
Salam....
Hari ini sudah masuk seminggu saya sah bergelar isteri kepada suami tercinta, Mohamad Syairus Zamri. Buat kawan2 yang hadir memeriahkan majlis walimah saya pada minggu lepas, terima kasih diucapkan. Maaf, saya tidak sempat melayan kalian semua. Sangat2 ralat namun itulah adat pengantin baru. Memang sibuk! Makan di meja pengantin pun sedikit saja. Lauk pauk memang sedap dan menyelerakan, tetapi kami terpaksa makan sekadar mengalas perut sahaja.huhu...
Sesi bergambar dari petang jumaat sampailah petang sabtu memang sangat penat! Sehingga suami saya hilang moodnya...sementelah, dia memang tidak suka bergambar. Hampir2 kami bermasam muka kerana dia terpaksa mengikut kata2 dan arahan jurugambar untuk membuat pelbagai gaya. Kasihan suami saya..haha...
Minggu ini pula, kami akan berarak ke Kampung Bangau Tanjung, rumah suami saya. Persiapan di rumah mentua sedang giat dijalankan ketika ini. Saya dan suami juga tidak ketinggalan membantu apa yang patut. Mujur rumah kami dekat sahaja, jadi tiada masalah untuk kami berulang alik dari rumah saya ke rumahnya.
Gambar kahwin masih belum siap, kawan2 semua mesti tidak sabar untuk melihat gambar ya! Saya juga tidak sabar melihat hasil jurukamera saya...fotogenik atau fotogedik?hahahha....Tunggu.....
