kalau dekat oversea ada winter, summer, spring dengan autumn.
dekat malaysia ada musim panas dengan musim tengkujuh.
dekat UPM ada musim buah-buahan. hoho!
musim buah-buahan dekat UPM ni pelik sikit. sebelum ni, aku rasa last musim buah, masa aku asasi dulu. dalam dua tahun kemudian, maknanya sekarang, baru lah berbuah balik. memang la imited edition buah kat sini.
kalau duduk dekat kolej kediaman UPM, seriously kadang-kadang aku rasa macam dekat kampung. depan kolej ada durian dengan langsat, tepi kolej ade rambutan dengan pulasan, jalan depan sikit ada cempedak dengan manggis. semuanya tengah masak ranum pulak tu. kalau dah jalan-jalan dekat depan pokok-pokok tu tiap-tiap hari, maunye tak teringin. meleleh air liur wei.
durian depan kolej aku ni, aku dah tunggu dari dia putik sampai la dia masak gedebuk-gedebuk tiap-tiap hari depan kolej aku. kalau dengar bunyi dia jatuh je, rasa macam nak lari pergi sambut buah tu.
tapi malangnya, buah-buahan dekat UPM ni tak boleh diambi dan dipetik sesuka hati. siap berpagar lagi. kalau tak memang pesta buah-buahan la student UPM. tambah budak kolej aku, maunye berkampung dekat dalam dusun tu.
so, kalau dah buah siri terhad macam tu lagi la student ni tertunggu-tunggu bila boleh rasa. termasuklah aku.
kalau durian memang tunggu tepi pagar je la. nasib la dahan yang terjulur keluar pagar dusun tu memang penuh dengan durian. sebab tu kalau staff UPM nak potong dahan yang terjulur keluar tu student UPM macam nak mengamuk je. dahan kesayangan student tu...
buah lain, tak de cara lain, antara pergi mintak dekat staff yang jaga dusun atau pergi beli, atau...
yang ni jangan buat, pergi curi.
ada orang kata, kalau nampak buah-buahan dekat UPM ni, tapi tak ambik, bodoh sekali, tapi kalau ambik lepas tu kena tangkap, bodoh dua kali. ada sesiapa terasa?
jadinya, aku sebagai student yang UPM yang bijak pandai ni, memang la selalu try nak rasa sebijik dua buah-buah yang ada dekat UPM ni. kalau tak bila lagi aku nak rasa? musim dah la dua tahun sekali. kalau nak tunggu musim lain, dah nak grad nanti la baru rasa.
ala... aku ambik memang niat nak rasa je... betul. tapi kalau dapat lebih dari rasa tu, alhamdulillah. rezeki...
setakat ni buah yang aku dah rasa, rambutan, durian, cempedak dengan manggis. dan semuanya sangat lah enak sekali.
tak pe, tengok dulu gambar-gambar ni dan telan air liur anda.
nampak tak semangatnya kitorang bila jumpa durian tepi pagar? baju tak sempat salin, pergi makan sorok-sorok takot orang teringin, beg tak sempat tanggal, makan pon tak jumpa kerusi. aku rasa, semua orang akan jadi macam tak senonoh kalau jumpa durian UPM. sedap wooo!!!
yang ni senonoh sikit sebab dia tak gelojoh macam aku. huhu.
makan dengan penuh perasaan terharu. berjaya merasa durian UPM setelah dua tahun lalu rasa durian yang gugur di tepi pagar.
sebenarnya nak dapat durian tepi pagar ni pon ikut nasib la, siapa yang rajin lalu tepi pagar macam aku, dapat la rasa. siapa tak rajin, kena la cari alternatif lain kalau nak rasa jugak...
nampak macam besar, tapi sebenarnya, besar sikit dari tapak tangan je saiznye.
nampak wajah gembira kami?
ingin tahu rahsianya?
jawapannya...
ini!
first time aku jumpa orang kerat durian bersegi-segi macam ni. amatur. biasalah...
yang menunggu...
yang berusaha...
hasilnya....
kalau nak tau saiz sebenar durian ni, compare kan dengan tangan yang pegang pisau tu. mana lagi besar.
bayangkan besar tu dikongsi 6 orang... nasib baik ini second time aku rasa...
ni masa kitorang picnic dekat tepi tasik UPM, tu yang ada plastik domino's dekat gambar tu. syokkan UPM, sambil berkelah, boleh menikmati buah-buahan tempatan.
next,
ni pulak cempedak, untuk yang tak boleh beza cempedak dengan nangka.
wajah gembira insan yang memang teringin makan cempedak sejak beberapa minggu yang lalu.
sorry gambar tak clear sebab tangan vibrate kerana sedang enak mengunyah cempedak. nomnomnom...
ni insan yang jugak teringin cempedak dari beberapa minggu yang lalu.
dah lalu depan pokok ni setiap kali pergi reban, memang la teringin sangat nak rasa barang seketul. sekali dapat, wowowo... berketul-ketul!!!
enak sungguh cempedak ini.
cara aku dengan kengkawan ambik cempedak ni memang totally pro. wuwuwu. bangga sendiri.
tapi tak boleh ajar sebab elok-elok aku ambik cempedak sebab nak rasa, kalau ajar, esok terus hilang semua cempedak-cempedak yang ada kat pokok tu. mana bole...
gambar manggis dengan rambutan tak dapat diambil sebab tak sempat nak tangkap gambar semua buah dah berjaya ditelan.
buah-buah yang lain masih dalam perancangan. semoga kami dapat rasa semua buah sementara stok masih ada.
untuk adik-adik yang baru lepas SPM, selamat bercuti. kalau tengah fikir lagi nak masuk IPTA mana, dan teringin pengalaman macam akak ni, silalah pilih UPM sebagai pilihan masa isi borang tu ye. serious, tak rugi masuk UPM kalau dapat rasa semua kelebihan-kelebihan kat sini. syok....