Assalamualaikum,
Semakin saya meningkat dewasa, semakin saya kekeringan idea untuk menulis. Saya kembali kepada post-post saya ketika di sekolah. Semuanya lebih matang dari post-post saya kini. Mengapa begitu ya? Mengapa ya?
***
Apa yang ingin dikongsikan? Pengalaman dari sudut apa yang mampu memberi kesedaran kepada semua?
***
Sepanjang setahun saya mengembara [ewah], satu perkara yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Mungkin saya akan berubah, keadaan sekeliling akan berubah, namun prinsip ini tidak akan berubah dalam hidup saya selagi saya mampu menyedut udara, nikmat pemberian Tuhan.
Tawakal kepada Allah. Mempercayai Allah yang berkuasa atas setiap apa yang terjadi kepada kita. Setiap manusia diuji dengan ujian yang pelbagai, mengikut kemampuan. Tidaklah seseorang itu diuji melainkan Allah mahu mengampunkan dosanya yang lalu dan menaiktarafkan tahap imannya.
Sesetengah orang mungkin akan berasa kecewa dan sedih. Mengapa dia diperlakukan sedemikian? Pada masa itu, dia mungkin tidak menyedari betapa besarnya hikmah yang terselindung disebalik ujian Allah itu. Jika dia bertenang, dan menyedari segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan, memohon keampuanan kepada Allah, pasti ganjaran yang lebih besar menanti. Semuanya telah Allah janjikan dalam al-Quran al-Kareem. MasyaAllah.
Kita hanya perlu percaya dan percaya.
Kadangkala, dalam meniti kehidupan seharian, terlalu banyak larangan Allah telah kita langgar, namun Allah tetap memberikan kita nikmat dan kesenangan hidup. Bila difikirkan kembali, layakkah aku menerima semua itu? Betapa Penyayangnya Allah terhadap hamba-hambaNYA.
Marilah kita beristighfar dan memanjatkan kesyukuran kepada yang ESA. Diri yang serba kekurangan ini masih lagi diberi peluang untuk bernyawa dan merasai kehidupan. Bersyukurlah untuk setiap saat. Ingatilah Allah setiap masa sebagaimana Allah tidak lupa untuk membekalkan kita oksigen untuk setiap saat. Tidak pernah terlepas walaupun satu saat.
Tidak dinafikan dalam dunia yang serba moden dan canggih ini, kadangkala, kita semakin jauh dengan Allah. Oleh itu, hendaklah kita mendekatkan diri kepada Allah serapat mungkin. Setakat yang kita mampu. Allah melihat usaha mereka yang bersungguh-sungguh dan pasti mereka akan beroleh ganjaran. InsyaAllah.
***
Maka, untuk adik-adik yang akan meneruskan pengajian di bumi Anbiya; selamat menempuh satu alam kehidupan yang baru. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Lalui kehidupan di sana dengan penuh rasa syukur dan tawadu'. Jangan sia-siakan peluang yang diberi. Semoga antum semua beroleh bukan sahaja ilmu duniawi tetapi juga ilmu untuk bekalan di 'sana'. InsyaAllah jika panjang umur, akan ketemu kita di sana.
eymand
Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam
Bila kita jauh dari tempat asal kita yg penuh dgn keselesaan,kemewahan dan apa2 yg menyenangkan, kita selalunya lupa harga diri...lebih tepat lagi hak2 kita kepada yg lain.Sebab itu bila kita berjauhan...carilah permata di sana..permata yang dimaksudkan mempunyai maksud yg luas....pulanglah nanti mambawa permata itu.ianya bukan sesuatu yg dapat disentuh atau dipegang atau di jual beli tapi permata itu satu bentuk pemikiran matang yang positif,jelas dan yang akan membawa diri kita untuk berjaya mencapai sesuatu....carilah permata itu......dan jadilah insan soleh wa musleh.....amin
pengalaman mmg mngajar kte..muhasabah diri balek, pikir ape hikmah d sbalik ktetapan ALlah tu.i reli learnt bout redha, sabar n tawakkal during my summer hols(ramadhan) in egypt baru2 neh.i mean practically learning la.isk.u noe wut is it kan iman? hehe
hepi hols.eid mubarak.taqabbalallahu minna waminkum
maap zahir batin ex rummetku =)
Post a Comment