Rabu, 13 Mac 2013



 Dear my Blog,


I just can't hang up with you right now, because you are no longer be my interest anymore. I'm just a little bit busy. I have many children to look after. Here’s no easy way to put this so I’ll just come right out with it. I’m leaving you. It’s been great (mostly) but it’s over. For now, i choose to leave. Don't you worry about me. I'll be safe. Then, good bye.


                                                                                                                                                                                                  
                                                                                        Owner,
                                                                                         HBD

Jumaat, 18 Januari 2013

Takut Kehilangan atau Takut Meninggalkan?


Alhamdulillah, tamat paper terakhir Mard sepanjang bergelar student di USM. Peperiksaan terakhir Mard sebagai seorang mahasiswi. Dan, malam ni, malam terakhir Mard bersama rakan sebilik yang baru Mard kenal 1 semester, dalam 4 bulan setengah. Semester depan, dia akan praktikal sebagai akauntan di Johor, dan Mard praktikal sekolah di Pineng. Dan esok, Mard akan bertolak pulang ke kampung, maksudnya, Mard akan meninggalkan dia, dan kemungkinan besar tidak akan jumpa lagi. Sebab tu, Mard x nak tidur, walau pun dah lewat. Mard sayang nak habiskan malam ni, sebab bila Mard tidur, maksudnya, hari Mard bersama dia dah berakhir. Mard xnak masa tu terjadi. Mard nak, kalau terpaksa berpisah, biar org yang tinggalkan Mard. Baru Mard x sedih. Padahal, bila dikenang kembali, awal-awal Mard berjumpa dia sebab ditempatkan satu bilik, MasyaAllah, Mard makan hati berulam jantung. X tahu kenapa, masa berganti masa, semua perasaan tu bertukar jadi istimewa. Mard nampak banyak kebaikkan dia dan Mard belajar banyak perkara dari dia. Paling penting, Mard belajar bersabar. Mard harap, dia pun belajar sesuatu dari perkenalan kami berdua. Malam ni, Mard dah siap packing barang, saja Mard tengok dia kehulur kehilir kemas barang sebab esok pun dia nak balik ke Johor. Sambil mulut dia membebel sebab xtahu nak simpan atau buang banyak barang yang dia dah kumpul selama ni. Mard layan je perangainya. Kalau dulu, dengar suara dia pun Mard boleh hilang mood. Sekarang, dengar suara dia, Mard rasa nak gelak ja. Rasa hilang stress. 

Bila ingat balik, rasa sedih pun ye jugak, tengok dia. Xsangka dulu Mard boleh x suka dia. Nasib Allah bagi peluang Mard sempat rasa manis ukhwah masa bersama dia. Tidak lah Mard terkilan sangat sebab awal-awal dulu Mard buat jahat dekat dia. Balas membalas sampai dua-dua x larat nak balas lagi. Haha. Kenangan. Dia selalu marah Mard bila gaduh, katanya "xpadan dengan lembiknya" , "Cikgu dah start membebel" , "Agak memang cikgu suka melawa erkk" atau dia selalu sorokkan sebelah kasut Mard. Lepas tu buat-buat diam je. Saja nak naikkan darah tinggi Mard, Mard pun bukan baik sangat, balas la, "Muka tu berkerut sbb selalu pikir duit ke cik akauntan" xpun, Mard kunci pintu bilik bila dia tengah mandi, lps tu buat-buat tidur. Jadi, dia x dapat masuk bilik. Jahat gila Mard. Tak sangka. Pernah je, Mard lempar kasut dia dari tingkat 7 melayang ke bawah. Lepas tu, Mard pergi ambil balik sebab tengok dia dah macam singa lapar. Punyalah bebat kami berdua awal-awal kenal. Mard x tahu, kalau dia tahu yang sekarang Mard seronok kawan dengan dia. Nak cakap minta maaf, Mard segan, x cakap, entahlah, harap sangat dia dapat yang terbaik dalam hidup. Paling Mard ingat ayat dia, selalu cakap, "aku x boleh hidup kalau x ada air". Dia boleh minum 3 botol 1.5 L sehari. Haha. Mard pula 1 botol ambil masa seminggu nak habiskan. Senget. Mard mesti akan rindu dia. Moga Allah selalu selamatkan diri dia dari bahaya sebab dia jenis yang adventure. Amin Ya Rabb.

xxx, Mard minta maaf na...

Selasa, 4 Disember 2012

Unknown Feeling



I was charmed by the unknown feeling
When I was walking
At the alley of bloom park
And thinking about you

It made me run towards wind
Close my heart with warm
Open my eyes with smiles
Until it reaches my soul

What you do to me
I think I fell with curse
Beautiful curse of world
I could stay with that forever

And,
Share the same heart
The heart of
Unknown Feeling

  By,
Me
4/7/2012/10.12 pm

Ahad, 4 November 2012

Parut....

Teringat semasa raya Aidilfitri lepas di N. Sembilan, masa saya tengah serius "mixer" bahan untuk membuat kek coklat double, saya telah digigit lipan di pinggang. Maka, gegak gempita rumah sebab jeritan saya. Abah dengan mak lang pun tergesa-gesa bawa saya ke klinik swasta berdekatan dekat pekan Gemas. Adalah 15 minit perjalanan menaiki kereta. Kebetulannya, cuti raya tersebut, kad pengenalan dan matrix kad saya tertinggal di dalam stor barangan saya di Pineng. Masa tu, rasanya dalam pukul 11 ke 12 malam, kami sampai di klinik tersebut. Saya hanya nak dapatkan suntikkan antibisa. Malangnya klinik sudah hampir mahu ditutup. Dipendekkan cerita, berlaku adegan pergaduhan antara saya dengan staff di klinik tersebut. WEKKKKK. Asbabnya, dia marah saya tak bawak kad pengenalan. Saya pula marah sebab dia tidak tahu bersopan dengan saya. Yang hairannya, saya minta dia tanya doktor sama ada, masih boleh memberikan saya rawatan,tapi dia mula tunjuk aksi-aksi yang buatkan saya hilang sabar. xxxxxxxxAdegan tersebut dipotongxxxxxxx Geram punya pasal, saya ajak abah balik tanpa mendapatkan suntikan tersebut. Marah sangat sampai hilang semua sakit akibat kesan gigitan. Akibatnya, berparutlah kesan gigitan tersebut sampai sekarang. Bila saya lihat atau nampak parut tersebut, dua benda saya selalu terfikir.

1. Saya rasa menyesal sebab melakukan adegan ganas tersebut terhadap staf berkenaan. Kalaulah saya boleh bersabar sedikit waktu itu. Tak sangka itu saya!

2. Saya rasa bangga kerana telah mempertahankan diri, perasaan, dan jiwa saya dari rasa ditindas oleh staff tersebut<3 p="p">

Kalaulah, saya berdiam diri, staff tersebut tidak akan kenal "ruas" nya. Saya nak dia faham, saya sakit. Saya kesakitan dan perlukan sedikit pertolongan. Dan yang paling penting, saya BAYAR okey. Bukannya minta free.

Lagi, saya belajar, apabila marah menguasai diri, memang kita akan hilang pertimbangan. Jadi, jangan hairanlah, kalau kita dengar, orang bunuh orang, tetak sana, takik sini. Mereka hilang pertimbangan. MasyaAllah, sifat syaitan. Saya tidak mahu menjadi sekutu syaitan. Nauzubillah.

Dan, akibat parut tersebut, saya selalu tersenyum dan kata dalam hati "SAYA KUAT"  ;)

Isnin, 15 Oktober 2012

i'am just not happy

Dulu, Mard selalu fikir, kenapa ada pasangan yang kahwin sama cantik, sama padan dan nampak bahagia, tetapi akhirnya bercerai berai. Kenapa dulu, Mard nampak tempat member kerja best je, tapi dia berhenti, kenapa ramai orang kita nampak lepaskan benda yang mereka dah miliki, yang benda tu, kita masih sedang berusaha miliki. Contohnya, cinta, kerjaya dan lain-lain. Jika kita tanya mereka, pasti banyak alasan yang akan diberikan. 1001 macam sebab. Tapi, jawapan yang sebenarnya, satu sahaja. Jawapannya. " i'am just not happy ". Kita semua ada hati yang amat refleks perasaan kita. Dan perasaan adalah sesuatu yang kita tidak boleh tipu. Terutama kepada diri sendiri. Kita akan nangis, kalau perasaan kita sedang sedih. Kita akan senyum jika perasaan kita sedang happy. Kita mungkin boleh sembunyikan perasaan tu dari orang lain. Tapi, bukan dari diri kita sendiri. That is the rule.

Semalam Doc Akbar tegur Mard.

Doc: "Senyum sikit, Mard sebelum panggil pesakit masuk bilik"

Dia ulang perkataan tu sebanyak lebih tujuh kali pada Mard

Persoalannya, kenapa Mard x senyum semalam?

Bila doc tanya masa nak balik, "What is the problem Mard?"

....................Quiet...................

I just coudn't reply. I am searching for the proper reason.


Dalam hati ," Ada sebabnya doc....but.."I'am just not happy" 

......................Quiet......................

Doc: Ok Mard, lets go home


p/s: Mard kerja part time di klinik panel USM, Doc Akhbar.

Selasa, 25 September 2012

Loving Couple till death:)

Sabtu lepas, Mard terlibat dalam satu Program Sukarelawan USM, untuk membantu jemaah haji. Kiranya, dari pagi mendaftar diri dekat tabung haji, cawangan Pineng sampailah mereka menaiki kapal terbang dekat airport Bayan Lepas. Jadi, adalah dalam 300 lebih jemaah haji yang Mard khidmat. MasyaAllah, hampir kesemua yang Mard tanya usia dalam lingkungan 50 ke 60 lebih. Kira Mard khidmat dari pagi sampai petang. Kerja Mard dari pagi, menyambut jemaah yang sampai dari rumah, angkat beg dan bagasi mereka, tag beg, tolong daftarkan mereka, dan bawa mereka ke bilik hotel masing-masing. MasyaAllah, agak mencabar. Sepanjang Mard bersama jemaah by individu ni, Mard sempat tanya, rumah di mana, umur berapa, pergi sendiri ke berteman, dan akhir sekali, Mard minta mereka doakan Mard:P

Yang Mard nak cerita ni, pasal sepasang suami isteri yang amat penyanyang. Mard agak mereka dalam 60 lebih. Masa Mard tolong angkat beg mereka, Mard tengok pak cik ni very protective, dia perhatikan je isterinya berjalan dalam ramai-ramai jemaah yang kalut check barang dan kelengkapan masing-masing. Dia pun very gentlemen sebabnya, dia suruh Mard angkat yang ringan-ringan ja, lepas tu, beg isterinya, langsung semua pak cik ni yang nak angkat. Mard tengok je gelagat mereka. Sebab masa tu pagi, cuaca agak sejuk, so suami ni tolong pakaikan kot labuh untuk isteri dia. Padahal, dia sendiri kat badan punyalah banyak beg nak uruskan. Mard tengok rasa nak nangis. Rupanya, ada juga cinta yang betul-betul betul sejati macam ni dalam dunia ni. Mard ingat, cerita macam tu boleh baca dalam novel atau tengok dalam drama ja. Dapatlah Mard bayangkan, macam mana agaknya mereka di waktu muda, bersama besarkan anak-anak, dan akhirnya dapat pergi haji bersama. Mard tengok, pak cik ni, amatlah good looking. Jelas, nampak kat muka wife dia yang mereka ni bahagia, romantik dan excited nak p haji. Mak cik ni pula, lemah lembut dan nampak taat. Senyum ja Mard tengok.

Lepas habis Mard angkat barang mereka, dan minta diri nak pergi tolong jemaah yang lain, pak cik ni datang, dan bagi Mard satu goody bag. Dalam tu punyalah penuh barang-barang. Rasa Mard, tu beg yang tabung haji bagi setiap jemaah yang nak pergi haji. Mula-mula Mard tolak. Sebabnya, Mard takut ada barang yang penting kat dalam tu, tapi pak cik tu cakap begini, "pak cik rasa, beg ni dah lebih satu, sebab dia bagi kami dua, kita, satu pun cukup kan?" pak cik tanya wife dia. Wife dia senyum je, then angguk-angguk. Allahhuakhbar, kenapalah mereka ni romantik sangat, sampai barang-barang keperluan di sana pun mereka nak share. Berat betul hati Mard nak ambil beg tu.


Sambung.

Sabtu, 15 September 2012

Jannatul Ma'waa


Setelah Allah swt menciptakan Jibrail as, Jibrail as bertanya kepada Allah swt. ‘Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.’ Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. ‘Tidak’
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.’
Kemudian Jibrail as berkata: ‘Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?’
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. ‘Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…’
Subahanallah, marilah sama-sama kita merenung, adakah kita umat lemah yang dikatakan Allah kepada Jibrail? Lihatlah betapa sayang dan Maha Pengampun Allah swt kepada kita, umat  akhir zaman. Marilah kita merebut peluang yang masih ada untuk beramal sebagai bekalan di akhirat.
Mati adalah syarat menuju cinta abadi. Jannatul Ma'waa. Amin Ya Rabb.