Rose Oil ini datang dari bunga ros yang bukan saja cantik dan wangi namun punya khasiat yang rare, lagi hebat membantu insan secara emosi dan fizikal |
Alhamdulillah pada petang 12 DISEMBER 2016 yang lepas, saya berkesempatan menghadiri Essential Oil for Family Wellness sharing yang dikendalikan oleh jiran saya Kak Imah dan tuan rumah, Nani. Saya semangat nak datang sebab suka berkumpul dengan jiran dan sebab ada special guest iaitu Teacher Watie (Norhidawati Abdul Aziz).. Saya dah lama follow teacher watie untuk mengenali essential oil (EO),mengikuti cerita beliau yang sampai ke ladang lavender dan ladang Young Living di USA sana.. saya juga berniat untuk menjadi pengguna tetap dan jadi ahli Young Living satu hari nanti insyaALLAH!
Apakah essential oil itu...?
Bahasa mudah yang saya faham, EO adalah cecair terbaik dari satu tumbuhan, pelindung untuk sesuatu tumbuhan dalam masa yang sama - ada khasiat tersendiri untuk penyembuhan fizikal, mental dan emosi manusia. dan Young Living adalah syarikat yang mengeluarkan EO dengan gred terapi yang paling baik. Saya syukur dan gembira mendengar sharing teacher Watie yang banyak input dan dapat merasa minyak-minyak yang banyak berkualiti dalam bagasi teacher watie (dan sangat mahal itu). :D
Semasa akhir majlis itu, teacher watie bagi kami titisan ros yang amat berharga dilarutkan dengan sebotol air bertapis. Untuk 15 ml botol kecil itu harganya lebih RM seribu . Saya malu pula sebab awalnya saya nak try sikit saja akhirnya teacher watie bagi banyak titisan untuk kami semua yang hadir... moga ALLAH merahmati mu teacher watie..!
Satu hari saya rasa down, sedih dan hati gundah gulana- saya memujuk hati bangun solat dan ketika mahu mandi, saya terfikir nak guna rose water yang dapat dari teacher watie. saya sangat bersyukur bila basuh rambut dan wajah dengan rose oil yang asli ini, rasa nikmat segar dan harum yang luar biasa. Rasa pergi semua energi negatif saya.. Subhanallah Amazing..! Syukur alhamdulillah ALLAH izinkan molekul molekul halus minyak ini menyegarkan tubuh dan perasaan saya selepas menggunakannya.. tak ada perkataan untuk menggambarkan..
saya sebelum ini skeptikal juga dengan mandi bunga dan bahan bahan sebegini tapi kini saya dah mula research pasal mandi bunga, pasal bahan bahan spa dan kehebatan jenis jenis bunga ALLAH jadikan sebab impak semangkuk ros yang saya guna hihi.. baru saya faham orang-orang tua dulu suruh mandi bunga 7 jenis, mandi limau etc etc memang ia amalan berasas sebab memang pada bunga dan buah asli itu ada bahan yang berkhasiat sangat untuk tubuh.. (cuma boleh jadi khurafat kalau tak meletakkan ALLAH sebagai Penyembuh. Hanya ALLAH Pemberi Kesihatan dan ketenangan... EO dan bunga etc hanya wasilah penyembuhan)
sayangggg sangat nak guna rose water dari Teacher watie , tapi kena gunalah kan baru bermanfaat dan berbaloi untuk harga yang dibayar..
saya akan jadi ahli Young Living bila ada bajet, sebab saya nak gunakannya sepanjang masa seumur hidup..! doakan saya ..nanti saya share lagi kebaikan EO dengan kalian yang baru nak kenal EO macam saya...! :)
Teacher Watie titis berhati hati...kena sukat betul betul titisan berharga ini..! |
Perkongsian yang sangat bagus mengajak kami menggunakan bahan tanpa chemicals untuk rutin penjagaan harian, rumah dan tubuh badan! |
Thank you teacher watie..! |
Thank you nani dan kak imah sebagai host...!