Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Monday, July 02, 2012

Almond London


Alhamdulilla, rasa free sikit petang ni, nak kongsi resepi almond london..Aisha guna resepi dr Kak Ita @ Masam Manis..Alhamdulilla memang sedap..maner yang berpeluang nak buat biskut2 raya tu, leh la mencuba ye. Nampak almond london ni, teringin pulak nak makan ptg2 ni..;)

 ALMOND LONDON
sumber asal : kak azlita@masam manis

Anggaran dalam 120  biji
250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam - dipangang

Untuk menyalut biskut
Cawan kertas secukupnya
Coklat masakan secukupnya
Badam cincang - yg di panggang

Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex ketepikan
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.

Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan dalam cup kertas. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Boleh juga hiaskan ikut citarasa masing-masing.


Thursday, September 02, 2010

Kuih Raya 2010

Sejak kawin dan duduk sini, jarang la sangat duk buat kuih raya. Ni sbb 3 tahun dah berturut2 raya kat msia je..balik operation la, bersalin la, beraya la, so mmg angkut dr msia jelah..Tapi tahun ni alhamdulilla dapat berpuasa di sini, raya di sini, so kena la prepare kuih raya kan..lg sedap pun buat sendiri, puas hati..hihi..puji diri sendiri pulak yek ;p tak kan la nak minta pos dr msia, kos duit pos lg tu...

org kate mak buyung ni larat lg nk buat kuih raya..teringin punya pasalll...tu pun sebalang tart gulung nenas tu dah abis tauu!!! hohoho..saper lg mkn, mak buyung yg teringin sgt nak mkn tart nenas gulung ni la makan..nasib baik ade acuan dr ida..thank you so much ida..2 kali saya buat tau tart gulung ni..tu tgl sbalang, tp tiap2 mlm duk curi gak seketul dua..hahaha..semua buat sebalang2 je, kecuali tart nenas, tp semua dah tgl stgh balang...sempat ke tak ni nak simpan raya ni..ntah ler...;p


okla layan jelah resipi2 biskut raya nih yek..resipi2 ni pun nampak kat blog kak hana tu dan myResipi, alhamdulilla, sedap2..hihi..tq ye akak2 sekalian..buat yg simple2 je pun, dan guna bahan yg ade dlm rumah ni je..pg2 buat kuih raya ni ngan aina ler kan, saper lg, tghr rehat, pas asar masak berbuka, semua simple2 ikut maner sempat je..ingat nak buat lg 2 jenis je biskut, tgk la esok pg lak..klu larat ler..;p

Tart Nenas Gulung dari KNor

Bahan-bahan

  • 250gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi (Ghee lagi sedap)
  • 1 bj kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
  • (3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)
* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak
  • jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

hiasan
  • 1bj kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
  • Satukan ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara-cara

  • Ayak ke tiga2 tepung.
  • Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  • Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  • Pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  • Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
  • Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
  • Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
  • Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara

Jam Nenas :
Sebiji nenas - potong kecil2
1/2 cawan air
1 cawan gula

- blend nenas dan masak hingga pekat, masukkan gula, masak lagi hingga jadi jem


Semperit dari nziela@myResipi

Bahan-bahan
  • 150g butter
  • 80g gula aising
  • 50g tepung jagung
  • 80g tepung kastard
  • 120g tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
Cara-cara
  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Masukkan ke dlm acuan dan picitkan ke atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit.

Biskut Kacang Mazola dari KLily@MyResipi

Bahan-bahan
  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur

Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.*hana bakar suhu 160 selama 15-20min.

Biskut Koko Rangup dari Yani@MyResipi

Bahan-bahan
( saiz acuan 21x8cm )

50g mentega tanpa garam
*70g tepung
*15g serbuk koko
*1/8 sk serbuk kulit kayu manis
*1/4 sk baking powder
*40g gula perang
*2 cubit garam

Cara-cara
  1. potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper
  2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk.
  3. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
  4. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
  5. Bakar selama 25-30 minit.
  6. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

Chocolate Oatmeal Cookies dari sini

Bahan-bahan

  • 90g butter
  • 25g gula perang
  • 25g gula halus
  • 1 biiji telur (60g) - kocok
  • 1 sk esen vanila
  • 1/4 sk garam
  • 100g tepung gandum
  • 100g oatmeal - hana campur nestum
  • 20g dark semisweet - cincang - hana tk ltk
  • 50g walnut - cincang - juga tak letak
  • 60g chocolate chips
  • 1 sudu besar tepung jagung - nih hana tambah

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 190. Alaskan loyang dengan baking paper.
  • Dalam mangkuk, satukan butter dan gula. Pukul menggunakan whisk hingga fluffy.
  • Masukkan telur, esen, garam. Kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung dan kacau menggunakan spatula.
  • Masukkan choc chips, walnut dan dark choc. Kacau lg sebati.
  • Ambil sesudu demi sesudu dan letak si atas loyang yang beralaskan baking paper td. Dan tekan sedikit menggunakan garfu.
  • Bakar selama 10-15min atau hingga keperangan.
  • Sejukkan di atas redai. Siap dihidang.

Cookies ni buat pg td, tgh bakar, duk la gi mandi, tgh siap2 dalam bilik, rupa ade si aina duk curi chocolate chip tu..hohoho..
model biskut raya..hihi..
okla nak solat asar dan nk masak juadah berbuka..selamat berbuka ;D

Wednesday, June 03, 2009

Biskut koko rangup

Lamakan daku menyepi diri...huhuhu..tkpela, kite cerita kisah jumaat lepasla..jumaat lepas ayah aina cuti, cam biasa leh la pergi solat jumaat kt pejabat petronas, minato mirae.
Pas tu kami gi Rumah kak ita sbb ade bacaan yasin, kebetulan kak ita ade buat sambutan birthday fateh 1 year. Dah lama kak ita ajak datang , cuma bru ni berkesempatan dapat join kebetulan ayah aina cuti. insyaALLAH kalau ayah aina cuti bila2 jumaat nanti kami datang lagi yek. Terima kasih akak..
So sempat daku membuat biskut koko rangup dari kak yani nih. Buat 4 adunan...alhamdulilla menjadi..thank you kak yani.

Balik sampai umah dalam 12 ++ tp alhamdulilla best dapat join aktivti gitu dan dapat jumpa ramai2.
Sabtu lak pg tak ke mana pun, petang join kak ita lagi dan adik YNU ni main badminton dan pingpong. best2..hihi..dapat la beriadah..

Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm )

50g mentega tanpa garam
*70g tepung
*15g serbuk koko
*1/8 sk serbuk kulit kayu manis
*1/4 sk baking powder
*40g gula perang
*2 cubit garam


Cara-cara
  1. potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper
  2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk.
  3. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
  4. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
  5. Bakar selama 25-30 minit.
  6. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.