasa, 29 Mac 2011

~FIQH~

Humm, Mard xtahulah apa y bakal mard tulis ni menunjukkan kecetekkan ilmu agama mard. Atau menunjukkan tahap kepeningan mard dalam bermazhab atau kecetekkan pengetahuan mard tentang usul fiqh atau apa sahaja.....Mard memang cetek ilmu agama dan mard berusaha overcome nya. InsyaAllah. Tupasal Mard perlukan suami  seseorang yang serba tahu ilmu agama ni....

Mard pergi join jemputan usrah seorang kakak. Fine. Mard tenang nak dgr curahan ilmu2 agama ni. Ilmu orang beb, dia tahu, awk xtahu, p la ambil.k.

1)Antara perkara y dibincangkan adalh nama kuna@kunyah atau samaran y menjadi sunnah nabi s.a.w katanya.
2)Cara mard qiam yang mengikut hadith doif.
3)Niat dgn cara lafaz y katanya boleh kalau mard x buat pun.
4)Kesepakatan ttg batal atau x air sembahyang bila suami isteri bersentuhan. Masuklah bab mazi,wadi dll.
5)Nama-nama rujukan ustaz, kitab y katanya mard boleh rujuk ketika melakukan pembelian bahan2 agama ni.

Banyaknya y mard belajar. Tapi mard terfikir juga, macam qiam mard y dikatakan mengikut hadith doif. Habis mard dah semacam dah meragukan pulak amalan mard selama lebih 21 tahun ni kn.

Nampaknya mard betul2 kena ambil kelas usul Fiqh agaknya ni. Mard kena ada seseorang y guide mard bebetul. Pening kepala ni, bila baca kitab tu lain, kitab ni lain. Pendapat tu lain, ni lain. Mard jd pening dan was2.

Memamng la Fiqh berkaitan kefahaman. Tapi bagi mard ia penting dalam nak memahamkan amalan seharian mard berkenaan amalan fardhu ni. Bagi mard yakin. Bagi mard faham mard punya takhrij(kedudukan). Demi nak jaga sebuah akidah(ikatan dgn Allah)

Seperti biasa, balik, mard selongkar kitab-kitab mard, cari dalil(bukti). Xkisah Quran atau Hadith. Paham lah kalau mard dh start mencari. Xtidoq malam pun, mard dh xpeduli. Mard xnk bagi keliru. Mard nak semuanya mesti nmpak hanif(lurus).

Semua ni berkaitan dgn takwa(takut)mard pada Allah. Bukan senang mard nk dgr masuk terus dalam pale otak. Dok. Kadang-kadang rasa nak nangis, bila mard jadi keliru dgn perkara libatkan fiqh(kefahaman) ni. Bila mard makin cari, makin mard terkeliru dan xnampak mana ijtihad(kesepakatannya)ulama y mard nak tengok tu, ada. Terfikir,boleh ke mard campur dalam bermazhab. Bab ni ikut mazhab ni, bab tu ikut mazhab yang ni. Mard ikut y paling memudahkan. Salah ke ha? Mard jadi keliru laa..

lemahkan mard? ilmu agama mard memang la....Allah, minta dicampakkan hidayahnya barang sedikit, barang sekelumit. Kasihan aku Ya Allah.(sambil membaling catatan nota semalam pada timbunan kitab-kitab kesayangan).

(",)mard okey ja.

Khamis, 24 Mac 2011

~mukadimmah cintanya~

 mukadimmah cintanya membuat,
aku merenung langit malam,
mengira bintang-bintang,menunggu munculan awan,
melayan sunyi tenang suasana malam.

mukadimmah cintanya mengingatkan aku,
pada pengislahan harian,
pada amalan untuk berdiri seiringan,
pada redha permainan Tuhan.

pukulan mukadimmah cintanya adalah rasa,
sapaan berlapisnya adalah rasa,
hasilnya adalah rahsia,
kerana mukadimmah cintanya begitu dijaga.

berminggu,berbulan,bertahun,berkurun dan berselamanya,
takdirNya itu adalah nyata,rahsia,
tetapi mukadimmah cintanya telah bercambah rela,
lalu lahir pengharapan dari rasa seorang hamba.

kepada Dzat yang menyimpan jutaan rasa,
yang mengilhamkan mukadimmah cinta seorang hamba,
yang memakbulkan segala pengharapan,
kepada Engkau aku meletakkan keyakinan,
sepenuh pengharapan,
sepenuh upaya harapan,
sebenar-benar harapan,
peliharalah rasa y bercambah dari mukadimmah cintanya,
tolong biarkan ia terus bercambah didalam hak redhaMu,
demi sebuah syurga yang bernama Firdaus.

Aminn Ya Rabb,Aminn Ya Rabbal Alamin...
24/3/2011
4.03 a.m

Isnin, 7 Mac 2011

Kenakalan y comel(",)bagiku...

Salam semua sekali…….sihat?solat?makan?....dll….(“,)


Kebelakangan ni,mard dgr banyak crita zaman kanak-kanak dari raaaaamai orang,ada y mard xingat dari siapa,tapi,mard ingat apa kenakalan yang dilakukan waktu kecil mereka…..mereka-mereka ini namanya dirahsiakan…Hiiii….Kenakalan masa kecil tidak dihisab bukan?ke mard dh salah…….baiklah…..ini dia senarai kenakalan tercomel yang pernah mard dengar,baca,dan ingat……..


NOMBOR 1!

                                                   
Ada kanak-kanak lelaki yang menangkap anak ayam dan memasukkan ke dalam lubang..kemudian,ank ayam ditutup dgn tin.Sengaja dia berbuat di hadapan mak ayam tu…Aimnya adalah untuk dikejar mak ayam……kerana dia nak main kejar-kejar..dia xpunya kawan….hihihihi

NOMBOR 2!




Ada seorang kanak-kanak lelaki juga yang telah mengupas telur ayam hidup2…dan katanya dia nampak bby ayam tu….dia takut dan bungkus dengan tisu…..katanya dgn harapan ayam tu x mati…ahahaha


NOMBOR 3!




Ada seorang kanak-kanak perempuan yang telah memecahkan cengkerang siput babi.Asbabnya dia risau tgok siput bawak beban berat.Oleh kerana takut selepas meretakkan cengkerang si siput,kanak-kanak itu,mencurah minyak gamat ats badan siput.Katanya “bila sakit,dia nampak abahnya sapu minyak gamat”..aishhh

NOMBOR 4!




Ada Kanak-kanak perempuan juga,telah melepaskan berudu dalam kuantiti sepelastik merah tu ke dalam kolam ikan sekolah.Dia xtahu pun perbuatan tu salah,sampailah lahirnya banyak katak dari kolam dan menyebabkan guru mengamuk…..katanya,”ingat tu bby ikan keli”uitttttt…..

NOMBOR 5!




Ada kanak-kanak lelaki yang telah memecahkan cermin rumahnya,serpihan kaca,dicampak dalam tangki flush toilet rumahnya….siap ditaburkan dengan milo bagi familynya x nampak kaca y disembunyikan…..bijak…bijak…

NOMBOR 6


Seorang ibu yang sibuk menguli tepung untuk dibuat pau,terkejut sbb tgok doh pau yang dibiarkan kembang hilang satu demi satu.....rupa-rupanya,anak lelakinya yang berusia 4tahun gemar makan doh yang masih mentah tu...baby boy ni menyorok bawah meja,tangan je yang keluar ambil doh di dalam dulang.....comelnya dia.....


Apa semua pengunjung juga pernah melakukan kenakalan??(",)SHARE LA PLEASE...(",)
Ada orang kata,"kanak-kanak tadika pun ada masalah"
mard akn update entry ni jika mard dgr pasal zmn kanak-kanak y lain(",)comelnya mereka...
(",)

Sabtu, 5 Mac 2011

Derita itu teman manusia.Bahagia itu menipu daya

Rindunya pada abah........sesak hati diah diuji badai dunia duhai abah.....maha berat ujiannya......lagi best kena zihin dgn abah...."biar bernyawa hati ni..jiwa ni kembali"........
Indahnya,jika semua saling merelakan
Bahagia itu,bukan hak tetapi pinjaman
kadang-kala,semuanya nampak sempurna dan membahagiakan
dalamnya,Allahhuakhbar....Allah Maha Mengetahui
sesetengah perkara,sulit diucap,tetapi senang dizahirkan
sesetengah perkara pula,tidak dipandang padahal ia amat memukau
katanya"aku mencintai Allah,Rasul dan semua yang ada di sekelilingku".Apa buktinya?
Katanya,"InsyaAllah,aku adunan wanita solehah,dan aku ingin ke arahnya"Habis perlu apa semua "perhiasan"?
Allah,berat aku tika diujiMu,pastilah kerana aku bukan boneka tetapi khalifah yang diciptakan
Hati berat dan sakit.Untuk apa?kesalahan sendiri kerana melupakanNya
Kadang kala,memandang yang lebih sempurna adalah menyakitkan
Tiada gunanya,kerana engkau adalah dengan amalan kau....terus berlari mengejar...
Menyaksikan persembahan perbincangan berkisar agama...dari mana datangnya hati yang berbisik "cantiknya laki","indahnya perempuan"....panahan syaitan.
semua di sekeliling adalah make-up tipu daya
sering kali semua jatuh xbermaya.."aku bencikan dunia"......syaitan bersorak gembira
senyum.katanya sebagai ubat hati yang resah.Padahal racun tajam y memusnah..diri...
bunga yang berkembang terlihat indah di pandangan mata..padahal sekelip mata ia layu kehitaman
betapa aku sering diresahkan...haruslah,engkau selalu dambakan kebahagiaan dunia.Kau kan manusia?
sebatang balak dirasakan keras memudharatkan,tumbang digergaji yang jauh lebih kecil darinya
engkau,engkau dan engkau tidak ku kata kuat imannya..kerana Allah juga yang mencampak hidayah dan menarik hidayah
aku lebih sempurna dengan amalan harianku,hati penuh perasaan prasangka
percakapannya adalah dusta,perbuatannya mengundang nestapa.Lelapkan mata.
sebuah kepercayaan ibarat darah dalam badan.....tolong jgn dicemari
nanti ia merosak badan....merosak seluruh sistem badan....mati.
"tiga pemusnah(amalan),kebakhilan yang ditaati,hawa nafsu yang diikuti,dan berasa agung dan hebat dengan diri"-Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabrani,Hadis Hasan:Albani

Kamu adalah kamu,aku adalah aku.Amalan kita berbeza.Kubur juga berbeza.Boleh saja kita jgn bersua dan hidup dengan masing-masing punya usaha.
Tidak,kerana,aku ingin menuju dan menjadi "Ikhwan Fayadh"