| Poligami Atas Nama Takdir |
Dua hari lepas semasa di dalam usrah, seorang sahabat saya berkongsi dengan teman-teman usrah yang lain tentang jalan cerita kisah poligami yang Allah hadirkan dalam hidup kami. Sahabat itu isteri kedua juga seperti saya.
Ketika masih bujang lama dulu, saya meminta pandangan sahabat itu tentang situasi saya untuk menjadi isteri kedua. Sebagai sahabat yang baik, dia agak berat untuk menyokong atas sebab-sebab yang diberikan kepada saya.. lagi 2 sahabat rapat kami juga tidak bersetuju saya menerima bakal suami saya dan melangkah ke alam poligami atas pandangan masing - masing.
Saya sangat hormati dan hargai pandangan mereka itu, kerana kebimbangan mereka itulah yang menjadikan saya mencari ilmu poligami, serta menguatkan sandaran kepada Allah yang maha memberi kekuatan dan pertolongan. Saya tahu mereka turut mendoakan yang terbaik. Saya juga bimbang dan berdebar dengan keputusan menjadi isteri kedua.
Namun siapa menyangka, pengetahuan kita tentang masa depan sangat terbatas.
Dua orang sahabat saya itu yang monogami dulunya, kini juga telah berada di alam poligami sebagai isteri kedua. (Bercerai hidup dengan pasangan masing-masing kemudian bertemu jodoh lagi)
Moga Allah memberikan keberkahan berpanjangan pada keluarga poligami yang baru mereka bina. <3 p="">Poinnya ialah,
<3 p="">
1. Kita akan perlu membuat keputusan besar dan penting dalam hidup seperti jodoh. Kita akan berfikir dan berdoa memohon petunjuk Allah. Kita akan membincangkan dengan orang yang amanah dan berilmu serta keluarga dan sahabat terdekat di hati. Rasa bimbang. Tidak yakin.
"Bagaimana kalau nanti...??" Kalau begitu. Kalau begini.
Macam -macam bermain di fikiran. Namun, bertekadlah dengan keputusan yang dibuat dan bertawakkal lah kepada Allah. Serahkan jiwa dan hidup seluruhnya kepada Tuhan, bismillah. Dan berkongsilah kehidupan dengan pasangan.
<3 p="">
2. Apa yang ditakdirkan jadi dalam hidup kita, pasti akan terjadi. Allah's plan is always better than our dream. Seluruh takdir Allah adalah baik untuk kita walau dulunya sukar memahami.
<3 p="">
Sebelum dilamar suami sekarang, dua kali proses saya ke arah pernikahan tak jadi. Saya menangis dan hati rasa berderai tika itu. Rasa tak nak kahwin dah.. sedikit putus asa. Mereka yang melalui sangat memahami kan..
Saya dulunya nak kahwin lelaki bujang, sama lah macam wanita lain yang tak mahu berkongsi..hehe ayat typical ek?
<3 p="">
Yelah.. ada yang cakap, " awak tak payah cakap pasal takdir kalau awak tak usaha carik yang bujang.." huhu dia ingat saya macam dia agaknya, bersusun lamaran datang untuk dia dari lelaki bujang sampai dia tak tahu nak pilih yang mana satu.. bukan semua orang diberi kemewahan *dilamar lelaki bujang*
Namun rupanya Allah memang nak bagi yang baik dan terbaik untuk saya. Di alam poligami. Alhamdulillah.
<3 p="">
Saya tak pernah tahu apa akan jadi di masa depan. Saya tak tahu dan langsung tak boleh jamin perkahwinan poligami saya ini akan bertahan sampai bila, seperti mana 2 sahabat saya tadi yang dah memilih yang terbaik sewaktu berkahwin kali pertama namun Allah uji dengan perpisahan.
<3 p="">
Saya syukuri tahun tahun penuh kebaikan dan cabaran yang telah berlalu, hari ini datang lagi untuk perbaiki diri dan moga Allah merahmati suami dan madu-madu saya atas perkongsian hidup ini - moga berpanjangan selamanya
<3 p=""><3 p="">
<3 p=""><3 p="">Sangat benar, takdir Allah bukan untuk melemahkan diri ini, bukan untuk duduk pasrah tanpa usaha namun takdir Allah yang indah itu adalah untuk menguatkan jiwa agar saya berusaha yang terbaik dan menyerahkan seluruh pengharapan pada Tuhan yang amat menyayangi diri ini dan kita semua.
Tiada yang mustahil di sisi Allah, maka usah lah kita terlalu gembira dengan nikmat hari ini dan usah terlalu sedih kerana duka dan bahagia pasti Allah silih gantikan dalam hidup sementara ini.. (rujuk ayat Quran di bawah )
<3 p="">
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang hilang dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu…” (Surah Al Hadid: 22-23 )