#Lapan: garisan penamat

Monday, September 30
Salam alaik.

Alhamdulillah. Sudah 2 bulan berada di Malaysia. 
2 bulan yang sibuk.
Study-walimah-raya-walimah-study-raya.

And I'm back to square one again. Study.

Study leave yang kini berbaki tidak sampai dua bulan. Peperiksaan akhir sekolah perubatan akhirnya kian tiba. Gulp!

Baki-baki masa kecemasan perlu diguna sebaik mungkin.

****

Duduk termenung di pagi hari. Muhasabah.

Enam tahun dulu, kaki berat melangkah, meninggalkan keluarga, meninggalkan bumi Malaysia untuk mencari identiti yang baru. Menjadi seorang yang baru, di bumi Tarbiyyah.

Setahun.
Dua tahun.
Tiga tahun.
Empat, lima dan akhirnya enam!

Maka, apakah janji-janji dahulu sudah terlaksana?
Untuk menjadi seorang yang baru, yang lebih dekat dengan Tuhannya?

****

Obsesi manusia tidak boleh selain dari Rabbnya, kerana hati yang mudah goyah itu akan hanyut dengan tipu daya dunya.

Oleh itu, sewajarnya manusia sebagai hamba memerlukan satu biah (surrounding) yang membantunya untuk menjadikan Allah sebagai ghayah.

Memang susah. Di kala semua orang ingin mengubah diri, mengubah matlamat hidup dari jahiliyyah kepada Allahughayatuna, tidak semua yang dapat merasai biah Islamiyyah yang sepatutnya.

Sebahagian dari mereka, bergembira dengan suasana yang kondusif serta 'support system' yang sentiasa membantu dan bersama-sama mencapai matlamat yang sama.

Sebahagian yang lain, merangkak-rangkak untuk memenuhi mutabaah amal masing-masing. Mereka, masih lagi menangisi dosa-dosa yang dilakukan saban hari atas kekhilafan diri, kerana Mujahadah itu sangat susah. Lagi-lagi apabila bersendirian. Tanpa 'support system', seperti yang lain.

Ya! Tarbiyyah dzatiyyah memang penting. Wajib ada! Kekuatan ketika bersendirian.

Tapi bagaimana pula jika bersendirian untuk tempoh yang lama? Terlampau lama. Statik T_T

Serius. Aku rindu berbulatan, sebenar-benar bulatan. Bukan yang dihadiri dalam keadaan terpaksa mahupun bersangka-sangka sesama ahlinya.

Di mana, diri menjadi diri yang sebenar ketika berbicara. Menanam rasa kehambaan di dalam diri.

Ramai orang sangat gembira berbulatan gembira. Aku jua pernah mempunyai rasa yang sama.

Aku juga percaya dengan janji Tuhan. 
Saban hari, hati yang semakin kecil dengan dosa ini, tidak pernah putus dengan harapan.

Walau sejauh mana pun, hatiku masih inginkan, masih mahu bersama.

Siapa kata hidun ini disulami emas permata,
Jalan ini panjang! Super-panjang!
Berduri-duri pula.

Ini duri yang perlu kutempuh dengan sabar dan redha.

Sungguh, barulah ku memahami makna surah Dhuha. 
Bukan keluhan yang perlu diucap, namun syukur kepada Rabb atas nikmat Islam dan kesedaran yang ada.

Jangan berputus asa. Rahmat Allah terlalu banyak. Kita saja yang selalu memilih untuk buka mata pada rahmat yang kita suka.


Moga diri terus bersama kafilah dakwah ini. Sampai mati.
Moga Allah sampaikan niatku ini.

ImanD







No comments: