Kalau dalam Halaqah, atau selalunya sering dipanggil sebagai Bulatan Kasih Sayang, kami akan sentiasa menceritakan perihal diri masing-masing tentang kegemaran yang kita minati... Tak terlepas juga diri ini yang sering kali diminta / kadang-kadang mahu berkongsi kegemaran pada pendengar lain...
Maka, ingin aku mengambil peluang untuk menceritakan serba sedikit perihal kegemaranku pada anda semua yang pada ketika ini bukan berada dalam 'bulatan' itu, tapi satu ruang di alam maya...
1) [Berhibur] Hiburanku tak kisah, selawat boleh, zikir boleh, ngaji pun boleh, nasyeed lagi aku layan..
2) [Mengembara] Aku tak suka memerap. Sanggup bergadai wang ringgit, masa dan tenaga untuk mencari apa-apa aja bekalan hidup untuk ku bawa ke akhirat kelak.
3) [Penjiwa Seni] Aku tak pandai sangat buat puisi, tapi kalau diminta baca puisi boleh lah. Tapi suka menconteng dinding dengan colour. Ah, kalau sapa rasa nak selamat dinding rumah dia daripada kena conteng dengan aku, cepat-cepat tutup dinding dengan almari buku kalau dah tahu aku nak datang rumah...
4) [Beriadah] Sukanku badminton. Ada masa aku bermain dengan kawan-kawan bila kat UIA dulu, kalau tak de masa, aku main sorang-sorang je atas katil... Layan perasaan....