Sunday, June 27, 2010

Saper yang nak main nih?!!

Gentlemen & Gentle'women'..start your engine..vroom..vroomm..hehe..

Hahaha..jangan gelak yek..rumah kecik..meja takde..tp ade org tu gian nak main PS2 nih..meja makan aina jd mangsa..Lepas gian ayah aina nak main game guna steering nih!!! baru la real!!!
Si Aina pun sama nak main gak rupa ye..:D..aina kena dongak sbb tak nampak monitor..hehe

Amboii cibukla nak control steering sama..kihkih

Lepas la gian ayah aina ye nak main car game nih yek..walaupun guna meja makan aina..hehe..oklah nak keluar..kita jumpa di race yang akan datang..hehe

Jom bergayut!!

Semalam satu hari dari awal pagi kuar..Pagi2 dah bangun masak sarapan kuetiaw goreng je..sarapan siap2 nak kuar..Pukul9 pg ni ayah aina bawe aina main kat koen bawah ni, sementara tunggu ibu bersiap...Aina sekarang sangat la suka bergayut..Ayah aina kate, ade mitos utk aina tinggi..ibu gelak je..takpela ibuayah aina pun dah cukup tinggi. nak tinggi mane la lagi tu..kihkih..Tapi aina sekarang mmg suka la bergayut kat palang besi tu..ingatkan kecik cam aina tu takleh gayut, rupa boleh je dan tinggi gak kaki tu angkat..sekarang pandai dah sikit duk ayun2 kaki bile bergayut tu..Ni kes aina suka duk tiru bila nampak budak2 jepun sini duk bergayut2 kt palang besi tulah..mmg anak2 jepun ni kecik2 tu dah diajar bergayut dan macam2 aksi depa duk buat ala2 leh berpusing badan kat besi tu...hebatt!!!
Layan jelah gambar aina kat bawah nih ...
OK READY!
UP!!
Yatta !!!
Kemudian kuar gi Lalaport. Awai pagi sebelum kul10pg tu pun jalan dah sesak ..uish awal gak org jepun ni kuar gi shopping..so terlewat la kami utk kelas percubaan english aina..free je..tu yg join..Abis kelas, kelam kabut gi beli drypers aina..ade sale pulak, leka sikit duk belek2 baju aina, duk cari present anak kawan, solat, terus gi kelas roti..opss lewat sikit sampai kelas..Abis kelas roti, terus gi birthday party Adam..mmg sangat la penat..Pkul11 malam mandi2, rehat, solat, layan ps2 (car game) ngan ayah aina dan aina..sempat lg layan ps2 tu..kejap je,saje test steering..aina yg excited duk main steering game tu..adus..:D
Hari ni rancang nak gi melawat ida, tp sian la awai sgt nak myibukk.. takpela..ida rehat2 je dlu ye..selamat berpantang..insyaALLAH nanti kami datang lawat awak ye dan bb irfan faris yg comeyy itu..

Dan marila kite semua bersama2 berdoa Ros@jintanmanis.com dan baby dalam kandungan selamat..Ros tumpah darah kelmarin dan ditempatkan di ICU selama 2 minggu untuk doktor monitor..Semoga Ros kuat dan segala2 dipermudahkan oleh ALLAH..insyaALLAH amin..

Wednesday, June 23, 2010

Susu Ibu / Breastfeed

Mengapa susu ibu?? Tentu itu semua org akan tanye? Kenapa tak bagi susu tepung/susu formula? Kenapa itu dan kenapa ini?
Masih ingat lagi awal2 mengandungkan aina, seorg rakan siber bertanya "Aisha nak bagi susu ibu ke susu formula? Kalau Aisha nak bagi susuibu Aisha kena kuat, tabah, banyak ilmu pengetahuan dan tetap yakin susuibu adalah susu yang terbaik untuk anak2 kite."
Sejak dari itu hingga ke hari ini, saya masih menambah lagi ilmu pengetahuan tentang susuibu ini. InsyaALLAH saya yakin untuk terus memberikan susuibu untuk anak2 saya.
Tetapi olehkerana mental tidak kuat dan terpengaruh dengan cakap2 orang, selepas 2 hari aina lahir, nurse hospital bagi aina susu formula. Katenya aina lapar, kurang susu..haiyakkk..time tu sgt sedih, geram kerana ape yg dirancang tidak dpt dilaksanakan..kerana keadaan sekeliling ketika itu iaitu aina warded 5 hari, terpaksa akur dalam ketidakrelaanku..sob3x Tetapi saya redha, pengalaman mengajar kita lebih matang...
Mengapa saya beri susuibu?
Sebab perintah ALLAH swt, firman ALLAH yang bermaksud ;
"Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama 2tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan ( sebelum cukup 2tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi keduanya."
( Surah al-Baqarah, 233)
Apabila Allah swt perintahkan hambaNya untuk melakukan sesuatu, sudah pasti terlalu banyak hikmah, fadhilat dan keistimewaan samada kite mengetahuinya ataupun tidak.
Antara kelebihan susuibu : ( dari buku Amalan Ibu Menandung)
1) Susuibu sesuai utk manusia, seimbang dan sterile atau terpelihara dan bebas kuman atau hama.
2) Susuibu mudah dihadam kerana lembut dan cair, dan amat sesuai untuk bayi.
3) Susuibu lebih banyak laktase, vitamin, dan zat galian yang seimbang. Laktase adalah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa(gula ringkas) dan galaktosa(gula ringkas yg kurang larut dan kurang manis daripada glukosa)
4) Aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi. Hisapan itu membawa pelepasan hormon dari hopotalamus dlm otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim.
(sumber : Amalan ibu Mengandung menurut Al-Quran, As-sunnah dan Pengalaman,
Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood)
Maka ini amat jelas susuibu adalah makanan terbaik utk bayi kita. Susuibu dapat membekalkan nutrisi paling sempurna mengikut keperluan bayi kite dan mengandungi antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi kite. Malah banyak lagi kebaikan susuibu yang tidak ternilai khasiat dan kebaikannya.
Maka, ibu2 semua perlulah memakan makanan yang berkhasiat agar bayi yang menyusu dapat menerima nutrisi makanan yang terbaik. Selain itu, supplements juga penting kepada para ibu untuk memberikan yang terbaik utk anak2 kita.
Penyusuan susuibu secara ekskusif :
Bayi hanya memerlukan susuibu 100% tanpa campuran makanan lain walaupun air masak(air kosong) untuk 6bulan pertama kelahiran. Ini kerana khasiat susuibu amat mencukupi dan memenuhi nutrisi keperluan bayi kita. Malah rantaian antibodi yang terbina daripada susuibu akan musnah apabila kita duk campur makanan lain..
Maka berbekal ilmu yang sedikit itu, saya sudah jatuh cinta untuk memberikan susuibu sejak aina dalam kandungan lagi, malah menanam azam utk
1) menyusu aina secara eksklusif tanpa campuran lain ( susuformula atau air) selama 6bulan
2) menyusu aina sehingga 2 tahun
Tetapi tidak semudah yang disangka. Kerana keadaan sekeliling dan saya yang masih ibumuda( mentah kot) ketika itu, terpaksa akur..Walapun akur, saya tetap bersyukur dalam ketidakrelaan itu, malah saya terus berazam untuk memberikan yang terbaik untuk aina
1) walaupun aina pernah diberi susuformula di hospital ( pada ketika itu sahaja) , tp kemudian saya ambil langkah pam susu dan hantar ke hospital..alhamdulilla niat murni saya dipermudahkan ALLAH swt..banyak je susu tu..malah berlebih2 pulak...syukur..
2) walaupun aina pernah minum air kosong sebelum 6 bulan ttp klu aina ngan saya, saya tak bg, malah apabila balik jepun, saya langsung tak bg aina air masak sehingga 6 bulan..;)
Apabila saya mula mengandung, timbul pulak andaian, aina tidak boleh susuibu lagi. Sedikit tergugat ketika itu. Tetapi, dalam islam tidak langsung melarang kepada para ibu mengandung untuk menyusukan anak mereka. Malah, dari segi perubatan jugak tidak menghalang. Apabila bertanya kepada O&G sini, ok takpe bagus, u boleh teruskan..tidak merbahaya kepada kamu, mahupun bayi dalam kandungan..Alhamdulilla..
Dan sekarang, aina dah minum freshmilk, cuma nak tidur je minta disusukan..baru ade feel kot!! haha
Walaupun aina mungkin tidak dapat menyusu susuibu sehingga 2tahun,tetapi saya dah cuba berikan yang terbaik untuk die..
Apabila aina lahir, dan disahkan ada GBS( group B Streptococcus) berjangkit dari saya, ditahan ward 5 hari sejurus lahir untuk diberikan antibiotik, malah, selepas 4 hari keluar ward, masuk semula kerana infection pada usus aina, dan dipuasakan 2 hari..ketika itu ALLAH swt sahaja yang tahu perasaan saya. Saya tetap berazam untuk menjaga anak2 saya dan memberikan yang terbaik untuk mereka. Semua ibubapa pun mesti berazam begitu terhadap setiap anak2 mereka.
Alhamdulilla saya diberi peluang untuk mengandung lagi..syukur ke hadrat Ilahi. InsyaALLAH saya berazam untuk memberikan susuibu juga untuk semua bayi saya. Semoga Allah swt mempermudakan niat murni saya. Dan andaikata bayi kedua ini juga dijangkiti GBS, dan terpaksa ditahan ward seperti aina, saya berdoa untuk lebih tabah..insyaALLAH..
p/s : terima kasih kepada semua rakan2 yang memberikan bantuan ilmu dan pengalaman masing2 dalam penyusuan susuibu. Marilah kita sama2 memberikan yang terbaik untuk anak2 kita dalam melahirkan umat Muhammad saw yang beriman dan bertakwa...insyaALLAH aminn..;)

Saturday, June 19, 2010

Raya 2010

Oh raya!! posa pun belum lg, dah nak bercerita tentang raya..hihi. Rata2 duk tgk iklan kain la, kuih raya la..kalau kat msia mesti terasa kemeriahan nak beraya tu, walaupun belum posa lagi..
Raya tahun ni insyaALLAH akan menyambut di sini sahaja, Jepun. Wahh cam seronot je bunyi..hampehh..tp seronot sbb dpt bersama2 ngan my hubby dan aina di sini. Kali terakhir beraya di sini adalah tahun pertama sampai Jepun iaitu 2006. Hahaha. Masa tu tak kenai saper2 pun lagi kt Yokohama nih, lagi pun bru 3 minggu je berada kt Yokohama masa tuh, dan masa gi embassy pun tgk je org beraya, bergambar..hihi..

Raya 2007 pulak, aku dalam wad kt msia..ni kes infection dari 2nd operation endometriosis tu..uish..sgt ngeri klu ingat2 balik..sayu, sedih, pilu, semua rasa..masa inform my hubby daku kena tahan wad, die tengah menjamu selera di embassy.

Raya 2008 pulak, masih raya di msia, masa tu dalam pantang bersalinkan aina..Dan raya tahun lepas pun di msia balik beraya..Dan tahun ni insyaALLAH akan beraya di sini dengan perutku yg sarat..dalam 30weeks kot time tu..insyaALLAH moga2 semua ye dipermudahkan..

Cuma raya tahun ni duk terpikir nak buat sikit2 kuih raya la kan dengan bantuan si aina tu..hihi..klu org datang beraya ade la gak serba sedikit kuih2 raya..arap2 menjadila nak buat kuih raya tahun ni..Dan lebih meriah lagi, hari kedua raya tu birthday aina yg kedua..Yelah kite raya 10 sept kot, 11 sept tu birthday aina..kejap je masa berlalu..nak buat birthday party tu cam tak mampu je memandangkan rumah kami yg tersgt la comell ni..;p

Persediaan nak raya, emm takdela sangat kot..Baju Raya? Sejak kawin kami tak pernah ade baju raya..hahaha..4 thn dah kawin, so duk ulang baju lama2 je..sbb ape? ntah la, my hubby kate rugi je buat sbb jarang pakai. mmg pung..sthn sekali je..kihkih..Nanti balik msia bru buat..So daku hanya menurut perintah. Dan tiap2 tahun pun cam tak berapa nk raya je..tahun lepas beraya, kami pakai je baju yg lama je. Nasib la muat lagi..hihi..Cuma tahun lepas, aina dah sthn, so aina jelah yg ade baju raya 2pasang, tu pun nenek die hadiah.hihi.alamatye tahun ni guna yg sama jelah aina..hihihi..arap2 muat lagi la yek. Nanti untuk raya haji nnti, ibu tempahkan sepasang utk aina ye..utk ibu tak payah la, sbb ye ntah2 dah bersalin time tu..hihi..

duk celoteh pasal raya, posa pun belumkan..;p.
Semoga tahun ini, daku diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa..InsyaALLAH..
okla, nanti celoteh lagi..nite2..;)

Monday, June 14, 2010

Fruits @ Kudamono

Saje je entry ni letak gambar buah2an..hihi..sekarang pun aina semua buah duk pulun mkn...banana, strawbery, apple, grapes, cherry..semua buah2an sini kamu pulun ye aina...balik msia nnti., ibu kenaikan buah2an tempatan lak yek..hihi..durian, manggis, rambutan, duku, langsat..wuaa sedapp ye..hihi
bawah ni grapes @ budo jepun..kecik2 je sebesar 5sen tu..tp mahal gak la..jarang pun beli..tb2 ahad smlm jual murah..1 pack ada 3 gugus tu 150 yen je..murah..belila 2 pack..tp cam rugila tak beli byk2..haha..kejap je abis..hihi.. manisss
Ni pulak cherry @ sakurambo..pung maniss je...tp cherry jepun dr yamagata tu warna pink, kecik lg sikit..ni cherry amerika ye. murah sikit lg pung..maniss gak..aina pun sgt la suka..mula mkn kate tototo( tomato)..tomato feveret aina skrg..mkn nasi mesti minta tomato..adus..jenuh nak kena ade stok tomato dlm fridge..hihi
ni manggo la..buah ibu..hihi..saje je tumpang pose skali..;p

Aina Shafeeyah

Taraaaaaaaaaaa....ni la yg ibu cari2 selama nih utk aina..skrg dah jumpa pung..duk intai2 yg baru kt kedai..mak aiii mahalll ye..tkpela klu ade rezeki, adela nnti..mmg mainan aina semua byk beli kt hardoff je yg murah2 tu..tkpela janji masih okay lg..akhirye jumpa pun kt hardoff yg selalu kami gi tu..murah pung..alhamdulilla...syukurrrr..;)
Aina bukan pandai ape lg pun ABC nih. Tapi saje la nk cari toys yg menarik utk kenaikan ABC pd die..walaupun asal ye ibu nak yg diperbuat dr getah gitu, tp ni jumpa yg kayu pun ok je..sesuai gakla..senang aina nk pegang dan masukkan dalam blok huruf2 tu.. tp ABC ni aina lum minat sgt..kat bawah ni lg aina minat..hihi..kebetulan ade gak kt hardoff tu..ni bru level aina kot..seronot la die dr smlm duk main benda alah nih..tp hr ni cam dah kurang minat..buhsan kot senang sgt dah..hahaha..suruh main ABC tu taknak lak..tak pandai lg kot..hihi..jom layan video aina tu..


aina pun dah sthn 9bulan..kejap je kan..tak lama lg dah nk jd kakak..cuma skrg perangai manja terlebih sikit..semua nk berteman..tgk tv, mkn, main..duk tarik tgn ibu gak..dah pandai merajuk gak sekali..sikit2 lari masuk bilik, tekup muka kt katil..kdg2 nangis2, tutup muka sambil menyarap..hihi..aina2..klu time main, ibu duk bace buku pun marah..tgk tv pun marah..nak layan die juga..adus...ni duk pulun update blog..dah alang2 penat mlm ni..update semua...sbb aina dah tido..ayah aina layan bola..hihi..ibu layan blog..hahaha..layannn..;p

Iris @ Shiki no Mori

Ahad semalam pulak kami duk layan iris kat Shiki no Mori..dah lama pun tak jalan2 gi taman bawa aina nih..Rancang nk gi pg ahad, tp kami bgn lambat..pas subuh duk layan bola..pastu tido balik, bunyi jam pun tak sedar..hihi..
Pas solat zuhur je bru kami kuar..tempat ni dekat je pung ngan rumah..so senang la nak gi kan..luas sgt tempat tu..jenuh la berjalan..aina la paling seronot..jom layan gelagat si kecik ni..;)
Aina skrg pandai la sikit2 buat aksi cry, shame, sleep, laugh..hhihi.. dan klu kate aina genki?..."haiitt.." sambil angkat tgn..ni pengaruh tv NHK tu ler..hihi
ohh ibu dah mula membulat sekarang..hihi
sebijikk!! anak ayahkan..like father like daughter..;p

time ni duk main2 ngan aina...ntah ape kena, duk picit hidung ibu sambil picit hidup aina..hahaha..nasib baik ayah dpt shot..cuma gmbr aina gelak tu aje yg blur sikit..hihi

Kuat jugak si aina ni..duk pulun berjalan..berlari..hihi


Ni la bunga iris ye..cantik..tp kt sini tak penuh sgt iris ye..takpela layan je..thn lepas ade gi ngan kak ida dan kak nurul..kt koen situ mmg byk sungguh..hihi

awai2 nampak depa tu..awat la ramai bebenor cameran duk situ..rupa2 ye masing2 nk shot pic seekor burungg je..tp mmg burung tu cantik dan pandai je jd model..duk terbang2 situ je..tgk lense2 pakcikmakcik tue...hahaha..patah bahu nak bawe..ade hati tu nak bawe..kihkih..ambil gambar pun tak pandai2 lg..;p
On the way jalan balik, aina tertido dah dlm stroller, penat sgt la tu..ibu pun penatt sgt..balik tu kena daki bukit sikit..aduss...ketar lutut..berhenti2 rehat kejapp..ni kena tambah lg exercises nih, kena ade stamina..hihi..mlm mmg tido ngan lena..lenguhh oo kaki..hihi
Kemudian, gi singgah hardoff..lama tak gi..lama la sgt kan..dan sgt puas hati jumpa ape yg ibu cari selama ni...alhamdulilla...;p

Adik Aina @ 5th Check up

Sabtu lepas, ade check up adik aina.. alhamdulilla semua ye okay. Adik aina sihat, dah 10cm dah..kejap je masa berlalu. Perut ibu pun dah makin besar..berat pun makin bertambah..pregnant kali ni elergik ibu lg teruk..selama ni seafood je alah, akan gatai2 yg amat...skrg mkn ayam pun gataii..gatai ye ya ALLAH..skrg kulit2 sgt la teruk, sbb bengkak2 sana sini klu duk mkn benda2 alah tu..tp buhsan la nk mkn ikan je kan..belasah gak la..tanggung la akibat ye..hahaha..huduhhhh
Musim bola dah bermula..ayah aina pulun la tak tido sgt weeknd lepas..ibu aina pun terikut..hihi..balik dari check up, singgah lalaport kejap, then balik lunch, solat, pulun tido..hahaha..ptg ayah aina gi main badminton, aina dan ibu main kt koen je...hihi.. 17weeks 5 days
Lepas ni, check up sebulan lg..doa semua ye dipermudahkan..insyaALLAH aminn

Ecocarworld @ Akarenga

Lama sungguh tak bersiaran. Apa yang di'busy'kan pung ntah ler..ni kes malas nk hadap pc, klu hadap mesti ade budak duk pangku sekali..daku sungguh tak larat. Ni pun daya kan juga duk pangku die td pilih gambar, aduss..then sgt sakit perutku...gambar2 kt facebook skrg pun semua bukan ibu aina yg upload..ayah aina ler punya keje..hihi..arigatou..
Ni pics gi tgk pameran ecocarworld di Akarenga, Yokohama nun tu..Jumaat tu ayah aina cuti, kami gi renew passport..sabtu duduk rumah, ahad kuar la kejap gi tgk pameran ecocar ni..Then ptg tu idanuar dan murnijoe dtg rumah..seronot la duk bual2..okla citer pung dah basi..ape pun layan jelah gambar2 ni, terubat la rindu famili2 di msia tu pada si kecik ini..;)
kamu buat aksi ape tu aina..skrg pulak, si aina klu nak abik gambar suka letak tgn kt pipi..alahaii anakk..;)
amboii bergaya kamu ye tak ingat...kamu mmg sgt suka kereta dari kecik lg mcm ayah kamu.
"yelah ibu, aina mmg suka dr dlm perut ibu lg...dah slalu duk ikut ayah aina lepak kat kedai2 kereta..hihi" ;p
segala mak nenek kenderaan aina nak naik, kereta, lori, bas..hihi..layann..


dah penat test drive, duk kejar pigeons lak..hahaha..
then, balik makan dalam kereta terus lena..sampai rumah pun masih sambung tido lg..kepenatan sgt la tu..sampai terlena sendiri kt child seat..senang la ibu prepare famili idanuar dan murnijoe sampai..;)