Showing posts with label Soal-jawab. Show all posts
Showing posts with label Soal-jawab. Show all posts

01 November 2010

Berkapel & Displin Dalam Bertunang

Dipetik Dari : http://www.zaharuddin.net
Ditulis Oleh : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Tajuk : Berkapel & Displin Dalam Bertunang

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW.

Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ). Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik.

Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing. Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab : Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294) 4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah. 7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

• Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
• Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
• Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
• Awas fitnah masyarakat sekeliling.
• Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
• Haram melihat kepada aurat masing-masing.
• Awas daripada bertukar gambar.
• Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini.

Sekian, Wallahu'alam.

24 March 2010

Login Facebook dapat RM100

Salam semua .. harap dapat bersabar kerana kuliah tak dapat di'update' untuk waktu terdekat .. jadi saya rasa dari membiarkan kosong .. lebih baik bagi info sebagai peringatan .. supaya kita tidak terlepas pandang masalah yang sering berlaku disekeliling kita ..

saya selalu masuk web ust zaharuddin untuk dapat info pasal masalah-2 muata'akhirin ini .. menda nie dah lama saya nak update .. tapi masa tak berapa cukup .. hee .. hee .. PESANAN saya kepada semua .. jangan memasang angan yang tinggi untuk menjadi .. sehingga lupa rujuk hukun syariat terhadap SKIM yang kita nak masuk .. takut nanti menyesal tak sudah ..


sebaiknya .. rujuk pada orang alim terlebih dahulu untuk mengetahui status halal @ haram skim yang kita nak masuk .. takut terlapas masuk skim yang haram .. Allahu Rabbi .. susah nak tinggal kerana hasil yang haram telah menjadi darah daging kita .. Na'uzubillah ..
disini saya sertakan sedikit masalah yang dihadapi oleh ramai antara kita .. dan juga ulasan dari ust zaharudin .. link :: Login Facebook dapat RM100

Salam,uzar..saya nak mintak tlg sgt2 uzar jawab kemusykilan saya ini...sy ibu tunggal,sy bekerja makan gaji..pendapatan sy mmg tidak mencukupi,nak tanggung rumah,kereya..sy buat loan utk buat bisnes part time...biz sy x berjaya n tersadai hutang di bank..sy mati akal macam mna nk byr hutang bank..so bila ada kawan perkenalkan,sy masuk,mmg saya buat satu akaun utk byr hutang bank..bila baca kenyataan uzar,saya jadi takut dalam masa yg sama memikirkan di mana lg saya nak cari duit nak byr hutang bank sedangkan gaji sy pn x cukup nk tanggung perbelanjaan bulanan...tolong uzar...bantu sy


UZAR : nanti saya buat satu artikel inshaAllah. Pertanyaan biasa, dan ada org ingin jadikan situasi sebegitu sbgi pemboleh menyertai skim dan cara pendapatan wang secara haram. mereka tak sedar, krn penyertaan itulah rezeki mereka semakin disekat oleh Allah.


Jawpan ringkas, satu : mohon peruntukan dan bantuan zakat. kedua, semak balik kenapa gaji tak mencukupi? adakah terdapat perbelajanaan membazir. ketiga : itulah akibat hutang bank dalam keadan tak mampu, jangan hutang bank, khususnya bank riba krn ribanya akan memakan kamu. empat :bisnes tak berjaya krn apa?. dan adakah buat pinjaman riba..? maka salah satu sebab x berjaya krn Allah sekat rezeki..

27 September 2008

Masalah berkaitan solat dalam musafir

Masalah berkaitan solat dalam musafir
Ulasan oleh : Ustaz Azhar Idrus
Dipetik dari : PhotoSantai


Soalan
Ada org kata kalau kita musafir..kita boleh solat jamak selama 3 hari. Lepas 3 hari tak boleh jamak dah. Tapi ada orang lain pula kata tak boleh jamak. Yang mana satu betul . Harap ustaz jelaskan kedudukan sebenar.

Jawapan : Ustaz Azhar Idrus
Seorang musafir yang berniat singgah ke tempat yg dituju selama 3 hari atau kurang maka dia masih harus jamak qasar setelah sampai ke destinasi kerana singgah 3 hari atau kurang tidak menghilangkan hukum musafir.

Ada pun jika berniat untuk singgah 4 hari atau lebih maka setibanya ke mukim yangt dituju maka tidak harus lagi jamak qasar kerana dia telah menjadi pemukim di situ. Orang mukim itu telah maklum haram jamak qasar sembahyang.


Pendapat yang mengatakan kalau singgah ke destinasi selama 4 hari atau lebih masih boleh jamak qasar selama 3 hari adalah salah. Ini bukan pandangan ulamak tetapi hanya silap faham orang ramai sahaja.

12 May 2008

Hukum menghadiri konsert

Hukum menghadiri konsert
Ulasan oleh : Ustaz Azhar Idrus
Dipetik dari : PhotoSantai

Assalamu'alaikum ..
Untuk mengetahui hukum menghadiri sesuatu konsert atau persembahan hiburan, perlu diketahui terlebih dahulu apa yang ada pada majlis tersebut. Jika ada disana perempuan dewasa yang menyanyi dan suaranya didengar oleh pendengar lelaki yang bukan mahram kepada penyanyi perempuan tersebut maka hukum majlis tersebut adalah majlis maksiat. Maka majlis yang seperti ini haram hukumnya kita hadir. Tiap langkah yang kita hayun akan mendapat satu dosa. Jika 100 langkah bermakna kita mendapat 100 dosa dan malaikat pula melaknat orang yang keluar dari rumahnya menuju ke tempat2 seperti ini.

Orang2 yang terlibat mempromosi atau mengiklankan majlis tersebut akan mendapat dosa mengikut bilangan orang yang hadir. Maka jika 20 ribu orang hadir pada majlis tersebut, dia akan mendapat 20 ribu dosa. Turut sama berdosa semua yang terlibat seperti jurukamera, pemuzik, pengerusi majlis dan lain-lain.

Dalam sebuah hadith nabi saw memberi amaran yang bermaksud :
"Siapa yang pergi ke tempat perempuan bernyanyi dan mendengar suara nyanyiannya maka akan dituang ke dalam dua lubang telinganya pada hari akhirat dengan timah yang mendidih."

Berkata imam Ghazali r.a. :
"Siapa yang menggunakan telinganya untuk mendengar nyanyian perempuan yang bukan mahramnya maka dia telah kufur nikmat telinga dan telah kufur pula nikmat kaki kerana menggunakan kakinya untuk pergi ke tempat tersebut."

Sebaiknya kita gunakan masa yang ada untuk mengahadiri kuliyah2 agama disekitar kawasan kita agar hidup lebih bermakna dan terhindar dari kemurkaan Allah swt.

Wallahua'lam ..

05 May 2008

Hukum gantung gambar bernyawa

Hukum gantung gambar bernyawa
Oleh : Ustaz Azhar Idrus

Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud :
"Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub."

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar2 makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang dismpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.

Wallahua'lam ( Rujukan Kitab Rawa'iul Bayaan Juz 1 )

04 May 2008

Ulasan Ustaz Azhar berhubung MLM

Ulasan Ustaz Azhar berhubung MLM

Assalamu'alaikum w.b.t

Majlis Fatwa Kebangsaan Jakim & Majlis Fatwa Indonesia telah memfatwakan :

1. Bahwa sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) diperbolehkan oleh syari'at Islam dengan syarat¬-syarat sebagai berikut:
  • Transaksi (akad) antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (' an taradhin), dan tidak ada paksaan;
  • Barang yang diperjualbelikan (al-mabi') suci, bermanfaat dan transparan sehingga tidak ada unsur kesamaran atau penipuan (gharar);
  • barang tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar.
Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT dalam surat al-Baqarah ayat 275:

Artinya : Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. AI-Baqarah, 2: 275

Ulasan sepenuhnya di sini .. photosantai.com

10 April 2008

Hukum scan bayi dalam kandungan

Hukum scan bayi dalam kandungan

Soalan :
Adakah dibolehkan membuat scan kandungan ibu untuk mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan? Adakah dibulehkan ke dalam islam?

Jawapan : Oleh Ustaz Azhar
Tidak menjadi kesalahan melakukan scan kepada ibu2 yg sedang hamil dengan tujuan ingin mengetahui jantina bayi yang sedang berada di dalam kandungan dengan syarat amalan tersebut tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi tersebut dan mestilah di lakukan oleh doktor wanita. Tidak harus dilakukan oleh doktor lelaki yang bukan mahram sekalipun suami ada bersama ketika scan dilakukan kerana scan ini tidak termasuk perkara dharurah.

Apabila keputusan scan telah di putuskan hendaklah kita faham bahawa keputusan tersebut tidak semestinya betul 100% kerana hanya Allah swt yang bersifat dengan amat mengetahui segala perkara yang ghaib.

Firman Allah swt yang bermaksud :
"Sesungguhnya hanya Allah swt yang amat mengetahui segala yang ghaib pada langit dan pada bumi".

Artinya keputusan scan tersebut boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Ada beberapa kes yang telah di laporkan berlaku kesalahan berkenaan keputusan jantina yang akan lahir ini. Apabila telah diketahui jantina bayi pula, kita mestilah redha dengan apa jua jantina yang dikandung itu kerana anak adalah merupakan nikmat yang sangat besar dan suatu amanah yang sangat berat. Amalan berduka apabila mengetahui jantina anak tidak sebagaimana yang diingini adalah salah disisi syara' dan ini merupakan amalan jahiliyyah sebagaimana umat2 musrikin arab yang tidak suka apabila melahirkan anak perempuan sebagai contoh.

Jadi yang haramnya bukan terletak pada scan tersebut tetapi pada tindakan kita apabila mengetahui jantina anak samada masih didalam kandungan atau setelah dilahirkan.

Wallahua'lam

Hukum wanita ambil gambar

Hukum wanita ambil gambar

Soalan :
apa hukum jika fotographer wanita berkumpul sekali dgn fotographer lelaki dgn tujuan untuk pergi ambil gambar dan belajar sama-2 dan bukan niat untuk bersuka antara lelaki

Jawapan : Oleh Ustaz Azhar
Tidak menjadi kesalahan wanita outing dengan syarat mesti ditemani oleh mahramnya dan menutup aurat dengan sempurna dan ketika TT tidak boleh duduk semeja melainkan bersama suaminya. Apa yang berlaku sekarang kaum wanita tidak mematuhi hukum2 agama apabila berouting. Dalam keadaan tidak menutup aurat kemudian bercampur gaul pulak dengan kaum lelaki dengan bergelak ketawa.

Sabda Nabi saw :Al-mar_atu auratun..
yg bermaksud : Kaum wanita itu kebanyakkan tubuhnya adalah aurat yg wajib ditutup.

Natijahnya...Para fotog dimana saja berada tidak terlepas dari adab dan hukum agama yg wajib dijaga samada suka atau tidak. Sebagai Muslim yg telah mengucap dua kalimah syahadah mesti patuh pada ajaran agama. Agama itu sendiri bermaksud cara hidup. Apa artinya beragama kalau cara hidup tidak menurut lunas2 agama.

Wallahua'lam