Showing posts with label important dates. Show all posts
Showing posts with label important dates. Show all posts

Oct 28, 2009

.konvokasi provokasi ejakulasi

Selamat siang semua.

Aku sebenarnya malas sangat nak menulis hari ni. Bukak redtube pun macam tak ada mood. Internet sudah kena cut down sebab dah limit bandwidth. Aku tak torrent pun, tapi kalau sehari online 24 jam mana tak kejap saja dah boleh smpai limit. Nak main farmville pun leceh. Heh.

Semalam, kira aku boleh berbangga dengan diri aku sebab aku sudah dikira tamat Diploma dengan Anugerah Naib Canselor untuk Diploma in Civil Engineering dengan CGPA 3.89.


Sidang ke 19/20. Hebat-hebat memang biar last.

Haha ok aku tipu.

Kalau aku dapat ANC tak adalah aku asyik cerita aku fail subjek tu subjek ni masa Diploma dulu. Heh. Ilmu yang belajar semua hilang, aku rasa akibat banyak sangat makan semut, ditambah dengan masturbasi berlebihan, dan diselitkan sedikit unsur-unsur redtube di kala sunyi.

Kena ada dekat depan Dewan Sri Budiman sebelum pukul 7, tapi pukul 7 aku baru bangun tido. Dengan stokin tak ada, kemeja tak iron, bra nye clasp dah tercabut sebab pakai tak sama dengn saiz badan, panties tak basuh dicemar darah haid sedikit, aku boleh rilex lagi bakar rokok 2 batang dulu. Tunggu depan jamban. Time-time konvo ni lah budak-budak ni nak mandi lama-lama. Bukan si Sivaji nak cium pun. Haih.

Puan Hamizah dah mengamuk-ngamuk dah dekat bawah tunggu aku. Janji dengan dia pukul 630 dah turun, sekali 730 baru aku turun. Kena maki sedas. Mana tak bangun lambat, semalam aku tidur pukul 5 main farmville. Ya aku ketagih farmville sekarang. Naluri wanita tinggi kan.

Sampai Dewan Sri Budiman kena maki lagi. Orang lain semua dah beratur nak masuk aku baru la nak betulkan tie, nak pakai stokin pakai kasut. Ramai gadis-gadis cantik. Aku rilex saja, masih dalam tempoh edah kan.

Giliran aku ke 1005. Menganga aku tunggu. Sapa suruh nama mula dengan S. Terkepit celah-celah gadis. Sekali ada jugak diorang buat-buat tertidur terlentok atas bahu aku. Nak mengorat lah tu. Aku rilex saja, masih dalam tempoh edah kan.

Aku paling tak tahan time Sivaji bagi ucapan. Aku ingatkan dia seorang yang cool, tapi ucapan dia memang boleh buat orang rasa nak tolak kerusi baring ramai-ramai macam dalam khemah pelarian. Bosan gila.

Habis istiadat, aku terus jadi manusia lain. Manusia gila kamera. Camwhoring kata gadis-gadis myspace mulut muncung. Tak faham sila tanya QQQ. Orang lain ambik gambar semua macam sopan saja. Kami ni dengan lompat lah, campak topi lah, baring atas jalan tar lah. Semua pandang. Nak peduli apa, konvo Diploma sekali seumur hidup beb. Gunakan sebaik mungkin.

Gambar aku malas nak upload sangat. Internet slow gila babi.



Maaf, gambar tak ada yang sopan-sopan. Nak sopan-sopan pergi ambil gambar dalam studio apek cina dengan background kunun ada rak buku dekat belakang then bubuh frame besar-besar esok boleh gantung dekat dinding time raya.

Diambil menggunakan Nikon D40x dan Lumix LX3.


Walaupun si monyet ni berbadan besar, lompatan dia adalah antara terstylo pernah aku tengok.


Lepas ni semua mati kena terajang sesama sendiri.


Aku di tengah. Tumpuan para gadis.


Dah baling kelam kabut cari balik. Hilang kena ganti beb.


Di belakang : gambar Sivaji kesayangan.

Kepada semua yang berharap aku ambil gambar dengan boxer Spongebob/Pink/Otromen, anda tidak aku hampakan. Sila hantar topup RM10 ke no hp aku dan aku akan berikan gambar tu. Eksklusif untuk peminat-peminat aku. Err, cuma jangan buat stock masturbasi ok. Hanya gadis saja akan dilayan.

p/s : Nanti anak-anak aku nanti, aku nak bubuh nama mula dengan ZZ___, biar dia merasa apa aku rasa. Padan muka.

Jun 21, 2009

.zakar afrika

Selamat siang semua.

Sekitar pertengahan tahun 1997.
Waktu petang, hampir senja. Aku sedang sibuk bermain tanam-tanam mainan di rumah jiran sebelah. Mainan itu ditanam dengan harapan esok akan tumbuh pokok berbuahkan mainan. Boleh main banyak-banyak.

Encik Ariffin sedang pandang di balkoni sambil hisap rokok. Berkepul-kepul asap rokok dihembus ke udara segar petang. Memenuhi segenap laman rumah. Aku rasa Encik Ariffin baru lepas pekena kopi 'o' dengan biskut lutut. Aku nak merasa? Jangan harap. Puan Hamizah takkan bagi aku minum kopi. Tu sebab bila tua-tua ni aku sebat selagi boleh kopi.

Selesai sedutan rokok terakhir, Encik Ariffin memanggil aku "Adik, meh sini kejap!". Kepulan asap masih keluar dari mulut dia. Puan Hamizah dah cekup-cekup mulut sambil pandang dengan Encik Ariffin dengan penuh rasa tidak puas hati. Aku agak kecewa kerana main tanam-tanam baru setengah perjalanan.

"Nape abah? Orang tengah main dengan kawan-kawan ni". Balasku sambil menjebik muka.

"Ni ha, abah nak tanya sikit. Kamu ada perasan tak dekat noneng (baca: zakar) kamu ada tanda lahir?". Aku memandang dengan penuh tanda tanya. Tanda lahir tu apa? Tak pernah dengar pun seumur hidup aku.

"Kat mana? Tak ada pun." Jawabku sambil menarik seluar pendek jenama Rocky One. Baju pasangannya dah aku buang. Apa kelas main pakai baju, tak cool. Aku pandang tepat ke zakar, agak besar. Bulu-bulu belum lagi memenuhi ruang kemaluan aku.

"Meh sini abah nak tunjuk", sambil dia menarik aku mendekatinya. Dilorotkan seluar aku dan menunjukkan tompokan hitam tepat-tepat di tepi zakar. "Tengok ni, ni la tanda lahir kamu". Aku mendiam, masih mencari klu.

"Adik beradik kamu semua tahu pasal tanda lahir kamu ni. Nanti kalau-kalau kamu hilang ke, time Jejak Kasih kamu boleh tunjuk ni jadi bukti, mesti deme (baca: mereka) kenai kamu" jelas Encik Ariffin dengan tekun. Jejak Kasih masih lagi popular, sesuai ditonton bersama ahli keluarga pada ketika itu.

Lebih kurang macam ni. Sila berimajinasi.

"Tanda lahir kamu macam benua Afrika, bentuk dia sebijik." Ujar guru mata pelajaran Geografi itu lagi. Pengalaman bertahun-tahun mengajar mata pelajaran Geografi membolehkan Encik Ariffin mengenalpasti bentuk benua dengan sekelip mata. Encik Ariffin membelek-belek lagi bahagian kemaluan aku. Jiran sepermainan dah pandang-pandang. Aku mula resah. Malu. Tak cool. Nanti perempuan tau.

Aku cepat-cepat tarik seluar dan lari ke rumah sebelah balik. Jatuh saham aku. Jiran sebelah tanya, aku buat tak tahu sambil korek-korek pasir. Puan Hamizah paling tak suka aku main pasir, nanti cacing dalam bontot.

Encik Ariffin hanya senyum dan mengeluarkan sebatang lagi Benson & Hedges. Hedges tiada kaitan dengan Hedgehog. Sila ambil nota. Berkepul-kepul asap dihembus ke ruang udara laman rumah. Pn Hamizah sudah tidak tahan lagi, terus masuk ke rumah sambil muka ingin membalas dendam.

21 April 2009. Aku tarik lagi getah seluar pendek aku ke depan. Aku cari tanda Afrika lagi, Tak jumpa. Tanda Afrika sudah ditumbuhi hutan-hutan tebal, lagak seperti hutan di Kalimantan. Sangat tebal sehinggakan kalau Bear Gryllis Man Vs. Wild (Discovery Channel 551 Isnin 10.00pm) masuk, dia hanya dapat keluar berbalutkan plastik hitam dan dibawa menaiki lori polis buruk itu.

Aku resah. Macam mana aku nak tunjuk bukti dalam rancangan Jejak Kasih ni.

Selamat Hari Bapa kepada bapa-bapa di serata dunia. Kepada yang masih ada bapa, silalah hargai mereka sebelum kamu tidak dapat melihat wajah mereka lagi.

Oh ya, apa yang jadi pada mainan yang aku main tanam-tanam tu? Keesokan paginya aku pergi dan melihat ia tiada lagi di dalam tanah. Jiran sebelah sedang asyik bermain dengan mainan baru, mengikut katanya. Cilanat!

Oct 16, 2008

.selamat ulang tahun

Selamat siang semua.

Hari ni officially birthday aku.

Aku sebenarnya tak kesah dengan birthday aku. Aku tak kesah kalau tak ada sapa-sapa wish. Aku tak kesah kalau tak dapat hadiah pun. Seriusly, aku tak kesah.

Dari kecik, kalau masa hari jadi, keluarga aku cuma sambut dengan wish awal-awal pagi saja. Tak ada makan-makan, tak ada surprise party, tak ada kenduri doa selamat, tak ada hadiah-hadiah. Bukan hari Natal nak bagi-bagi hadiah. Dalam keluarga aku birthday sorang saja yang disambut iaitu kakak kesayangan Encik Ariffin dan Puan Hamizah. Masa birthday dia akan disambut grand-grand, siap belon bagai.

Tapi aku tak kesah. Aku tak rugi apa-apa pun. Aku dapat makan, kenyang, sudah. Dan perangai tak kesah ni terbawa-bawa sampai aku besar. Masa birthday aku tahun 2002 aku sampai terlupa birthday aku. 3 hari lepas tu baru aku sedar.

Kalau tak ada sapa-sapa wish, aku bukan mati pun. Aku memang tak suka sambut ulang-ulang tahun macam ni. Macam tahun baru jugak. Semakin banyak kali kita sambut, semakin hampir kita dengan kematian. Aku takut mati. Sapa tak takut mati beb. Kalau kau alim ya amat, takpa lah. Ni dosa dah tinggalkan jauh pahala.

Resolusi aku tahun ni? Aku nak cepat-cepat habiskan diploma ni supaya aku dapat sambung degree dan terus bekerja. Aku nak jadi kaya.

Buat masa sekarang ni, aku miskin. So sapa-sapa terasa nak bagi hadiah dekat aku, bagi la yang grand-grand ya. Aku sedia menanti. Haha.

Ucapan terima kasih aku dahulukan

Oct 16, 2007

.killing some beast

It's my birthday today..
life goes on, nothing special happened.
I am bored.

Penangite was the first person to wished me. She also gave me a set of baju melayu as a gift..
Love her very much.. ngee :D

I just watched the scariest football match death in my life.
watch : http://youtube.com/watch?v=NiVjzSTIPOc

Oct 11, 2007

.raya sampei pingsan

Selamat siang semua.

Lusa semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya baru saja sampai ke Ipoh tadi. Hujan lebat, naseb baik x jam..

Em juz nk nasihat mkn jgn bnyk2..nnti br 1 tgh ari dh ngadu sakit perot..

So pada semua saya ingin mengucapkan selamat menyambut lebaran dan ingin saya menyusun 10 jari tgn n kaki memohon maaf kepada sesiapa kalau ada terkasar bahasa..Yang lepas tu lepas la yang penting rendang n lemang dpn mata..Ngee

Jun 24, 2007

.101st entry and still going strong


Selamat Siang semua.

Happy Belated Birthday Encik Ariffin.

Yesterday was my dad's birthday. Tak sempat pon dia celebrate his 60th birthday. Tak sempat pon tengok dia happy dapat hadiah yang aku bagi.

Well, I dun have any gifts for him, technically, but I gave him my love and Yaasin and Quran verses for him. I hope it is enough for him, enough to make him smile, enough to make his place up there nice and warm, enough to make him pleased.

Someday, I will be there too dad. And the first thing I wanted to do there is meet you. We can talk all day and you can show me your favourite mamak stall there. We can always go fishing there.
I really missed you dad. I know I havent told you that "I Love You" for a very long time but only God knows how much I love you dad.


Thanks dad, thanks for everything. You thought me life and you thought me love. Lots of love from me and I love you so much.

:~(