viva la vida!!!
tidak dapat ditonjolkan betapa excited nya perasaan ini. huhahuha...
oleh sebab terlampau excited, lepas exam tadi, aku dengan member terus je pergi The Mines untuk mencuba nasib dekat kaunter TGV cinema sebab nak jugak tengok Sekali Lagi. ikutkan, dekat showtime dekat website tgv tak de filem tu, tapi tadi ada pulak.
review aku,
ini pelakon terhebat abad ini. serius, budak cute miut ni berlakon real gila... mungkin sebab dia dah biasa dengan Lisa.
tapi dia memang hebat la... dalam filem ni, Lisa menangis pon tak keluar air mata, tapi budak ni menangis pon macam lepas kena cubit-cubit dengan orang ramai. real! Bravo Mia!!!!
mereka comel. tapi yang aku suka sangat sangat dengan filem ni ialah sebab kita tak kan sangka jalan cerita dia macam tu. lain gila dari cerita yang ada dekat preview. Sekali Lagi bravo!!! serius editor hebat gila nak mati twist filem ni dalam preview. and result, seriously unexpected.
first time dalam hidup aku pergi tengok filem melayu berturut-turut. last and first aku tengok, Histeria. serius menyesal. terbaru KL Gangster, hebat! diikuti dengan Rasuk, macam aku cakap sebelum ni, so-so, and now, Sekali Lagi. real good.
first time jugak, aku tak komen apa-apa masa tengok filem Melayu dalam panggung sebab storyline filem ni sangat bagus. huh, bukan senang aku nak puji filem Melayu wei...
lagi satu, part sedih memang sedih la... merata-rata jugak la aku dengar sok sek sok sek orang menangis tadi.
ending filem ni pon unexpected wei... so, untuk pengarah filem ni, tahniah diucapkan. Good job!
oh, lupa nak cakap, Shaheizy Sam serius power, Lisa, sila keluarkan air mata banyak sikit kalau menangis. tapi it okay, still good acting.
just ada part part yang sound dia macam tak betul sikit. tapi itu tak menjejaskan kualiti filem ni ye. wow! aku back up habis filem ni. tak sangka ek.
dan setelah berakhirnya short sem, ini bermakna berakhirlah sudah tour edisi short sem bagi merasa semua makanan di restoran di setiap shopping complex yang kami dah pergi. burp... kenyang. last sekali dalam list ialah Lemongrass... makan nasik lemak rendang ayam je... satu set sekali dengan air sirap. rasa dia, tasty!!! rendang dia la sedap, tapi sambal kureng la... but still, sedap...
and last... terima kasih daun keladi kepada Iman Hussein, coursemate merangkap rakan sebaya aku sebab bagi kek lapis yang diimport khas dari Sarawak. aku ingat ko main-main je tadi, rupanya betul... arigato ne... aku dengan syuhada serius terharu atas ingatan dari ko yang gigih potong kek lapis untuk kitorang. kalau iman tak baca, yang baca, bagi tau iman, terima kasih...