BERTEMPUR DEPAN BELAKANG!
Dahla bela Salman Rushdie penulis buku hina Nabi saw kononnya dia cerita cukup menarik?
Menarik sebab hina Nabi?
Dalam video di bawah Anwar sebut pulak, dia mengutuk sistem khilafah, dan dia kata dia sokong seorang calon Kelantan hanya sebab demokrasi dan bukan untuk islam.
Sebab tu Anwar Ibrahim ni sokong Majlis Peguam buat forum Kebebasan Agama, dan dia tak setuju lesen akhbar Guang Ming dan Sarawak Tribune yang menghina nabi digantung.
Link here
Link here
Freedom of expression sehingga boleh menghina Nabi?
Video di bawah Ustaz Ridhuan Mohd Nor Ketua Penerangan PAS berdemo menentang penghinaan Nabi dalam bentuk kartun.
Bagi kes Forum Majlis Peguam pula, kononnya nak buat perbincangan yang baik tentang kebebasan beragama, sebenarnya misleading saja tidak benar pun, tapi Anwar Ibrahim tetap membela tindakan mereka.
Saya sertakan lampiran ucapan seorang peguam islam yang hadir bagi membantah program tersebut, sebab2 kenapa beliau dan rakan2 lain sperti Salahuddin Ayub, Badrol Amin, Norazli Musa dan lain2 datang dan tentang program tersebut.
Petikan di bawah :-
Saya percaya Majlis Peguam bukannya berminat untuk mencari kebenaran. Mereka bukannya mahu berdialog. Malahan rentetan pendirian terdahulu Majlis Peguam dengan jelas memberikan persepsi bahawa mereka adalah golongan anti Islam.
Penglibatan Majlis Peguam menerajui gerombolan yang mahukan penubuhan Inter-Faith Commission yang mencabar Islam, penglibatan Majlis Peguam didalam kes-kes kontroversi membabitkan isu murtad saperti kes Azlina Jailani @ Lina Joy, kes nabi palsu Pak Kahar, kes S. Shamala dan Subashini, kes perebutan jenazah Mohd. Rayappan Abdullah dan Mohd. Moorthy Abdullah, mengadakan forum Kontrak Sosial yang mempertikaikan hak istimewa Muslim, forum mempertikaikan Artikel 121 (1A) dan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam hal “kemasukan & kemurtadan (conversion & apostacy)” dan lain-lain sikap anti-Islam yang terbukti dikalangan Majlis Peguam.
Malahan Majlis Peguam sudah diberi ruang yang cukup luas untuk mengemukakan pendapat dan hujjahnya.
Majlis Peguam melalui Jawatankuasa Keluarga diberi representasi yang secukupnya didalam Jawatankuasa Peguam Negara membincangkan pindaan kepada beberapa undang-undang khususnya membabitkan isu keluarga termasuk yang “convert” kepada Islam.
Majlis Peguam turut menghantar peguam pemerhati didalam beberapa kes kontroversi, malahan turut mengambil pendirian yang partisan dalam isu seperti murtad dalam kes Lina Joy, walaupun lebih 40% peguam adalah beragama Islam.
Peguam pemerhati Majlis Peguam diberi ruang secukupnya dalam kes Lina Joy untuk mengemukakan hujjah mereka untuk membenarkan orang Melayu boleh murtad dibawah Artikel 11 Perlembagaan.
Mereka diberi peluang secukupnya untuk berhujjah mempertikaikan bidangkuasa Mahkamah Syariah semasa perbicaraan kes Lina Joy.
Malahan Majlis Peguam diwakili oleh peguam kanan dan ternama, ada diantaranya dikatakan beragama Islam.
Selepas mendengar hujjah pihak-pihak selama beberapa hari dengan rujukan yang bertimbun dan dokumen yang berjilid-jilid, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa dalam hal ehwal Islam termasuk “kemasukan & kemurtadan (conversion & apostacy)”, ianya hendaklah diputuskan menurut undang-undang Islam dan Mahkamah yang kompeten dan berbidangkuasa untuk membicara dan memutuskan hal seumpama itu adalah Mahkamah Syariah yang melaksanakan undang-undang Islam menurut Artikel 121 (1A).
Bermakna Mahkamah Tertinggi dinegara ini telahpun membuat keputusan dalam perkara yang cuba hendak diforumkan!!
Sepatutnya Majlis Peguam sebagai mewakili badan guaman menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan.
Kalau mereka sebagai peguam pun tidak mengerti menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, mengapa kita perlu menghormati mereka?
Majlis Peguam telah diberi ruang secukupnya untuk mengemukakan pendapat dan hujjahnya, samada didalam majlis dialog, seminar, forum termasuk perbicaraan di Mahkamah.
Maka forum yang cuba dianjurkan oleh Majlis Peguam tersebut pada saya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. Ianya memberi persepsi bahawa Majlis Peguam mempunyai niat lain dalam menganjurkan forum Artikel 121 (1A) tersebut.
Saya tidak pernah menghalang sebarang dialog kearah memahami antara agama. Malahan saya sendiri sudah acap kali berdialog terutama dengan Majlis Peguam. Sudah beberapa kali sebagai ahli exco Majlis Peguam saya berdialog mengenai Islam.
Pernah saya mewakili Jawatankuasa Syariah Majlis Peguam mengadakan beberapa dialog dengan Jawatankuasa Keluarga Majlis Peguam.
Saya pernah menghadiri dialog dengan Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Buddha & Sikh yang dianjurkan oleh Suhakam. Saya tidak menentang dialog dan perbincangan inter-agama.
Apa yang saya tentang ialah cubaan untuk mengadakan perbincangan terbuka intra-agama Islam; tambahan kalau yang menganjurnya adalah dari kalangan bukan Islam.
Di bawah pula Anwar sebut negara yang dia akan pimpin ialah negara demokratik yang kuasa islam hanyalah dalam undang-undang keluarga saja dan beberapa benda yang dipersetujui majoriti, maka itulah terjemahan yang adil.
Ada ka
patut cakap Islam ni setakat undang2 keluarga,
mana boleh cakap mcamtu,kena jelas betui2 la Islam ni bukan setakat undang2 keluarga
tapi semua sekali, kalau undang2 yang islami, baik dan tidak bercanggah syariat tu, Islam la tu.
Awat Islam xsebut pasal larangan riba dalam berniaga, undang2 jenayah dalam islam, hudud, qisas, diat,yang tu bukan undang2 islam?
Awat Islam xsebut pasal larangan riba dalam berniaga, undang2 jenayah dalam islam, hudud, qisas, diat,yang tu bukan undang2 islam?
Maka tercapailah hajat Amerika untuk ada jurucakap mereka di Malaysia, tolong bawak fikrah dan agenda depa dari dalam.
LAGI? YA LAGI!
Betul ke isu murtad ni boleh dibincangkan secara terbuka, secara umum?? Biaq sapa nak cakap pun cakap la, atas nama freedom of expression? Ask yourself.
In addition, sorang penulis buku Pakistan, Mujawed Akbar telah menulis di dalam bukunya bertajuk Tinderbox The Past and Future of Pakistan, yang bukunya dilancarkan oleh Anwar Ibrahim, menulis dalam buku dia.
"Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), “sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia” hari ini. Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.""Islam adalah agama persaudaraan dan bukan agama untuk kenegaraan"
Bunyi mcam sedap, macam takdak flaw saja, tapi sebenaranya berbahaya untuk akidah. Islam ni lengkap seluruh benda bukan takat persaudaraan saja cik abang.
Mari dengaq kenyataan Haron Din berkenaan buku yang dilancarkan Anwar Ibrahim ini.
Apa kata Tuan Guru Haron Din dalam hal ini? “Jangan ambil begitu…yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap, maknanya apa sahaja kehidupan manusia, Islam menawarkan termasuklah penubuhan negara Islam yang lengkap. Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi,” katanya.
Xkan orang macamni layak jadi PM kot tuan-tuan???
Kalau nak bagi PR jugak, Ustaz Haron Din, Haji Hadi jauh lagi layak. Depa tu faqih agama, tau dah tak jual agama seperti orang ini.
Seterusnya, Anwar Ibrahim menerima homoseksual sebagai norma kehidupan klik sini .
Kembali pada muka depan klik di sini.
Mak oih. Ni bukan setakat muslim celop, ini muslim celop yang nak mencelopkan muslim-muslim lain. Suara dia besar, kepala dia besar, tentu dengan pengaruh dia, dia boleh pesongkan akidah ramai orang.
ReplyDeleteKalau zaman nabi dulu, orang macam ni la yang patut diperangi.
JELAS....wajib kita tentang makhluk macam ni.sangat bahaya lebih dari kafir harbi.sebab dia mengaku dikalangan kita jadi dia mudah mempengaruhi umat ISLAM.
ReplyDeleteengko orang ni memang ada krisis dalaman la. perbanyakkan amalan sunat mintak tuhan bagi hidayat. bukti yg owner blog ni bawak semuanya persepsi yang direka cipta untuk orang benci anwar. sebab hampir keseluruhan persaksian yg ditunjukkan mempunyai kesamaran dari segi maksud, bila ada kesamaran, setan akan mengolah ikut kecenderungan kita. sepatutnya bila ada kesamaran , kita mesti dapatkan pengesahan dengan org yg mengeluarkan kata-kata.. baru dapat kebenaran. bila pakai setan, almaklumlah... ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata.. utk owner blog, kalau benar lah kamu ikhlas dan rasa kamu benar.. engkau kumpul beberapa orang yang pandai berkata-kata dikalangan kamu dan kamu cabar anwar debat berkaitan dgn apa yang engkau tomahkan. anwar ni kan minat berdebat.. aku jamin dia tak akan tolak. kalaulah sah apa yg kamu dakwa selepas diperbahaskan.. aku rasa pada hari yang sama jugak PAS akan keluar dri pakatan. tapi engkau tahu tak? teruknya anwar dalam persepsi yang engkau dakwa, lebih teruk lagi persepsi aku pada pemimpin2 umno yang aku kenal...maknanya pemimpin UMNO 10kali lebih teruk dr anwar yang engkau dakwa.. kesimpulannya anwar mengikut persepsi aku = 100 kali lebih baik jadi perdana menteri dari sapa2 saja dajjal dalam UMNO......
ReplyDeletemd zull jaafar ni mmg kesian...taksub giler...semoga ko insaf la yer...
ReplyDelete