Monday, March 15, 2010

**Pertama dan Utama**

Hadirnya..cinta...cinta pertama....
hadirnya cinta...cintaa....utama...

Itu sebahagian lirik lagu yang mungkin ada sebahagian dari sahabat yang pernah mendengarnya, dah sudah semestinya di pihak saya... apa kaitan dengan tajuk entry ni...jeng2...

Semanis kurma ditatap bersama,
Dihadam untuk mencari pedoman,
Awal bismillah pembuka bicara,
Rahmat Tuhan kita pohonkan.

Kita insan bernama manusia,
Langkahan kaki ke arah satu,
Pentas dunia diharung bersama,
Mencari iman yang jitu.

Ingatlah diri wahai yang alpa,
Siapa kita, siapa pencipta,
Jangan sekali lupa dunia,
Walaupun ia bersifat sementara.

Kaki patah berganti tangan,
Mata buta berganti rasa,
Moga iman terus dipertahankan,
Jangan biar berlalu begitu sahaja.

Cahaya mata kurniaan Tuhan,
Buat ujian suami dan isteri,
Hidup ini suatu persinggahan,
Kerana mati itu suatu yang pasti.

Dosa dan pahala itu pasangannya,
Beza terletak pada baik dan buruk,
Kesucian hati perlu dijaga,
Jangan dibiar terus membusuk.

Insan ini insan lemah,
Pantun ditaip dengan jari sendiri,
Ingin dikongsi segala hikmah,
Bukan mencari ketinggian diri.

" Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka ( yang telah ada). Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana"
[ Al-Fath : 4]


Assalamualaikum wbt....kaifa halukum?? kaifa kulli hal?? [betul ke sy tulis tu dlm BA ni??] tlg betulkn sy ye...

Kinah ni mengigau ke apa kn, time2 mcm ni tibe berpantun2 pula...pantun pula macam budak2 sbb perkataan yg digunakan sgt tak matang..budak sekolah pun boleh buat kan..tp takpe la sy cuba utk memvariasikan penulisan blog sy.

Kalau dlu sy sangat mengidam utk ada blog sendiri, kemudian, bila dah ada, semangat nk update, dan akhir2 ni jarang update sbb kekangan masa..ampun dan maaf sy pohonkan.

Ada insan yg mmbuat blog ni utk luahan perasaan [paling ramai...termasuk sy jg..], ada yang ambil kesempatan untuk berdakwah [teruskan perjuangan sahabat2], ada yang ambil kesempatan utk mempromosi apa2 je, ada juga yang ambil peluang untuk berkongsi ilmu yang ada...

dan sakinah???

Jawapannya pada pembaca blog sy ni la..shbt2 dapat bayangkan siapa sy rasanya dari penulisan dlm blog ni...kan...

Ok, jauh bebenar kinah ni merapu.

Apa plak kali ni sy nak share dengan entry tajuk 'Pertama dan Utama' ye...

Baru2 ni, weekend baru2, sy telah pun selamat pulang ke rumah. Rasa tak sedap hati pada mak. Lagipun ada urusan keluarga. Sedangkan ada dinner kolej dan sy sepatutnya tolong shbt2 teater, namun bg sy family 1st...bila dapat panggilan mak pada suatu petang tu, sy terus nekad akn pulang juga sbb rasa memang tak selesa la bila dengar suara mak..dengan ayat mak...

Semasa sy dalam perjalanan balik tu, macam biasa la, selepas keluar KL, sy akan melalui lebuh raya Karak..kire Lebuhraya Pantai Timur [LPT] la kan. Jumpa dengan pelbagai jenis kereta. Ada yang macam menguji kesabaran, ada yang bawa romantik, ada yang terlebih laju..macam2 ragam la.

Teringat pada shbt sy yg berulang alik dari rumahnya ke tempat belajarnya hanya dengan menunggang motosikalnya...bayangkan dari pahang ke pulau pinang, sahabat sy berulang alik, setiap kali balik kampung...12 jam..6 kali berhenti..itupun hanya untuk berhenti isi minyak.

Masya Allah, tak sakit pinggang ke??? walaupun dia muslimin sekali pun, tapi sangat mantap semangat dia di mata sy.

Dalam perjalanan kali ini, lain sikit sbb sy plan nk bawa perlahan sikit dari biasa...tapi still consider laju jg la kot..[kak cik, jangan marah org ek...]

Kelakar sangat sy rasa bila saya berada di lane kanan dan ada kereta mewah yang datang rapat dengan kereta sy yg kemudiannya bagi lampu kan...minta sy ke tepi...

Pernah sy kata pada kawan sy, "Kalau la calon mak mertua tengok sy drive, mesti sy kena reject kan.." kami sama2 ketawa je...

Ok, kembali pada situasi tadi.

Ikutkan hati, sungguh sy geram, kenapa mesti sy memberi laluan kepada dia...adakah kerana

> dia memandu sebuah kereta mewah sedangkan sy kereta comel je..
> kelajuannya yang lebih laju dari saya ketika itu???
> atau atas dasar saling menghormati sesama pengguna???

Semua jawapan yang negatif sy bagi kan..nampak sangat pemikiran sy yang kurang waras dan ikutkan perasaan.

Pernah suatu hari lecturer kesayangan sy berkongsi tentang isu kereta..dulu ia merupakan suatu isu yang sgt sy tak minat, tp sejak subjek fizik menjadi amanah buat sy, minat datang tanpa diundang...

" Kalau di luar negara, takde speed limit ni, kalau meter tu tercipta sampai 180km/j, guna la sampai 180km/j...kite beli kereta untuk bawa laju...kalau kemalangan, boleh saman syarikat pengeluar kereta tu..." lebih kurang macam tu la ayt pensyarah tu.

Tapi, jangan di ambil bulat2..bahaya untuk diamalkan di Malaysia...setiap negara berbeza. Itu ayat yg shbt2 sy selalu perli sy setiap kali sy bawa agak laju di lebuh raya...

Cumanya, perjalanan kali ni membuatkan sy terfikir, setiap kali sesiapa pun beli kereta, mesti yg membeli tu rasa teruja sangat sebab jadi orang pertama yang masuk ke dalam kereta tu, menjadi orang pertama yang memandu kereta tu...

Ada shbt2 yg dah dapat tangkap tak apa yg sy cuba kongsikan???

Jawapannya, sah2 la bukan si pembeli tu yang jadi orang pertama yang duduk, yang drive kereta tu...siapa sebelum driver tu?? of course la tester kereta kan...sebelum tu sah2 la orang yang drive utk kereta tu di hantar ke tempat di pembeli...

Sebelum tu lagi, sah2 la engineer yang test kereta kat kilang kereta...sebelum tu siapa lagi...pekerja2 yang bertanggungjawab untuk memasang komponen2 kereta tu la kan...sebelum tu lagi, cari la sendiri...

Tapi, hebat macam mana pun kereta tu, tetap ada enjin, seat utk penumpang duduk, tetap ada tangki minyak, bateri kereta..benda2 yang basic yang semua kereta ada kan...except la utk kereta kuda, kereta sorong...itu lain kes..

Apa yang beza, dari segi auto ke manual ke, seat tu dari kulit ke kain biasa, enjin jenis apa...kan..tapi driver tetap satu juga...bilangan penumpang yg berbeza...

Sungguh, sy agak sakit hati bila ada kenderaan2 mewah yg berkelakuan seperti itu di jalan raya. Ya, memang silap sy jg, sbb lambat masuk ke lane kiri semula, tp semua ini telah membawa sy berfikir...

Apa yg dapat kongsikan tentang siapa kita...dalam dunia yg fana ni, manusia pelbagai jenis, ada kaya ada sederhana ada juga Allah uji dengan kesusahan. Tapi semua tetap manusia..dalam hal ni, persamaan yg sy cuba buat, manusia=kereta.

Kalau basic semua kereta ada seat, ada tangki minyak, ada enjin, semua manusia secara amnya ada tangan, kaki, badan, kepala dan segala kurniaan bukan. Yang membeza kedudukan kita di dunia kononnya dan di sisi Allah bukan.

Jadi, tak perlu lah kita nak bangga siapa jadi orang pertama yang naik kereta itu, biar semewah mana kenderaan itu pun, tak perlu nak pertikai kenapa dia boleh bawa laju kenapa kita tak boleh..tak perlu pertikai itu semua....

Sebab, yang perlu dipertikai, kenapa kita pertikaikan semua pertikaian ini...

Bukan nya kita tak tahu, jawapan kepada semua pertikaian ini, hanya satu, Allah SWT...

Cuba lanjutkan pertikaian itu kepada tahap, siapa yang mencipta orang pertama yang cipta kereta tu... dari sumber mana ia dapat ilham untuk mencipta.... sebabnya, tak ada apa yang perlu dibangga...

Kalau dia kaya sangat pun, kaya tu datang dari sapa?? dari sapa....dari kelapa la kan...kan kaya dibuat dari kelapa..letak perisa pandan la...apa la...hehe..ok2. serius..kembali ke pangkal jalan.

Nak bangga sebab kereta tu kereta import?? Kereta tu limited edition dalam dunia ni...itu yg nak di bangga??

Tapi berbangga tak kita ada mak ayah yg menjadi mak ayah kita yang lagi la limited edition ni?? Limited edition yang sangat tak terkata kan...mana boleh cipta mak ayag yg sama dah dgn mak ayah kita...

Tapi berbangga tak kita dengan kekayaan kasih sayang yang sememangnya tak boleh di duplicatekan yang kita ada hari ini...

Tapi berbangga tak kita dengan kemewahan yang Islam berikan dalam nikmat hidup ini??? kemewahan dengan ujian untuk kita upgradekan minyak pelincir kita..iaitu IMAN..

Astaghfirullah....ampunkan kami ya Allah, subhanallah, Maha Suci Allah....

Isunya kereta mewah tu cuba 'cucuk' sy je...tp rupanya Allah nk sy berkongsi peringatan Dia dengan shbt2 semua.



SELAMAT HARI LAHIR

Ini satu lagi fenomena...beberapa tahun ni, sy tak lagi menggunakan perkataan selamat hari jadi, tapi selamat hari lahir, sebab kita tak tahu kita sebenarnya dijadikan bila...tp ia sekadar harfiah kan...

Sy pernah tersentap dengan tazkirah dari seorang shbt yg sy kagum.

"Bila tiba hari lahir shbt2, siapa yang paling gembira??? Gembira untuk menyambut hari tersebut...siapa..." insan itu membuka pertanyaan.

"Tentulah diri kita....ramai shbt2 lain akan ucap, bagi hadiah la...," jawab seseorang.

"Kan, tentulah kita paling gembira...siapa tak gembira..tambah2 plak orang yang kita minat tu ingat hari lahir kita...lagi la berbunga hati..." semangat hamba Allah ini bercerita.

"Sedar tak, insan yang sepatutnya menerima ucapan selamat hari lahir tu ialah siapa?? bukan diri kita, tapi ibu kita...insan yang melahirkan kita....tp ucapannya bukan lagi selamat hari lahir, terima kasih kerana melahirkan sy..terima kasih kerana bersusah menjaga sy dalam perut ibu.." mata sy bergenang, yup, insan yang melahirkan itu yg selayaknya menerima ucapan ini.

"Ingat orang perempuan seronok ke tengok badan membesar macam belon...dengan kaki bengkak, lemak kat situ, kat sini...orang perempuan nk badan cantik2..untuk suami dia...tp dia korbankan semua tu untuk manusia yang sangat seronok menerima ucapan selamat hari lahir dari insan yang dia suka!!" sinis kata2nya, tapi itu hakikat...terasa hati ini di hiris..kata2 itu menghiris.

Sejak itu,selagi sy ingat, sy tetap ucap selamat hari lahir pada shbt2 dan pada masa yg sama, sama2 mengingatkan bahawa ibu lah selayaknya menerima ucapan tersebut.

Apa yang turut ingin saya kongsikan kes hari lahir ni, ialah ingatan kita pada Dia. Bila seseorang manusia itu menyambut hari lahir, kita akan meraikannya..itu hukum karma alam. Bagaimana pula dengan sesuatu ciptaan Allah yang dah lama 'lahir' di muka bumi ini?? Ada sesiapa yang meraikannya dengan sebenar2 meraikannya???

Soalan yang tiada salah dan betulnya. Jawapan yang seharusnya sama2 kita muhasabah.

Benar, jika shbt2 mengenali sy, shbt akn kenal, sakinah ni jenis yg macam mn....sy bukan baik pun, jauh sekali hebat dalam amalan2 sunnat, sy sangat bnyk dosa...tp ini cara Allah tegur sy mungkin...

Maka, terungkailah sudah, siapa yang pertama dan utama...terlunas sudah isi di hati ini untukbercoret dalam blog 'wardatul shuqah' ini...

Selamat membaca, selamat berkongsi, selamat mengambil iktibar, selamat dalam ingat mengingatkan..selamat segalanya...

Salam ingatan pertama dan utama.....dari diri yang jahil ini...

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [ al-Baqarah : 218]

p/s : sudi kiranya shbt2 berkongsi apa2 dgn sy...

1 comment:

Jom berkongsi