Selamat siang semua.
Ok ini first tutorial aku buat. Jadi salah silap harap dimaafkan ok. Ni pendapat aku sendiri dan hasil aku google dan bertanya orang lain yang lebih hebat. Tak larat aku nak link 1-1 semua orang yang dah tolong aku pasal nuffnang ni, jadi aku credit kepada semua yang tolong aku di sini saja. Nak lebih-lebih sila sms aku berserta gambar separa bogel seperti yang dimahukan
Paraxixth.
Masa kecik-kecik dulu dekat kampung aku, semua orang obses dengan pokok buah mempelam/mangga tak berbuah. Aku tak tau kenapa, tapi aku budget sebab tanah di kampung aku tak mempunyai komposisi tanah yang cukup untuk pokok senang berbuah. Mungkin cacing di sana malas nak menggambutkan tanah dan lebih suka bermain air limbah (air longkang, tapi versi free flow di merata tempat, sebab kampung aku tak ada longkang).
Jadi entah macam mana Puan Hamizah dapat idea dari orang kampung suruh aku waktu subuh panjat pokok mempelam tu dan berbogel, dan kata "Ha aku pun berbuah, kenapa kau taknak berbuah". Dan lepas tu pokok tu berbuah dengan lebat. Serious. Ini cerita benar. Aku cakap ni sebab tak nak kau orang berbogel depan laptop nanti, nak-nak kau tengah berwebcam dengan seseorang. Tak pasal-pasal ada gambar bogel tersebar di internet. Heh.
Ok. Ayuh kita mulakan tips cara nak tingkatkan earning nuffnang. Er, nak suruh tips mengendap berjaya dengan tips surti dan tejo, nanti-nantilah aku buat k. Heh.
1. TrafficBenda traffic ni paling penting dalam nak dapat ads yang bagus. Kau kena rajin cari traffic. Bertegur sapa dengan orang, blogwalking. Generate traffic sehabis mungkin. More traffic more revenue.Dan kalau kau baca blog orang, kau cari chatbox dia. Komen lah sesuka hati kau, atau just tulis blogwalking di blog dia. Jangan sombong, jangan bongkak. Komen juga blog orang selalu, baru diorang akan komen blog kau balik.
Dan kau faham-faham sendiri lah bila bukak blog orang, klik lah iklan diorang tanda terima kasih bagi ilmu. Dan jangan lupa tinggalkan link. Blogger tu pun akan faham-faham sendiri. After all, sharing is caring kan?Hak ttuihhh (efek meludah)
2. Glitterati.Kau tak boleh ada rivals nuffnang di dalam blog kau. Rivals nuffnang termasuk advertlets dan catcheye. Jadi bila kau ada iklan-iklan ni, status kau hanya akan jadi non-Glitterati member. Kalau dah tahap ni kau susah nak dapat ads CPC, dan akan effect juga kau nak dapat Buffered Campaign. Jadi nasihat aku, jangan letak iklan dari rivals dia untuk maintain good relationship dengan nuffnang. Adsense dan worlwide related ads tak apa, sebab nuffnang tak anggap mereka sebagai rivals nuffnang.
3. Letak ads di tempat yang sesuai.Kau wajib letak 3-3 jenis ads sekali. Kira ada Leaderboard, Rectangle dan Skyscraper, semua kau kena letak. Dan aku perasan mostly rectangle ads dan skyscraper ads lebih mudah nak keluar iklan dari Leaderboard. Jadi bila letak ads-ads ni, ada rate-rate yang nuffnang bagi. Dia tak kira sekali. Kalau LB, ada duit LB, kalau SS, ada duit SS sendiri. Tak rugi pun kau letak semua kan? Hanya biar dia run dan tunggu orang klik saja. Nilai ads memang tak tetap, tapi ranging from rm0.25 to rm1.25.
4. Blog kau kena SEO friendly.Kena pandai main SEO. Untuk yang tak tau SEO stands for Search Engine Optimization. Ok SEO ni penting. Sebab bila kau search dekat google, ranking kau akan tentukan di mana blog kau terletak dalam search engine. Lagi tinggi ranking kau, lagi atas blog kau ada dalam search engine tersebut. Cara nak guna SEO? Senang saja. Kalau kau guna mozilla firefox, kau ada nampak ruang search di top right corner kan? Cuba try letak apa kau nak tulis. Dia akan keluar suggestions. Itu lah SEO. Kira itu adalah keyword yang orang selalu guna. Macam kau nak search melayu, be specific lah kan. Google akan suggest 3gp melayu 3gp, melayu lucah dan seterusnya bergantung pada mana yang paling orang cari berdasarkan keyword melayu.
5. Innit.Bila kau dah ada status Glitterati, kau boleh guna Innit. Di innit kau boleh 'ping' blog kau untuk notify pada pengguna Innit juga sebagai tanda kau ada buat entri baru. Innit bagus sebab reader tu dah memang from nuffnang user jugak. Jadi traffic yang kau dapat memang valid dekat mata nuffnang. Senang saja guna. Kau update blog, kau login
Innit dan auto detect your newest entry. Dia akan detect entri paling latest kau dan publish dekat Innit.
6. Update dengan selalu.Sekurang-kurangnya sekali sehari. Sebab nuffnang akan bubuh buffered campaign dekat blog yang ada frequent update sahaja. Bila kau tak update, macam mana nak dapat traffic kan? Melainkan blog kau blog download 3gp melayu terbaru, atau pun blog porno.
7. Fokus untuk cari readers berIP addresskan dari Malaysia dan Asia Tenggara sahaja.Valid uniques. Hanya readers dari Asia Tenggara saja akan dikira oleh nuffnang sebagai valid. Jadi kalau IP mereka dari luar negara, diorang klik iklan kau takkan ada apa-apa efek sebab invalid clicks.
8. Jangan logout nuffnang kau.Kalau kau guna Internet di rumah lah. Sebab bila kau blogwalking, orang yang rajin bukak nuffnang dan tengok community akan ada muka kau terpampang as viewer blog dia. Jadi dia akan mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak untuk tahu siapa yang baca blog dia. Dia akan klik blog kau, dan kau automatic dapat traffic dari situ.
9. Pinging blog.Bila kau update blog, jangan lupa ping blog kau. Apa tu ping? Ping adalah untuk memberitahu crawler-crawler dari google/yahoo search engines yang kau sudah ada update blog. Bila kau ping blog kau lagi cepat dia ada dalam search engine. Macam mana nak ping? Kau boleh guna auto pinger macam
Pingomatic atau
Pingmyblog. Just isi borang yang dia letak dekat website tu dan tekan ping. Senang.
Aku rasa sampai situ saja aku nak ajar. Aku ni bukan reti sangat pun. Setakat share apa yang ada dalam kepala otak aku ni saja. Dan jika ada salah silap, sila tegur.
Ada cara-cara lain tapi aku tak boleh nak reveal dekat sini sebab aku tak pasti cara tu illegal ke tak dekat nuffnang. Jadi aku senyap-senyap saja. Taknak kena ban. Nak tau? Sila mms besertakan gambar separa bogel, untuk perempuan saja. Untuk lelaki, sila topupkan aku. Haha.
Jangan kau orang bogel depan laptop pulak. Serious jangan. Aku merayu ni. Takkan naik earning nuffnang kau tu kalau buat macam tu. Heh.